Tuesday, January 13, 2015

CERITA SEKOLAH ANAK-ANAK

Benci pulak aku nengok tajuk entry si ibu tiri tu
Lama beno terpampang kat blog aku
Wahahahaha... ko ni dah kenapa???
Sedor la diri dah ada ibu tiri le nih!!

Minggu first persekolahan kan
Topik apa lagi nak publish kalau bukan bab sekolah anak2 ni
Kelam kabut sikit arrrr memula ni kan
Maklum le dah sebulan lebih cuti panjang
Tup2 dah kena bangun awal dari kebiasaan
Aku cam biasa je sebab memang timing aku bangun tido kul  5.30pg tu

Tang bab nak kejut Adib tu mencabar sikit
Aleeya senang bangun pagi... kejut sekali pun dah bangun
Si Adib ni punya la liat bangun pagi
[Ehm... ikut perangai sapa ye tu???]
Jenuh kejut dia.. Kalau aku tinggikan suara si baby pulak terjaga
Udah jenuh aku pagi2... Nak lilit shawl pun tak tenang dibuatnya
[Nasib la ada tudung instant buat back up]

Cis... awal2 dah membebel aku ni ha
Padahal nak tayang anak2 aku di hari pertama persekolahan je..

Tahun ni Aleeya darjah 4, Adib darjah 2
So takde la aku kena menunggu kat sekolah nun
Diaorang pun dah boleh uruskan sendiri.. cewah!

Aleeya sekolah kebangsaan sesi pagi
Adib pulak sesi petang
So tahun ni takde diaorang nak together2 sangat
Tapi dua2 dilantik jadi pengawas tahun ni
Semoga diaorang dapat melaksanakan tanggungawab diaorang sebaik mungkin

Tahun lepas pun Aleeya jadi pengawas
Tapi tahun lepas pakai kemeja putih
Tahun ni kena tuko lak kemeja biru


Abang kawasan pun jadi pengawas gak
Hensem pulak si Adib bila pakai unifom ni
[puji la anak sendiri... ]
Ni dah pakai baju saiz S dah ni tapi still beso dari badan Adib
Tu tang tangan tu panjang sangat sampai kena berlipat2
Apa nak buat.. baka kami ni semua jenis slim2... huahuahua

Ok.. tu je nak citer
BAI



4 comments:

AMIIZAA said...

salams syani

kak mieja datang baca kisah anak2 hari pertama seklolah:)

Hati Ema said...

besar besar dah anak... hehehe fuyoooo pengawas.... sekolah yasmeen pengawas baju pink...

eMMe said...

Salam Syani, keje ke tak eh? kelam kabut siapkan anak2 sekolah ek.. tapi ade si kecik teman kan kat umah yea... dah besar la jasmin... comelllnyewww...

Najib Ariyan said...

susah bangun tido?? letak blender sebelah telinga dia lepas tu hidupkan dalam dua saat... confirm terbangun...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...