Thursday, February 26, 2015

MELAWAT PLANETARIUM NEGARA PULAK

Lepas keluar dari Taman Burung, 
ingat nak le gi ronda2 Taman Rama2 ke, 
Tugu Negara ke, Lake Garden ke
Tapi sebab dah lapo, mula la nak cari tempat makan

Keluar je dari simpang Taman Burung tu
ternamak signboard PLANETARIUM NEGARA
terus la Aleeya ajak singgah situ
Hasben aku pun terus masuk simpang ke Planetarium tu
[Perut berkeriok pun tahan dulu la]
Sebab tak pernah pegi, singgah jugak le kan
Bagi anak2 seronok

Nasib la tak ramai orang, parking pun senang
Tapi cuaca panasnya usah citer
Cepat2 nak masuk Planetarium tu sebab nakkan ekon
Kami tak beli tiket nak menonton tayangan pasal angkasa2 ni pun
So masuk ke ruang pameran je
FREE je
[Pada aku yang penting masa tu AIRCOND je....]

Dalam ni macam2 la pasal planet, angkasa dan yang sewaktu dengannya
Adib & Yaya suka la
Aku pun suka juga tapi sebab melayan baby, takleh nak concentrate sangat nengok benda dalam tu

Sapa yang selalu tengok movie @ dokumentari pasal angkasa lepas, mesti selalu ada benda yang kat belakang Adib tu kan..

Pastu ada satu section untuk melihat & merasai suasana dalam roket
Konon2 boleh la fefeeling jadi angkasawan cam Dr Sheikh Muszaphar tu

Ni angkasawan ke alien??
Sebab ada dua muka..hehehehe

Ne hasben aku fefeeling angkasawan tengah tido
Tu la beg tido astronaut dalam spaceship/rocket
Zip tu dah rosak tu yang hasben aku terpaksa pegang tu..

Ni pulak toilet dalam roket
Ni Aleeya dok demo cara2 berak di dalam kapal angkasa ye kawan2


Budak ni bukan menangis takut ke apa
Tapi sebab suruh orang dukung dia
Dah boring duduk dalam stroller le tu


Ni konon2 masuk majalah le 
Konon2 ada kat Planet Marikh le gamaknya...


Ini dia sut angkasawan
Tengok pun cam berat je sut ni

Jenuh nak ejas pose suh kasi nampak kurus
Nasib la Adib tangkap gambar tak gegar kali ni..
huhuhu..

Father & Daughter
[Tak reti senyum tul hasben aku ni kalau bergambar]

Memandangkan kat sini pun jam dah pukul 3 lebih
Terus kitaorang singgah solat Zohor kat sini
Suraunya selesa & bersih walopun tak besar sangat

Lepas solat, terus nak cari tempat makan
Tapi bila masuk kereta je si Amira & Aleeya tidur la pulak
Kalau terganggu tido tu, merengek pulak si Amira tu nanti
Last2 terus hasben drive balik Batang Kali
Tapau je makanan, makan je la kat rumah
Ha kau... kul 5 petang baru kami lunch tau!
Jalan jauh2 sampai ke KL, alih2 balik makan di Batang Kali juga..hehehehe


1 comment:

Hanis Azla said...

As-salam syani..

cantiknya syani.. Best juga ya planetarium ni.. akak tak pernah pergi.. nak bawak anak-anak semuanya dah pergi dengan rombongan sekolah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...