Wednesday, October 28, 2015

BLOSSOM BAWAL

Siaa yang biasa pakai tudung AJ mesti tau kan
Keluaran terkini Aidijuma ialah Blossom Bawal ni la
Nak kata baru sangat tu idak le... ada la dalam sebulan lepas keluarnya

Blossom Bawal ni  tudung yang boleh pakai depan belakang
sebab depan corak lain, belakang corak lain
Kira 2-in-1 gitu... jimat la kekdahnya kan
beli satu tudung, dapat pakai 2 corak

Kalau tak silap aku yang tak berapa nak otai AJ ni
Blossom Bawal dah release 2x sebelum ni
ini kali ke-3 la kiranya
2x sebelum ni pun aku tak berminat nak beli
Tapi design kali ni menjebakkan aku juga untuk membeli


Latest release untuk Blossom Bawal


Kalau ikutkan hati, semua berkenan
[kalau Juma pakai semuanya nampak lawa....]
Tapi kalau ikut poket, limited la kan
dah le release time aku belum gaji
[orang gomen je le yang dah gaji masa tu]

Disebabkan belum gaji
So bajet aku cukup nak beli 2 helai je tudung ni
[Gigih aku mencandat di web AJ tau!]
Sampai stop masak kat dapo sebab nak grab tudung ni kat web...heheheh

Ni yang aku berkenan
[kalau dah hantu hijo tu kan...hahahaha]
Pastu satu lagi yang ni

Terbeli yang ni pun sebab tengok kat IG AJ, Datin Juma ada pakai tudung ni
Terussssssssssss berkenan...

Semalam tudung dah sampai
Balik2 terus tayang kat Aleeya
Tudung lagi mama ni, katanya [perli aku le tu]
Jasmin dah rasmi dah tudung hijo tu..
Tapi sebab dia tak duduk diam, habis senget benget tudung tu jadinya...hahahaha 





Amira pun sekarang dah tau minat mama dia
Tah cemana hari tu dia main2 konon2 nak pegi kedai

Amira: Jap ek mama, Mira nak gi kedai jap
Mama : Nak gi kedai beli apa
Amira : Nak beli tudung untuk mama
Mama : Tudung apa?
Amira : Tudung AJ  [tak sangka dia nak cakap camni tau]
Mama : Nak beli berapa?
Amira : Tujuh
Mama : Hahahahahahaha... good girl...hehehe

3 comments:

Rizziela said...

cantik2 tudungnya

Nafira usof said...

hahahahahahaha... comel amira~

cantek lah tudung yg syani beli tuh. suka belah yg ade gambar bee tuh.
berkenan plak. hehehehe

Melissa Muklis said...

lawaaaa :D
belum ada lagi tudung aj yang ni. hee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...