Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, December 31, 2013

RECAP 2013

Hari ni hari terakhir tahun 2013 kan
Esok dah masuk tahun baru
Dah ada yang pasang azam ke???
Aku takde azam spesifik pun... kalau nak berazam  bila2 pun boleh

Entry terakhir tahun ni cuma recap apa yang berlaku sepanjang tahun 2013
Tapi nak recap yang beso2 je la
Yang kecik2 aku pun ingat2 lupa je..

Antara benda2 yang dah berlaku di tahun 2013
# Hasben beli moto baru
# Aku beli laptop baru
# Buat extended stor room
# Install cabinet

Pehtu ada gak beli perkakas letrik baru
# Vacuum, oven, microwave & tab baru untuk anak2


Tapi the biggest thing happen to my family is......
Kelahiran cik gebu [sebagai pencen kubur kami yang ke-3]
Alhamdulillah ya-Allah atas hadiahmu ini..

Selain tu, benda lain yang terjadi
# Hasben aku kena operate telinga
[first time kene operate kekdahnya...]
dan dia adalah lone ranger di hospital sebab aku masih dalam pantang masa ni


Anak2 pulak pencapaian masing2 yang membanggakan

# Aleeya cemerlang di sekolah kebangsaan dan juga sekolah agama
[Dapat naik pentas di kedua2 sekolah]

#Adib pulak dengan beraninya telah pun bersunat di usia 6 tahun
[Dan juga sudah graduate sebagai budak tadika..hehehehe]



AMIRA DAN KAKJI

Patung kesayangan Amira namanya Kakji
Kakji ni dulu dari masa Aleeya dah ada
Opah Minah yang belikan kat Padang Besar rasanya
Tahan Kakji ni sampai sekarang

Masa Adib dulu idak le aku bagi dia main dengan Kakji
Sebab Adib budak laki mana sesuai main patung orang pompuan
Adib dulu feveret dia patung Teddy Mr Bean tu
Tidur pun patung Teddy ada kat celah kangkang
Sekarang tah kemana patung Teddy tu pun aku tak tau

Setia dengan Kakji di mana sahaja
[ada kala buat dek je dengan Kakji tu... ikut angin dia je la]
Beso patung dari tuan kan..


Lagi aksi2 Amira dengan Kakji
Habis di gomol & diganyang dek Amira


Bila dah boring, dia buat tak tahu dah le


Mana dapat nama Kakji????
Sebab inilah....
Nama kat patung ni memang dah tulis Kkakji
Terus la lekat nama Kakji..

 Aksi ala2 BFF konon....

Monday, December 30, 2013

ADIB @ ORIENTASI DARJAH SATU

Sabtu lepas (28/12/2013) Adib ada orientasi untuk kemasukan darjah 1
Awal sepi'e la si Adib kena bangun
Aku suh hasben aku je la yang bawa Adib
Sebabnya si Amira tak bangun lagi masa ni
Riso karang cik gebu menangis memerap lak kat sekolah.. jenuh lak nanti

Dalam kul 9.30 hasben aku sms suh ikut dia pi sekolah
Dia malas nak tunggu sorang2 le tu...
Kena juga angkut bini buat peneman...hehehehe
Tak lama pastu dia pun balik rumah
Pastu pesan kat Cik Besah mintak tolong tengokkan Amira
[sebab masa tu Amira dah tido balik]
Aku pun siap2 la mandi semua

Dalam kul 10 pagi kitaorang pegi balik ke sekolah
Sampai sana taklimat untuk parents tak habis lagi
Aku malas nak duduk kat dewan tu so aku pi jenguk Adib kat kelas dia
Tengok list nama kat notice board dulu
Adib duduk kat Bilik 1 [nama dia atas sekali lak tu]

Parents yang menunggu anak2..

Ha.. tu dia si Adib
Katanya dia dah siap jawab ujian
Tu tengah boring la tu..


Lepas habis taklimat, kena ambik buku teks pulak
Aku dah siap2 standby kat tepi bilik untuk ambik buku teks
Kiranya aku antara orang terawal la pi ambik buku teks
Saja cepat2 sebab senang pastu boleh balik
[dalam hati risau juga tinggalkan Amira lama2 kat Cik Besah]

Lepas ambik buku teks, baru boleh ambil anak bawa balik rumah
Result ujian untuk masuk kelas mana akan diberitahu masa buka sekolah nanti
Harap2 Adib takle dapat kelas yang corot.

Buku teks & buku kerja yang Adib dapat
Ada 18 buah semuanya
Malasnya nak balut buku2 ni....




Friday, December 27, 2013

KENANGAN ZAMAN BUDAK-BUDAK

Tak lama lagi dah habis tahun 2013
Tahun depan dah tahun baru
Aku baru isi borang cuti apply cuti untuk tahun depan
kekok la pulak nak menulis tarikh cuti 2/1/2014 - 3/1/2014 
(cuti anak nak sekolah kan...)

Ni aku cilok dari fb aku:

Apa kenangan zaman korang budak2?

1. Buka kipas, cakap dengan kipas, nak dengar suara bertukar. Takpun feeling2 penyanyi ngan rambut terbang2 ditiup angin.

2. Naik kereta, tengok bulan, ingat bulan ikut kita.


3. Naik basikal, boleh lepas tangan dari 'handle', rasa hebat.

4.Masa sekolah ada orang bagi milo free, lepas ambil sekali, menyamar jadi orang lain beratur ambil lagi.

5. Lukis burung guna huruf 'm'.

6. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit.

7.Masa kecil fikir bentuk hati macam ni

8. Tutup peti ais dengan perlahan, sebab nak tengok bila lampu dia mati.

9. Main belon sabun dalam bilik air time tengah mandi . 1 jam dalam bilik air.

10. Fikir dunia kartun memang wujud.

11. Makan singgam. Lepas tu jilat sampul dia sebab nak tepek tatoo kat tangan.

12. Gigit kulit nugget dulu kemudian baru makan isi sebab tak nak cepat habis.

13. Koyak tengah-tengah buku latihan sebab nak buat kapal terbang, sampan, origami.

14. Susun kusyen dan buat seni binaan.

15. Fikir sticker lesen P dengan L kat kereta P untuk perempuan, L untuk lelaki.

16. Kawan terpijak kasut sekolah, lepas tu pijak kasut dia balik.

17. Lepas abes peperiksaan akhir tahun, guna buku matematik buat main SOS.


18. Beli sharpener yang ada cermin sebab nak betulkan tudung, main pantul cahaya. Lepas tu tak bagi kawan tiup takut tumpul.

19.Hembus nafas kat cermin tulis saya sayang awak.

20. Anggap zaman dahulu dunia berwarna hitam putih sahaja.

21. Tuang air panas dalam piring sebab nak bagi sejuk, kemudian minum dalam piring.

22. Tak bagi kawan korek pensel di kedua-dua hujung nanti mak mati.

23. Bila blackout, pakai lilin buat pelbagai aksi dengan bayang-bayang.

24. Sebelum minum susu kotak, koyak dulu tepi dia, tengok sama ada tanda + atau -. Orang cakap kalau tanda -, tak boleh minum. Pastu terus buang. Haha

25. Susun snek bentuk cincin (Super Ring) pada setiap jari kemudian makan satu persatu.

26. Tengok tanda kat tapak tangan. Kalau berbentuk K bermaksud nanti jadi orang kaya kalau berbentuk M nanti jadi orang miskin.

27. Tak bagi kawan join masa main. Kalau nak join jugak dengan syarat kena main Ti Ai Pi Yu..

28. Ingat kalau tertelan biji, pokok akan tumbuh dalam perut.

29. Kencing dengan yakin sebab rasa dah sampai ke toilet, rupa rupanya atas katil.

Itu semua kenangan-kenangan waktu kecil dulu. Merasa la buat benda2 ni

No berapa kena dengan korang?

Miss my childhood..

Thursday, December 26, 2013

HIMAWARI

 ♪♪Bunga matahari sangat cantik
    Kembang di waktu pagi
    Daunnya hijau bunganya kuning
    Memikat kumbang lalu ♪♪

Ingat tak lagu ni?
Lagu ni aku belajo masa sekolah rendah tau
Tapi anak aku tak tahu lak lagu ni....

Saja la nak tayang bunga matahari kat rumah Cik Besah
Bukan Cik Besah yang tanam 
tapi jiran sebelah rumahnya tu
Beso2 bunga matahari tu

Gadis bunga konon2
[muka belum mandi pagi]

Cik gebu ni pun nak kena entefrem gak..

Jenuh paksa suh pegang bunga tu
Punya la tak nak...hahahaha

Adoi.. takde idea hari ni ...
Oh ye.. Himawari means sunflower in Japanese
[mementang hasben baru balik Japang noks...]

SAYONARA


Monday, December 23, 2013

REUNITED AFTER 2 WEEKS

Selepas 2 minggu berpisah, akhirnya kami bersatu semula Sabtu lepas
Hahahah... berpisah la sangat kan
Sebabnya hasben aku kena gi Jepun 2 minggu
Tinggal la aku anak beranak
Dah le ini fes time kena tinggal lama2

Alhamdulillah, hasben dah selamat sampai rumah malam Sabtu lepas
Lega dapat jumpa hasben.. [rindu sebenonya]
Anak2 apatah lagi... especially Adib
asyik membilang hari bila abahnya nak balik

Gambar proper takde, gambo tido pun jadi le..
[Hasben aku dah pakai tishirt Jepun tu]

Hasben aku gi keje ye uols.. bukan  pi jenjalan
Tapi ada juga la ole2 hasben aku belikan untuk kami

Untuk anak2 hasben belikan baju je 
Nasib baik la ngam2 je saiznya dengan diaorang
Rompers untuk Amira
Adib pun sepasang jeans & kemeja
[dah pakai pun pagi semalam]
Aleeya pulak sepasang baju kaler pink

Untuk aku pulak laki aku belikan sehelai baju juga
Dan ada satu lagi yang aku tak sangka dia akan beli
Sebab hasben aku tak pernah belikan untuk aku sebelum ni

Henbeg Jepun mari...
Ok juga la taste laki aku ni sebenonya

Untuk Cik Besah dan biras aku pun dia belikan handbag juga
Hahahaha... masing2 dok melaram henbeg la pasni..

LAYAN BLUES

Kadang2 kalau aku mengemas rumah atau masak
Aku akan letak Amira dalam buai @ dalam takung/bouncer
Dalam buai ok la dia rasa cam terawang2 kan
Kalau dalam takung pulak aku letak dia depan muka pintu
Suruh dia ralit tengok alam semulajadi.. ewah konon
Tapi ye la, bila dia tengok luar dia nampak burung, kucing, pokok
Bila dia leka, senang la aku nak buat keje
Tapi tak boleh lama sangat sebab minah ni cepat boring

Kalau duk dalam bouncer, kasi la dia kudap2
Sambil layan blues, boleh kunyah2

Mulut muncung dah jadi trademark cik gebu lak
Tah kenapa suka beno dia buat mulut camtu

Friday, December 20, 2013

CELIK HATI --> ISTERI PENYAYANG

Sempena Jumaat yang barakah ni
Nak share satu video yang sangat2 beri manfaat pada kita





Semoga kita sama2 dapat menjadi isteri penyayang dan muslim yang lebih baik dari semalam

Antara main point yang Prof cakap:

1. Kita terlalu sibuk mencari rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah tetapi kita tidak sibuk dengan tuntutan kita sebagai hamba Allah.

2. Jangan harapkan kasih sayang suami tapi haraplah kasih sayang Allah

3. Jangan banyakkan akaun bank tapi banyakkan akaun emosi.


** Terasa pulak bila Prof cakap pasal MIL..hahahaha. Ampunkan aku la Cik Besah...

Thursday, December 19, 2013

BALANCE CUTI 2013

Bulan ni memang giat orang bercuti sebab nak habiskan annual leave
Opis aku boleh carry forward cuti 3 hari je
Setakat hari ni balance annual leave aku masih ada....



Dah plan nak spare 2 hari untuk bukak sekolah nanti
Nak kena menunggu si Adib pulak
So ada lagi 3.5 hari

Takde plan nak bercuti pun buat masa ni
Sebab takde planning ke mana2
Kalau takat nak duduk rumah, baik takyah cuti
Pening aku mengadap keje rumah bagai
Kalau cuti pun bukannya boleh berehat....

So peram dulu la cuti sehingga masa yang sesuai..

DAH PANDAI DUDUK SENDIRI

Selama ni Amira memang dah boleh duduk
tapi kena orang dudukkan la...
Dia buat sendiri memang tak berapa pas lagi
Asyik dok menyenget je

Semalam masa aku tengah melayan Whatsapp
Tetiba aku ternampak Amira dah duduk sendiri
tanpa bantuan sapa2 ye...
Cepat2 aku tangkap gambo guna tab
That's explain why the picture's quality are poor

Mama... saya dah boleh duduk....

Nak suruh dia maintain duduk kena suruh Aleeya duduk depan dia
Dah macam Yoga instructor pulak si Aleeya



Ok ada la dalam seminit diamnya si Amira tu
Pastu nampak aku tengah tangkap gambar
Cepat2 dia nak merangkak ke arah aku

** Hujung minggu ni genap 9 bulan la ini budak...

Wednesday, December 18, 2013

SPRING BUAI PUTUS LA PULAK

Malam tadi masa tengah nak bagi Amira tido
tetiba je spring buai tu putus
Nasib la kepala si Amira tak terhentak ke lantai sebab ada bantal

Ni la rupe spring yang putus tu

Selama 8 tahun spring ni bertahan
Sudah sampai masa dia nak putus pulak
Apa idaknya, abang & kakak Amira tu pun nak naik buai spring juga

Dah le putus malam2 malas la pulak aku nak ke kedai
Dah dekat pukul 10 kot masa tu
So aku suruh Aleeya pi tanya Cik Besah kot2 dia ada spring lama

Cik Besah cari punya cari takde katanya
Sebab kesian kat cucu pak mentua aku pun start la moto pi kedai
Nasib la tokei kedai baru nak tutup kedai
Sempat la pak mentua beli spring baru
Orang tua tu dah le sakit kaki... buat susah dia je
[Terharu aku...]

Alhamdulillah sudah selamat berspring baru
Cuma bunyi agak bising sikit
Balik karang nak sapu minyak sikit kat spring tu..

WW 2013 #51


**Takleh terima kalau orang Islam gagal subjek agama

Tuesday, December 17, 2013

FIRST TIME BUAT MAKARONI BAKOR

Fes time aku nak masak makaroni bakar kome
[Ate udoh ada oven kan..]

Makaroni ni pun banyak version rupanya
Nengok resepi boleh tahan juga ingredientnya tu
Yang paling tak menahan nak kena pakai telur yang banyak juga
Huish... kolesterol kome makan telo banyak2
[dan dan kolesterol.. walhal aku la hantu telor sebenonya]

Google punya google aku jumpa la resepi makaroni bakor
dan yang penting tanpa telur
[sebabnya telur ada 2 biji je kat rumah masa tu]
Last2 aku guna la resepi dari budak SILAMPUNEON

Tapi ada durhaka juga aku dengan resepi tu
Sebab aku guna mana ada je
Cheese pun aku pakai cheddar je.. sebab murah
Lagipun ada stok kat rumah

Jeng..jeng..jeng... ini la rupe makaroni yang baru lepas dibako
Hodoh kan??? Aku pun nak tergelak tgk rupa paras makaroni ni
Ye la orang selalu tabur grated cheese @ mozarella atas tu
Tapi aku pakai chesdale je...
Dah tu cam terlebih bako ke apa... gelap je kalernya
Nasib la ko bedah....

Ni keratan rentas lak
Nak potong kena potong time dah sejuk
Kalau panas2 dia cam hancur
Aku ni tak nyempat2 tuyang cam hancur sikit
Ekceli takyah dah makan dengan sos
Aku je saje mengada...

Sebab fes time masak, laki aku pulak takde
So anak buah hasben aku la jadi mangsa kena test masakan aku
Kebetulan dia datang rumah aku masa tu.
Sedap katanya.... woooo kembang aku
Pasni boleh buat lagi la...
Habis setengah loyang dia je makan... hehehehe

PERSEDIAAN SEKOLAH

Dah tengah bulan baru berkesempatan nak shopping baju sekolah anak
Ahad lepas aku bawa la Aleeya dan Adib pi shopping 
Tak pi jauh2 pun... pi beli kat area rumah aku je
Kat Pasaraya Hari- Hari dan beberapa kedai yang lain
Amira aku tinggalkan pada pengasuh kejap.



Nampak cam sikit kan....
Tapi hasil borongan semalam dah hampir RM700+++ 
Memang harga dah naik ooooo
Itupun aku beli yang murah2 je...


Yang jadi mahal tu sebab dah kena beli unifom untuk Adib
Unifom sekolah kebangsaan & juga baju melayu untuk sekolah agama
Unifom budak laki lagi mahal dari unifom budak pompuan..


Beg sekolah baru- Beli kat pasaraya Ten Ten je


Baju seragam sekolah untuk dibasuh & di gosok


Aleeya jadi pengawas sekolah tahun depan 
So kena beli tudung baru & kasut baru

Tudung nak kena kaler cam kain sekolah
Kasut lak warna hitam
Vest pengawas pun nak kena beli juga... 
Baju2 seragam semua beli kat Hari-Hari je
Kasut je aku beli kat KG Trading - sepasang 10 hengget 
[Takmo beli yang tebal2 sebab lambat kering nanti]

Tracksuit dan baju t-shirt putih pun beli kat KG Trading je
Tracksuit RM8.90, T-shirt tu RM3.80 - beli la 2 pasang untuk Adib
Aleeya cuma minta sepasang tracksuit je sebab yang lama elok lagi
Tracksuit tu aku malas nak beli yang tracksuit sekolah sebab kualiti kainnya adalah sangat hampeh. 
Mahal lak tu.


Bakal murid SKBBBK


Selain tu kena beli juga pakaian dalam - singlet & spender
Adib pun kena belajo pakai spender la bila dah sekolah nanti
Tapi dia taknak spender biasa2 tu, dia nak boxer katanya
Hambek ko... kaler merah lagi...hehehehe




Botol baru jugak untuk isi air masak
Ungu Aleeya punya, biru Adib punya
Beli kat kedai 2 hengget je pun.. jadilah...

** Buku tulis tak beli lagi, yuran sekolah agama tak bayo lagi...
 [Tengah tunggu bonus laki la pulak]


Monday, December 16, 2013

PEMBARIS MAGIK

Semalam aku pi beli barang2 perkakas sekolah anak aku
Segala macam nak beli
Nanti aku buat entry pasal ni

Stationeries adalah salah benda wajib beli
Semua nak baru kalau boleh katanya
Ye la.. kasi semangat sikit kat anak
Especially pada Adib yang fes time nak masuk sekolah kebangsaan.

Masa beli pembaris, Adib pilih pembaris Ben 10
Pada aku beli je la apa yang dia minat
[yang penting tak mahal...]
Ni la pembarisnya..
Pembaris ni magik tau
Apa yang magiknya???
Magik sebab boleh dipanjangkan...hahahaha
Aku rasa kome pun ramai dah tau kot
Aku je la yang jakun... 
Fes time tengok la katakan

Nampak tak??? Boleh lipat jadi pendek
Bila nak panjangkan pusingkan je kasi panjang...hehehehe
Macam² sekarang kan
Zaman aku dulu takde pun macam ni..

Friday, December 13, 2013

KERAHAN TENAGA

Cuti hari keputeraan Sultan Selangor hari tu 
aku ambik kesempatan nak mengemas rumah
Hujung minggu hari tu aku malas nak kemas
Rasa letih je badan [alasan je tu...]

Memandangkan rumah dah lama tak vakum
Aku pun pi keluarkan vakum dari dalam stor
Time aku nak vakum la si Adib pun nak menyebok sangat
Aku yang baik hati ni, vakum separuh pastu aku suruh Adib yang buat sampai habis
Sampai sudah si Adib la yang buat..
Dah boleh harap dah si Adib ni semenjak dah bersunat ni..


Aleeya pulak tengah melayan Amira kat dapur
Idak le deme kena habuk2...
Aku pulak sementara Adib vakum, aku gi layan whatsapp
Sempat lak ambik gambar Adib yang tekun memvakum tu
Tapi gambar guna tab ni kureng la sikit kualitinya...
Tak kisah le tu.. janji ada gambo..



TELEKUNG VIETNAM

Bebaru ni kawan aku pi Vietnam
Sapa la lagi si usahasawan Makcik Rehan tu la
Kalau ke Vietnam sah2 la dia dok cari stok telekung kan
Bila dia dah announce kat fb sapa2 nak oder aku pun oder la selai

Sebelum ni pernah gak oder ngan MR tapi aku oder kaler putih
Aku oder yang kain licin... aku tak minat yang lycra
Kali ni aku oder yang kaler2 pulak
Aku ambik kaler hitam pulak...
Senang sebab tak nampak jarang pun
Gambo gegar la sebab Aleeya yang snap gambo..

Untuk Aleeya aku belikan jugak
Tapi untuk saiz budak takde pulak yang kaler2
Aku belikan je la yang ada bunga2 pink


Sedap gak pakai telekung ni
Tak panas...

Kalau sapa minat pi terjah fb Jollycotton @ website Jolly Cotton

Pasni nak oder kaler kelabu lak....
Dulu tak reti nak pakai yang kaler2 ni 
Tapi bila tengok orang pakai lawo la pulak
Akhirnya terjebak jugak la aku...


Wednesday, December 11, 2013

SUSU FORMULA

No regrets... aku dah start bagi FM pada Amira
Dek kerana susu aku pun dah merudum
Ditambah dengan kemalasan dan keletihan dan stress
So pasrah dan redha kasi anak minum susu lembu
Tapi belum totally berenti 
Sebab waktu malam aku masih direct feeding Amira
[masa tengah malam & dia mamai2 la]
Kalau waktu dia sedar abih la asyik menggigit je kerjanya...

Susu apa aku bagi???
Aku start dengan susu murah je...
Aku bantai Dutch Lady je.. sebab Amira dah 8 bulan aku ambil la yang langkah 2 punya


So far Amira ok je dengan susu ni
Takde sakit perut, kembung, berak taik keras, muntah
Nampak cam rasi... harap2 ok la sampai besar
[malas mama nak gi tukar2 susu ni]


Ok fine... aku tak macam mak2 lain yang boleh breastfeed anak sampai umur 2 tahun
Bukan aku taknak tapi aku buat mana yang mampu je
Karang dok sebok mengejar stok susu, bertambah stress lak aku
Kalau paksa2 pun bukannya susu tu boleh banyak
Makin sakit ada la...

So kesimpulannya pada aku takyah la nak ikut orang sangat nak fully breastfeed sampai anak umur 2 tahun
Sendiri punya badan , sendiri tahu kemampuan diri sendiri
Kalau ikut aku, mana yang mudah je aku buat
Kalau dah tak larat, cari la alternatif lain..
Dan selagi ada demand dari Amira, aku still bagi tapi idak le 100% cam sebelum2 ni..

At least target aku nak exclusive bf Amira selama 6 bulan dah tercapai.
Alhamdulillah..


WW 2013 # 50

#bila la nak sampai kat sini...#

Tuesday, December 10, 2013

KALAU NAK KURUS MAKAN IKUT DARAH

Semalam opismate aku ada bagi pinjam buku
[sebelum ni memang dia pernah cerita ceriti pasal ni]
Buku tentang pemakanan mengikut jenis darah masing²

Kome pernah baca tak buku ni?

Dah sebab dia ada buku, aku cuma fotostat je la bahagian yang berkenaan dengan aku je
Ini pulak summary pemakanan la dari buku ni
[aku cedok dari google je]
Aku adalah darah 'O', so kena makan banyak protein la gitu 
Tapi banyak gak nak kena avoid...erm...erm...