Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, January 30, 2015

BERIADAH BERSAMA ANAK KECIL

Tajuk poyo tul
Macam le aku rajin beriadah dengan anak2
Anak2 je yang beriadah sebenornya
Aku duduk kat tepi membesorkan bontot je...

Ok... diakui memang aku jarang bawa anak2 berjalan2
Hubby lak jadi workaholic lak dua tiga menjak ni
Kalau duk rumah pun nak berehat & cover tidur je kekdahnya
Kesian juga kat anak2
Takkan la aku sorang2 nak bawak deme jenjalan
Tak larat aku dengan nak berdukung, berstroller bagai
[Nak hantar anak2 kat pengasuh pagi2 pun dah letih dah aku rasa]
Lagi satu, kalau keluar mesti RM melayang jugak kan...
Tak duit minyak, duit beli jajan untuk anak2 kan...

Sonya, korang beriadah je la kat kawasan rumah
Mujur la dapat rumah ada tanah tepi
Boleh la lepas anak2 main dalam kawasan rumah & berpagar

Ni kakcik Amira tengah main bola
Ikut dan le sapa nak melayan dia main tu
Mama dok tepi je sambil menggendong si baby

Riadah ni pun ikut musim
Kalau musim badminton, deme main badminton
Kalau musim berbasikal, deme main la basikal

Riadah camni pun best kan..
Ada ke beskal ni kat Malaysia??
[Aku pun dah lama tak cycling.... mesti aku cepat semput dibuatnya]






FOTOSTAT KER???

Ramai kata muka Amira sama cam muka aku
Ye ke???
Agaknya banyak gen aku melekat kat dia kot..hahahaha

Debabnya mama
Anaknya cinonit je
Semua lemak2 pas dekat mama...


TAPI
Yang Jasmin ramai kata muka fotostat
macam abah dia
Ye ke??? 
Memang anak abah sangat kan????


Thursday, January 29, 2015

FIRST TIME AKU BUAT APAM WEI....

Orang kalau fes time nak buat kuih mesti buat yang senang2 dulu kan
Pastu kalau nak buat apam pun, try dengan apam nasi @ apam susu dulu kan
Aku lak dua2 apam tu tak pernah buat lagi
Tup2 terus nak buat apam karamel ko....
Bahasa kampung aku apam gula hangus...kui..kui..kui

Tah cemana aku tengok resepi apam karamel ni
Pastu bahan2 lak semua ada kat rumah
Encik "R" pun ada singgah lak
So, apa lagi... kita bikin la

Punya semangat aku nak meng"apam"
Siap beli bekas kecik2 ko
Acuan kuih Puteri Ayu pun aku beli
Asalnya nak pi cari acuan kuih lompang yang kecik2 tu
Takde pulak kat kedai tu
Tu yang terbeli acuan lain

Ha... ini le rupa apam hangus eh apam gula hangus aku
Tak hangus tau sebab aku kukus
Lembut gebu je
Anak2 pun suka



Resepi??? 
Ni ha aku tepek.. 
kot2 hilang resepi ni aku search je dlm blog sendiri kekdahnya ye dak???


Aku derhaka sikit resepi sebab aku ganti marjerin dengan mentega
[sebab nak habiskan stok mentega]

Pastu kalau ikut resepi ni, apam ni agak manis sikit
So next time buat kena kurangkan gula kot..


BIRTHDAY CELEBRATION ALEEYA

Permulaan birthday tahun 2015 ialah birthday Aleeya
Sebab dia lahir bulan Januari
Setiap birthday ahli keluarga mesti nak celebrate kan
Tak kira la sesimple mana pun

Birthday Aleeya pun kami celebrate simple2 je
Takat makan2 satu keluarga je
Tak reti nak organize majlis2 cam orang lain dok buat2 tu kan
[Lagi pun bajet dah takde... dah banyak pakai duit buat persiapan persekolahan anak2]

Ekceli birthday Aleeya jatuh pada hari  Rabu
Tapi kami buat makan2 pada hari Sabtu
Hari cuti senang sikit  kan..

Birthday Aleeya dia takde mintak kek pun
Dia cuma mintak aku buat puding karamel je
Ye la.. kek ni bukan feveret diaorang
Aku je yang hantu kek pun...wakakakaka


Nak feeling2 birthday cake, cucuk je la tag Happy Birthday kat tengah2 puding tu
Memula memang nak deco puding tu
Tapi dah lupa nak beli bahan2 untuk deco, so togel je la puding tu jadinya

Hasben aku pulak belikan satay ngan pizza
[biasa la menu ni kalau ada celebration apa2..hehehe]

Alhamdulillah... selesai sudah birthday celebration pertama tahun ni
Next, birthday Amira pulak in March...

Wednesday, January 28, 2015

HADIAH BUDAK BUAS

Aktiviti biasa hujung2 minggu ialah menggosok baju
Bila gosok baju macam biasa aku angkut la anak2 naik atas sekali
Aku gosok baju dalam bilik
Si Jasmin aku letak je atas katil
Tapi kena kepong juga dengan bantal2 sebab dia dah pandai berguling2
Si Amira pulak memang pesen tak duduk diam
Kejap turun katil, kejap naik katil

Tah nak dijadikan cerita, masa tengah membuas tu
Tetiba ada bunyi berdentum
Rupanya Kakcik dah tertonggeng ke lantai
Jatuh dari katil..
Ate... dah duduk betul2 pinggir katil kan
Agaknya badan tak imbang, terus terjunam ke bawah
Pastu apa lagi... meraung sekuat hati la...

Kan dah dapat hadiah
BENJOL kat dahi tu


Hai... macam2 la bila budak2 tengah melasak ni kan..


Monday, January 26, 2015

TERIMA KASIH BUDAK BERTUAH!

Bertuah sungguh la si Kakcik ni
Tersangat over kreatif
tersangat suka melukis & menulis [baca memconteng okeh]

Aku pun tak sedar bila dia buat benda ni
Nak marah pun tarak guna suda
Saaaaaaaabo je la..

Terima kasih Amira
Sebab cantikkan tepon mama ni
[huhuhu.. nasib dia idak cabut bling2 kat backcase ni]

Friday, January 23, 2015

OH ADIK OH ANAK

As you all know
Aku kan ada adik baru
Even aku tak pernah jumpa lagi tapi pernah la tengok gambar
Itupun mak aku yang tunjuk
Mak aku pernah la jumpa face to face kan

Abah aku kata
bila tengok Jasmin, dia teringat anak dia [namanya Firas]
Herm.... sama sangat ke kan???
Sampai aku kena buat photogrid pulak...
Gigih kau!

Sorang adik
Sorang anak
[Umur sebaya lak tu.. beza bulan je]

Ada persamaan ke???

Ye lah.. ye lah
Anak abah putih
Anak aku tinted

BTW, Firas does have dad's face...
ermmmmmm


NAK DUDUK DAH KE???


Budak ni dah 5 bulan lebih dah umurnya
Sekarang asyik angkat2 bontot  je
Berguling2 sana sini memang dah terer dah

Haritu kakak dia bagi dia duduk kat sofa
Ewah... steady je dia duduk
Pastu kakak agah2 dia cemanatah
Siap ketawa ngekek2 pulak dia
Suke le tuh...


** Lambat pulak tumbuh rambut budak ni.
Anak Che Ta dah lebat dah rambutnya walopun lahir 2 bulan lewat dari Jasmin..

Thursday, January 22, 2015

GADJETMANIA

Orang ada smartphone, kita pun nak ada smartphone
Dah ada yang kecik, nak lagi beso
Dah ada yang canggih, nak canggih lagi
Trend terkini sangat kan...

Dari yang kecik 4 inci sampai yang beso 6 inci
Ni baru smartphone
Tak termasuk henpon yang biasa tu [yg bukan touch screen & bukan smartphone]
Tak termasuk juga tablet aku yang 7 inci ni
[Nanti nak beli yang beso 10 inci tu pulak...hehehehe]

Teknologi ni kan, memang tak terkejor dibuatnya kan...
Dah ada smartphone ni, PC & laptop dah lama dipinggirkan
PC cuma guna di opis je..

Wednesday, January 21, 2015

BILA KAKCIK BERKURTA

Aku ekceli tak tahu apa nama baju ni
Baju ni blogger Yana Halim yang kasi untuk Amira
Dah lama dah dia bagi
Tahun lepas rasanya...
Tapi masa tu baju ni cam besar je dengan Amira

Hujung minggu lepas, tengah kemas2 almari baju anak2
Ternampak la baju ni
[sebab baju yang tak muat semua letak belakang]
Dan2 tu terus suruh Amira try, kot2 dah muat

Ha.. ini la hasilnya
[baju ni namanya Kurta kan???]
Kak Cho, tengok ni...
Dah umur dekat 2 tahun baru nak muat baju ni
[Comel pulak kakcik bila dah muat pakai baju ni]

Abaikan baju t-shirt yang belah dalam tu
Malas nak buka sebab nak suruh dia try muat ke idak je

Jenuh nak ambik gambo dia posing betul2
Sekeping kat atas tu je la yang ok
Suruh dia posing lagi, udah dia taknak sebab sebok nak ngadap tab

Posing baring pun boleh la..



Tab tak lepas tu...
Adei.... budak ni kan...
[tengok baby kat belakang tu tengah berguling2 atas tilam]

Thank you kak Cho a.k.a YANA HALIM sebab bagi baju ni




HER 10TH BIRTHDAY

Alhamdulillah hari ni genap umur anak sulung aku
ALEEYA BALQIS BINTI AHMAD 
Udah 10 tahun dah dia
Hai.. cepat beno masa berlalu
Dah jadi anak dara sunti dah anak aku weh...


Mama doakan anak mama ni berjaya & menjadi insan cemerlang di dunia akhirat
Di panjangkan usia, diberi keberkatan & sentiasa dalam redha & rahmat Ilahi
Semoga Yaya menjadi anak yang solehah & insan yang bermanfaat kepada orang lain

Sesungguhnya kehadiranmu menjadi penceria hidup mama & abah
Mama, abah & adik2 sayang kat Yaya tau..
Love you till Jannah..



Tuesday, January 20, 2015

TAK PAYAH QU PUTEH, SAYA DAH PUTEH

Kecok sejak Gegar Vaganza pasal iklan Qu Puteh ni
Pastu masa AJL bebaru ni
Sekali lagi naik muak tengok iklan Qu Puteh
[Siap trademark tangan pun anak2 dah terikut2]

Dari layan makcik Qu Puteh tu
Meh layan cik puteh ni ha...
Bezakan Aleeya & Amira
Tu yang Aleeya cakap
"Mama, Mira tak payah pakai Qu Puteh sebab dia dah putih"
Hahahahaah

Pos pic ni kat group wasap  aku
Deme kata dah cam testimoni before & after
Sabo je la...
Kui..kui...kui...


Monday, January 19, 2015

BUAI LAJU LAJU

Dah alang2 balik Ipoh, hasben ajak aku gi meronda pekan Ipoh
Ala... idak le ke mana pun
Dia ajak aku ni pasar karat @ Loken @ Memory Lane
Kalau sebut Loken tu rasanya orang Ipoh sure tau punya..hehehe

Pasar Karat tu setahu aku buka hari Ahad je
[Tak tahu le sekarang]
So pagi2 ahad lepas je budak2 bangun, terus suh gi mandi
Yang budak2 pulak beria nak ajak main kat taman permainan
Aku suka kuar pagi2 sebab tak panas

So dari rumah singgah Loken dulu
Ya Rabbi... nak cari parking punya la payah
Pehtu ramainya manusia...
Memang tak sesuai la kalau bawak kanak2 ni

Jenjalan kat pasar karat tu adala dekat sejam kot
Pastu terus tuju Taman Dr Seenivasagam
[dekat je]
Abis ati la anak2 aku dapat main taman

Kat sini banyak pulak buai
Suka la deme takyah cop2 ambik giliran

Budak ni pulak tak mo naik buai
Nak lari sana sini je

Eh..eh...
Abah pun nak main buai ye...

Si kecik ni pun sama...
Tersengih dapat duduk dalam buai


Muka langsi lak tu


Dah lepas main, hari pun agak panas
Hasben aku ngan Aleeya & Adib pi beli air
Aku malas nak jalan, so aku duduk lepak bawah pokok je
Ni kak cik menangis sebab nak ikut abah dia
[Air mata pun tak habis turun lagi tu]


Selfie sikit dengan si baby
Ouch... my dabel chin...huhuhuhuhu
[Bagus la tepon ni... mode selfie ni buat kulit aku nampak flawless gitu]


Sementara aku duduk2 tu ada la sorang kakak ni menegur Amira
Tetiba dia hulur la RM2 kat Amira ngan Jasmin
Terkebil2 gak aku
Aku kata tak payah, tapi dia insist nak bagi juga
[Tau la aku nampak selekeh cam pompuan kena tinggal dek laki]

Takpe la.. Maybe kakak tu nak bersedekah kot
Husnuzon je la  ye dak????
Anyway.. tq kakak..

Ni le rupa aku waktu tu
Huk aloh... memang selebet kan...
Kesian tak?? Kesian tak??
[Pening kepala <--- kata Amira]


Pas ke taman Dr terus balik rumah sebab dah tengahari
Petang konon nak jenjalan ke rumah Mak Mah
Tapi dah hujan pulak, takde la kami ke mana2
Duduk je la rumah sambil layan ulangan Maharaja Lawak Mega yang diulang2 berapa puluh kali tu...






PERCUTIAN PERTAMA TAHUN 2015

Awal tahun dah pegi bercuti2
Jangan marah haaaaaa
Ekceli bukan le berjalan ke mana pun
Tapi balik Ipoh je...hahahahaha

Tak plan pun nak balik Ipoh sebenarnya
Tapi memandangkan cuti sekolah dilanjutkan seminggu lagi
[sebab bencana banjir pantai timur tu]
ditambah pulak hasben aku pun dah apply leave untuk isnin yang sepatutnya sekolah tu
So aku ajak la hasben balik Ipoh

Lama dah wei tak balik Ipoh
Setengah tahun ade la kot 
Last aku balik Ipoh pun sebelum puasa haritu
[dalam bulan 5 rasanya]
Pastu tak balik2 dah
Raya pun tak balik sebab aku dah sarat sangat nak bersalin dah masa tu
Mak abah aku je la yang datang rumah aku

Pas bersalin berpantang pastu dah masuk keje
Memang takde can le dah nak balik kampung
Kalau takat balik pegi Sabtu balik Ahad, cam rasa tak berbaloi lak nak balik
[Sekali balik bior lama2 kan... best duduk bawah ketiak mak ni]

Panjangnya muqaddimah... walhal nak bagitau aku dah lama tak balik Ipoh je pun
Sori la yek...
Selfie jap dalam kereta before bertolak

Sebenarnya hasben aku keje shif malam hari Jumaat tu
Tambah lagi ada OT
So sampai rumah pun dah pukul 5.30 pg
Aku idak le kata nak balik awal2
Kalau ikutkan balik lewat sikit pun takpe
[konon nak jadi isteri mithali suh laki tido dulu sebelum bertolak]
Tapi udah laki aku yang awal bersiap2
Katanya taknak tido.. sebab kalau tido nanti sure bangun lewat kekdahnya...

Lepas hasben aku siap2, aku kejut la budak2 suh bangun & mandi
Amira pulak bila kecoh2 camtu dia pun jaga 
Pehtu terus la aku mandikan dia sekali
Si Jasmin je aku tak bagi mandi awal pagi sebab dia selsema 

Pukul 9 kami bergerak dari Batang Kali
Highway adalah sangat lengang...
Best sebab lancar je perjalanan kami



Sebab dok dalam ekon, syok la si Jasmin ni tido
Berapa shif dia tido tah
Kalau camni punya style senang le nak jalan ye dak???



Selfie dengan kakcik jap
Budak ni kejap ke depan, kejap ke belakang
Pehtu menyempit celah kaki aku


Budak behave ni aku kasi landing atas nurturing pillow ni je
Berbaloi sungguh aku beli bantal ni dulu
Bantal ni pulak aku letak atas peha
Idak le lenguh kaki aku meriba si kecik ni

Dah sampai Simpang Pulai, dak kecik ni berak pulak
So kena la berenti nak kasi cuci
Tak tahan la pulak baunya...
Berenti le kami kat R&R

Lepas salin pampers...bontot pun dah bersih
Tersenyum2 la dia... 
Suke la tu

Kakcik pulak sebok makan pulak
Sampai comot2
Ni abah dia tengah basuhkan tangan dia..

Sebelum tengahari dah sampai rumah mak
Rindu giler nak tengok rumah tempat aku membesar... ewah
Mak aku pun rupanya dah pakai pago karan tau
[gate automatic tu..]
Hahahaha.. gile jakun aku...

Ok.. nanti sambung lak...





Friday, January 16, 2015

TUNJUK SKIL DAH DIA

Annur la ni tengah membuas
Annur pulak.... Jasmin ha...
[Rasa kekok pulak panggil Annur]

Sekarang keje dia asyik nak memusing meniarap je
Duduk dalam carrier pun nak memusing 
Duduk elok2 ada la tak sampai 1 minit

Di minit2 terawal memang la elok duduknya
Tak lama pastu lain dah kedudukannya


Udah keluar takung.... siap menerap lagi ko
Masa ni macam terkejut orang panggil nama dia
konon2 dia kena caught red handed le tu



Panggil kali kedua udah rilek dia menerap kat situ
Apa2 la dik.. janji ko tak nangis..

LENOVO UNTUK ADIB

Udah kakak ada henfon
sekarang giliran Adib pulak nak henfon
abahnya dah berjanji nak bagi henfon

Haritu hasben aku dah belikan henfon untuk dia
Kata nak tunggu bonus
Tapi sampai la ni bonus pun tak dapat lagi
henfon udah dibeli
[well, actually aku tak berapa setuju belikan telefon untuk Adib ni]

Anyway, mak redho je la
Nak2 pulak udah dibeli dan ditayang depan mata kan
Kalau stage diskas2 boleh juga aku mintak pospon
Apo la nak dikata....

Nasib la beli yang murah2 je
Bajet bawah RM300 kan
Ni je la dapat... LENOVO A319


Sebagai parents, risau juga bila anak dah bergajet2 ni kan
Macam2 boleh access
Semuanya di hujung jari
So kita kena la pantau lebih sikit
Hope Adib boleh guna kemudahan ni wisely




Thursday, January 15, 2015

BANTUAN PERSEKOLAHAN RM100

Hari ni kat sekolah anak2 aku
parents kena datang untuk ambil bantuan persekolahan RM100
Nasib la hasben aku keje shif petang
So boleh la ambilkan untuk diaorang
Takde la aku kena cuti pulak kan... [dah le baru je cuti hari Isnin lepas]

Ni ha surat yang sekolah bagi
Siap highlight kena bawa surat beranak asal lak tu...


Ni hasben aku dah wasap gambo
Dah ambil dah duit bantuan tu
ALHAMDULILLAH




Anak2 korang dah ambik ke duit RM100 ni?

ITS ALL ABOUT CHARITY

Terkesan dengan bencana banjir yang menimpa PANTAI TIMUR
Syarikat aku pun tak terkecuali memberi sedikit sumbangan kepada mangsa2 yang terlibat
Sementelaah keluarga  salah sorang staf kami terlibat dalam banjir tersebut
[pergh... ayat cam laporan sotkabo]

Bos kami yang baik hati bagi peruntukan untuk bagi sumbangan
[Sumbangan peribadi pun ada kami buat sendiri]
So tugas dah dibahagikan dan aku  beberapa rakan sekerja kena pegi SHOPPING!!!!!!
Kepandaian orang pompuan tentulah SHOPPING kan..
Sapa tak suka
[tapi lagi suka kalau beli barang sendiri kan]

Tapi ini is all about work ye... no personal matters tau
[walopun ada hati nak ngelat tapi masa tak mengizinkan]
OK... 
So seperti ditetapkan kami shopping di NSK Selayang je
Takde la nak beli sampai berkarton2 tapi senang & murah la kan barang2 kat NSK tu
Tu dia... beratur troli kami dan standby menuju kaunter bayaran
Total ada 10 troli yang penuh dengan barang2 keperluan & makanan

Lepas habis shopping kat NSK
Kami gi shopping ke Chow Kit
Pastu ada lagi barang tak cukup
Kami pi ke Sungai Buluh pulak
Adoi... letih gak shopping ni sebenonya...

Kat Sg Buluh kami dok mencari NARITA & Bantal Kekabu
Sampai KL mencari NARITA tapi tak jumpa
tu yang patah balik ke Sg Buluh
Dalam dok memilih NARITA ngan bantal kekabu tu
ternampak pulak cermin besar kat luar kedai tu
Cantik tu...
Tanya harga beso camni baru RM380
[dan2 rasa nak mintak hasben belikan bila dia dapat bonus nanti...hehehehe]



Selfie sikit dengan member
Suka cermin ni sebab nampak kami langsing
[kawan aku tu memang dah langsing... aku je yang debab]

Ngam2 kul 5 baru sampai opis balik
Letih usah citer..
Malam tu memang tido awal le jawabnya....
Takpe la... charity punya pasal... bila lagi nak buat kebajikan ni..huhuhuhu