Tuesday, March 26, 2013

SEHARIAN DI HOSPITAL

Sambungan entry lepas yer... [agak panjang & memboringkan]

Bertolak dari rumah pukul 9 pagi, sampai di Hospital Selayang dalam pukul 10 pg.
Terus tuju ke bahagian Dewan Bersalin 
Lepas register bagai, so kena la buat pemeriksaan dulu
Ramai la pulak orang pagi ni... yang menunggu orang bersalin pun ramai juga
Masa kat examination room pun ramai juga.. kena tunggu turn
Masa tu ada doktor lelaki India sorang.... aiseymen... nanti sure kena seluk dengan dia...
[dalam hati doa la kot2 ada doktor pompuan yang akan cek aku]

Sementara menunggu tu borak2 la dengan orang lain
At least hilang le nerves sikit.. rupanya ramai juga yang dah overdue cam aku
Tak lama pastu baru nama aku kena panggil untuk buat CTG
Lepas buat CTG, kena buat VE pulak tapi nurse suruh aku tunggu dulu
Aku pun duduk kat kerusi dulu, kasi can orang lain buat CTG pulak
Tak lama pastu nama aku kena panggil masuk bilik scan... ada sorang doktor pompuan
Tapi aku tak scan pun, cuma doktor tu nak buat VE je 
[alhamdulillah doc pompuan yang buat]
Buat VE doktor kata baru buka 1 cm.... ate.. dah tak sakit kan...
Kemudian doktor tu explain la prosedur induce yang akan dilakukan esoknya.

Pastu doktor suruh aku ambil darah
Aik???? pelik lak aku.. sebelum2 ni tak pernah le pulak aku kena ambil darah sebelum beranak
Pastu aku tanya doktor ambil darah tu untuk apa?
Katanya kalau2 kena emergency c-zer so dah boleh standby darah yang sesuai 
Agaknya ni prosedur biasa untuk orang yang bakal induce kot... pasrah je la

Masa ambil darah tu doktor tanya nak cucuk jarum sekali ke?
Ala.. benda jarum yang ada kaler hijau kuning tu la... nak masukkan air ke darah ke
Aku cakap aku takmo cucuk lagi sebab nanti susah nak gerak2kan tangan aku dan bersolat
Doktor pun takde la cucukkan jarum tu kat tangan aku
Tapi katanya nanti dalam wad kena cucuk la... aku jawab ok je
Pastu dia kata tunggu dulu kat luar la, tapi lama sikit & maybe lewat petang baru masuk wad sebab semua wad full.
Aku pun cakap tak pe la... aku pun bukannya sakit..heheheh

Sementara menunggu, sempat juga make some friends... Boleh borak2 & gelak2 lagi dengan sorang makcik ni. Tapi memang bosan ya amat menunggunya.  Ramai juga yang menunggu untuk masuk wad [sebab aku tengok tangan deme dah kena cucuk jarum..hehehe] Hasben aku pun bosan gile tunggu... Kesian kat dia sebab tak cukup tidur. Dah le baru balik keje shift malam kul 2.30pg, kul 7 dah bangun menguruskan anak2 & bawa aku ke spital..

Tunggu punya tunggu akhirnya pukul 6 petang baru la misi panggil nama aku untuk masuk wad. Masa panggil nama baru la dapat pakai 'gelang'. Lebih kurang 8 jam menunggu weh... sakit pinggang & sakit punggung.  Dah le tu, lapar pulak tu. Makanya bergerak la aku dan beberapa orang lain menuju ke wad 5B. [Macam bebudak baru nak masuk asrama lak]



Alhamdulillah time masuk wad, makanan untuk dinner pun sampai. Dah naik kebulur perut aku ni dibuatnya. Tak salin baju terus aku makan dulu. Pastu aku suh hasben aku balik dulu sebab aku takkan beranak malam tu. Lagipun induce akan dibuat esoknya.


Tak lama pastu nurse pun datang nak cek jantung baby dalam perut. Naik senak perut aku ditekannya sebab jantung baby tak berapa clear. Tak berapa minit pastu datang pulak sorang nurse lain nak cek tekanan darah pulak... Kaco daun tul  deme ni... aku nak gi mandi pun tak senang.

Dah settle semua aku pun gi mandi. Tapi kali ni aku dapat wad yang toiletnya tak best langsung! Air panas cam tak berfungsi je.. Showernya lagi la alahai... kena rapat ke dinding baru badan kena air.. tak selesa langsung [dah le duduk kelas 3, ada hati nak komplen banyak...hehehehe]

Kebetulan lepas mandi, aku tak pakai tudung lagi sebab nak sikat rambut. Baru aku nak capai tudung & landing2 atas katil datang pulak sorang doktor pelatih ni. Laki lak tu... Ha...kan dah kantoi auratku ittew!!! Dia tanya la sikit2  pastu dia blah. Nasib la ko hensem! Pastu cepat2 aku sarung tudung. Katil aku dah le hujung sekali dekat tingkap. Langsir katil sebelah melindung sapa yang lalu lalang.. tu yang tak perasan tu.

Lepas solat Isyak, aku pun nak tido je la, tapi mana mau lena kan sebab berdebar2 menanti hari esok.
Malam tu hasben, Cik Besah, Pak mentua, Adib & Yaya datang melawat. Tapi Yaya & Adib takleh naik so FIL aku la yang teman kat bawah. Cik Besah bawa bekal nasi sebab aku dah pesan pada hasben bawakan makanan kalau datang malam tu. Lauk spital bukannya sedap pun... [dah nak beranak pun dok pikir makan lagi..ish..ish..ish..]

Lepas makan, aku curi2 turun bawah sebab nak jumpa anak2. Aku tak bagitau misi pun. Aku buat dek je sampai la kat bawah.. Sekali kena tegur dengan guard kat situ. Aku tipu la dia dia cakap nurse tahu aku turun bawah..hehehe.. Baru nak borak2 sikit guard tu suh aku naik wad sebab nak kena cek..Memang malam tu aku kena buat CTG pun..  Cis!!! Tapi sempat la aku peluk cium anak2.. Cium laki je tak sempat.

Cepat2 aku naik wad pastu. Then nurse tanya aku gi mana. Aku cakap pi jumpa anak kejap. Pastu dia cakap, sebenarnya tak boleh turun bawah tu.. Mana la aku tau kan..hehehehe. Ah lantak le... Lagipun aku jumpa kejap je pun...

Masuk je wad, kena la buat CTG. So far, takde menda yang perlu dirisaukan. Graf pun cantik je...Doktor pun ada cek malam tu & katanya esok pagi baru akan masukkan ubat dalam lepas Subuh camtu. Pas buat CTG baru la nak tido... tapi tido2 ayam je la pun.. Sejam sekali sure terjaga...

Kat bilik aku duduk tu pulak semuanya bersalin c-zer & semuanya anak lelaki. Wa... risaunya kalau aku pun terkena badi c-zer gak... ish..dah tah apa2 dah pemikiran aku malam tu.. Sampai ke Subuh aku tak tentu arah. Disebabkan waktu Subuh pun dah masuk, aku pun pi la sembahyang Subuh & berdoa sungguh2 kat Allah supaya Allah mudahkan la segala urusan induce tu...

Panjangnya karangan.... later sambung pasal induce lak.

5 comments:

~aYu~ said...

overdue yer.. sy dua2 anak pun kat selayang hospital. pastu yg cek jahitan pas bersalin doc laki. sy tak suka.. bencii.. huhu...

:: Mrs.Eady :: said...

fuhh!~

Nafira usof said...

saya 2 2 anak kena induce.. bukan sebab terlebih tarikh tapi sebab BP problem.. so kena bersalin awal..

lagiiiii!

Qhaifa Nur said...

nasib baik ada teman berbual...
time ni bila tengok yang dah lepas bersalin...kita yg berdebar

Madam Lala said...

alamak, ngeri betul..
tp takper perngorbanan seorang ibu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...