Tuesday, March 5, 2013

ABANG PENYAYANG

Masa memunggah perkakas babay dari dalam stor haritu
Adib la yang over excited sekali
Kalau boleh semua benda dia nak suruh keluarkan dari dalam stor
Tapi sebab mamanya malas nak kemas balik semula
Cuma keluarkan yang penting2 je
Dah le tu, stor tu kecik je.. Perut aku yang besar ni menyukarkan untuk aku bergerak dalam stor tu
Asyik berlanggar dengan benda2 dalam stor tu je
[Sebenarnya Adib tu dia nak aku keluarkan motor bateri yang terperosok kat bahagian hujung stor tu]

Sebabkan nak alih perhatian dia, aku suruh dia lap2 perkakas baby tu
Buang2 habuk bagai la kan.. pastu mintak tolong dia pasangkan playpen baby tu
Yaya tak berapa interested sangat sebab dia tengah sebok main game barbie kat PC
Adib bila aku suruh buat tu, excited la dia... siap ambik kain basah kat dapur
Sebab nak lapkan carrier baby.. bersungguh2 tau, setiap celah dia lap
 Lap.. jangan tak lap....

Pastu suh dia pasang & betulkan sarung carrier tu..

Mama.... dah siap! Nanti baby boleh duduk dalam ni...hehehehe


3 comments:

Qhaifa Nur said...

rajin abang tolong mama...
mesti sayang adik juga tau...

|| NaFiRaa || said...

good boy~ ringan sket tugas mamanye~
susah jugak nak lap2 dalam keadaan perut dah besar ni. nasib ade abang adib tolong~

Nieyxzha Hassan said...

excited si abang tu :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...