Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, November 14, 2014

HARI NI HALF DAY

Hari ni malas beno nak update blog
Sebabnya hari ni hari Jumaat kan
Pastu hari ni aku pulak cuti half day
Sebabnya petang karang nak gi ambik report kad anak2 kat sekolah kebangsaan

Hujung2 tahun ni banyak pulak nak settle hal ehwal anak
Awal tahun lagi la kan..
Hujung tahun ni nak sign report kad le, nak attend hari anugerah la

Hari ni hari sign report card
Hari Selasa hari penyampaian hadiah pula
Ate... cemana la mamanya tak kena spare cuti
Kadang2 bukan tak bangga dengan pencapaian anak
Tapi bila ada hari anugerah, terpaksa la pulak nak kena cuti sebab nak hadirkan diri
Kalau tak pegi merajuk pula anak tu
Kadang2 sampai aku cakap kalau boleh takyah le kome dapat naik pentas tahun ni
[huh... camtu sekali pemikiran aku ni.. tak baiknya kan??]

Dah le cuti tahun sikit je
So kena pandai2 jimatkan cuti tahun le
Ni baru anak 2 orang punya hal ehwal sekolah
Belum lagi hal ehwal sakit demam anak2
Nak cuti saja2 nak pi bercuti ke, relax ke... usah mimpi la
Spare cuti hanya untuk hal ehwal anak2 & kecemasan aja
Sabo je la

Tahun ni Aleeya tak dapat naik pentas 
Tapi Adib pulak dapat sebab dapat matapelajaran terbaik untuk subjek Bahasa Malaysia
Malas2 pun ada cerodik jugak kamu ye...hehehehe

Anak jantan ku nan sorang
[Ni wajah asal kartun atas tu tadi..]

Untuk sekolah agama dua2 dapat naik pentas tahun ni
Tapi nasib la hari anugerah sekolah agama dibuat hari Ahad ni
Lega sikit.. itupun hasben je la yang dapat attend
Aku ni bior la berkuntau dengan anak2 dara cilik kat rumah..
Bukan takmo attend tapi bila nak kena usung anak kecik2 ni malas la pulak
Dibuatnya meragam, merengek, melalak.. huish malas aku melayannya
Alangkan pi klinik nak cek up bulan2 tu pun dah macam2 ragam
Ni pulak nak duduk dalam dewan sampai 3-4 jam... idok le teman!!

2 comments:

Nafira usof said...

Tahniah Aleeya dan Adib.
Semoga tahun depan 2 2 naik pentas lagi yer~ heehhe

Tahniah jugak buat mama dorang.. walaupon kena berkorban cuti.. tapi banggakan anak dpt naik pentas.. ehehe

♥ ROS ♥ said...

alhamdulillah rezeki akk :)