Monday, December 30, 2013

ADIB @ ORIENTASI DARJAH SATU

Sabtu lepas (28/12/2013) Adib ada orientasi untuk kemasukan darjah 1
Awal sepi'e la si Adib kena bangun
Aku suh hasben aku je la yang bawa Adib
Sebabnya si Amira tak bangun lagi masa ni
Riso karang cik gebu menangis memerap lak kat sekolah.. jenuh lak nanti

Dalam kul 9.30 hasben aku sms suh ikut dia pi sekolah
Dia malas nak tunggu sorang2 le tu...
Kena juga angkut bini buat peneman...hehehehe
Tak lama pastu dia pun balik rumah
Pastu pesan kat Cik Besah mintak tolong tengokkan Amira
[sebab masa tu Amira dah tido balik]
Aku pun siap2 la mandi semua

Dalam kul 10 pagi kitaorang pegi balik ke sekolah
Sampai sana taklimat untuk parents tak habis lagi
Aku malas nak duduk kat dewan tu so aku pi jenguk Adib kat kelas dia
Tengok list nama kat notice board dulu
Adib duduk kat Bilik 1 [nama dia atas sekali lak tu]

Parents yang menunggu anak2..

Ha.. tu dia si Adib
Katanya dia dah siap jawab ujian
Tu tengah boring la tu..


Lepas habis taklimat, kena ambik buku teks pulak
Aku dah siap2 standby kat tepi bilik untuk ambik buku teks
Kiranya aku antara orang terawal la pi ambik buku teks
Saja cepat2 sebab senang pastu boleh balik
[dalam hati risau juga tinggalkan Amira lama2 kat Cik Besah]

Lepas ambik buku teks, baru boleh ambil anak bawa balik rumah
Result ujian untuk masuk kelas mana akan diberitahu masa buka sekolah nanti
Harap2 Adib takle dapat kelas yang corot.

Buku teks & buku kerja yang Adib dapat
Ada 18 buah semuanya
Malasnya nak balut buku2 ni....




1 comment:

Jasfyra said...

anak kita sebaya :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...