Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, May 23, 2013

CUCUK 2 BULAN

Kalau ikutkan dalam buku pink tu, hari ni ada appointment kat KD Batang Kali untuk Amira cucuk 2 bulan. Aku pun dah siap2 apply cuti kat bos sebab nak bawak anak gi klinik. Malas nak mintak time off sebab esok Wesak kan... so alang2 baik aku cuti je terus..hehehe

Tapi petang semalam, nurse Batang Kali call, nak kensel appointment sebab dia kena pi kursus. Pastu aku tanya la, nurse lain takde ke? Tapi dia boleh cakap nurse lain dah banyak patient. Bengang sungguh aku. Pastu dia suruh aku datang minggu depan. Malas la aku... Aku ni dah penat2 mintak cuti semata2 nak bawak anak pi klinik, nurse pulak boleh mintak pospon... 

Pagi tadi aku call KK lain yang berdekatan dengan rumah aku. Aku call Klinik Desa Genting Malek. Nurse sana kata boleh je datang kalau nak injek baby. So, aku pun ajak biras aku [kebetulan dia cuti] teman ke klinik tu. Memang best la sana sebab tak ramai orang. Urusan aku pun  siap dalam 10 minit lebih kurang. Kalau kat klinik Batang Kali, paling cepat sejam baru boleh setel kan... Apa2 pun Amira dah selamat kena injek kat peha..
Bekas kena cucuk....
Melalak gak le sekejap masa kena cucuk tu
Pas sapu minyak cap kapak baru la tersengih2

Masa on the way balik rumah, Amira dah tertido dalam kereta
Sampai je rumah, terus masukkan dia dalam buai
Terus lena pastu..hehehee 
[sempat la mama bergosip kat fb kejap]
Siap terselak2 lagi skirt budak ni..ish..ish..

3 comments:

NurWanZ Abd Halim said...

amboi amira oiiii,terselak abis skirt tu,nmpk ketak2 peha dia...hihihi mama dh nmpk pon tak mau tarik kan mira?

♥ ROS ♥ said...

Bambamnya..brapa kilo dh ni?

SYANI said...

Ros,
Baru 4.2kg. Dalam gambar je nampak tembam