Tuesday, December 10, 2013

BALUT BUKU SEKOLAH

Buku teks dengan buku kerja dah lama dah dapat
Sebelum start cuti sekolah hari tu Aleeya dah bawa balik
Tapi nak membalut tu ya amat malasssss

Kalau ikut Aleeya, hari dia bawak balik tu dah suruh aku balut
Macam la dia dah nak guna esoknya
Aku cakap nanti cuti sekolah mama balut le

Ahad lepas adalah hari yang bosan
Aku pun malas nak kemas rumah
So aku balut la buku² Aleeya tu
Buku Adib pulak tak dapat lagi

Persediaan membalut buku

Stiker tu aku guna untuk tulis nama Aleeya
Kaler striking sikit senang nak nampak dari jauh
Aku lekat je kat kulit buku teks tu sebelum balut dengan plastik
So budak tahun depan, just cabut je la stiker tu

Kalau dah namanya buku pinjaman kan so jangan harap la nak dapat buku lawa2
Bergantung pada budak yang pinjam sebelumnya
Kalau pandai jaga elok la kan
Dan kalau pembalutnya masih elok, memang aku tak ganti pembalut baru
Tapi kalau dah teruk beno, memang kena ganti la

Dalam banyak2 buku teks Aleeya bawa balik tu ada satu je yang aku tak ganti plastik
Yang lain semua kena balut lain
Ada satu buku tu memang teruk koyaknya
Padahal Aleeya ni baru peminjam kedua
Tak pandai jaga buku betul budak sebelum ni... 
Ni la buku yang aku cakap tu.. nampak tak dah koyak tu?
[Ini bahagian belakang]
Cuba tengok bahagian depan pulak
Ha kau... cam gitu sekali koyaknya..
Jenuh aku selotape bagai
Kang terkoyak2 cemana la Aleeya nak guna kan

Lagi satu yang aku menyampah bila orang sebelum ni balut tah apa2
Ada satu tu balut bukan pakai selotape tapi pakai stapler
Dah habis bertebuk2 buku tu
Dah tu pulak stapler tu kan lama2 dia berkarat
Ni tangan aku siap luka sebab tercucuk dawai kokot tu
Grrrrrrr.... guna otak le kalau nak balut buku pun...
Dalam hati siap cakap malas tul orang yang balut buku ni...


Nanti turn Adib tah le dapat buku cemana pulak la keadaannya..

1 comment:

Abil Fikri Ahmad said...

Membebelll jea sambil balut buku yea..hahahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...