Sunday, May 5, 2013

KAIN BUAI BARU

Bebaru ni kawan aku ada bagi kain buai yang jaring2 tu
Sebelum beranak haritu memang aku plan nak beli kain buai pesen tu
Tapi disebabkan asyik bertangguh je, maka terlupa la nak beli
Masa aku punggah buai hari tu, pakai kain pelikat hasben aku je la

Disebabkan dah ada member bagi kain buai tu [thank you Yong!]
haruslah dirasmikan dengen segera kan
Jeng..jeng..jeng..
Amira beraksi dengan kain buai baru
[kebetulan serba pink pulak hari tu]

Pagi tu ok la Amira tidur dalam buai tu.. maybe sebab berangin sejuk je masuk ikut lubang2 tu kan
Tapi bila belah petang, dia buat perangai lak.. tidur tak lena a.k.a tidur2 ayam je dalam tu
Penat aku enjut buai tapi dia tak lelap
Mana idaknya... dia dok nampak pergerakan orang ikut celah2 lubang buai tu....
Takleh jadi ni.... sampai malam dia tak tidur ko....

Last2 malam tu aku tukar balik pakai kain pelikat
Baru la dia tidur lama sebab dah tak nampak luar
Terkepung dalam kain je..hehehehe
[tunggu Amira dah besar sikit baru pakaikan balik kain buai pink tu..]

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...