Sunday, March 17, 2013

OVERDUE!

Alhamdulillah sehingga hari ni masih dikurniakan nafas & kesihatan yang baik
Masih dikurniakan nikmat hidup di dunia ini

Masuk hari ni aku dah overdue 4 hari.. hati kadang2 rasa gelisah
berdebar2 menunggu bilakah saatnya baby nak keluar
ditambah pulak dengan fikiran bab  nak melalui sakit bersalin...ngeri pun ada



Malam tadi mak aku tepon.. tanya bila due & khabar kami anak beranak
[patutnya aku le yang telefon mak kan?? Bertuah punya anak!!!]
Aku bagitau mak memang dah overdue pun... 
Kalau tak beranak juga 20hb ni kena serah diri la kat spital
Mak cakap belum masa baby nak keluar lagi le tu...[pandai mak pujuk]
Pastu aku mintak mak doakan aku semoga semuanya dipermudahkan...
Tertacing pulak sebelum letak tepon....

Apapun aku sedar yang Allah belum izinkan lagi untuk anakku keluar melihat
dunia ni. Fikir je yang baik2 udah le.. 


** Hari ni birthday adik aku [Acik]. Happy birthday bro! Semoga kamu terus bahagia & dimurahkan rezeki & mendapat keberkatan hidup di dunia & akhirat.

** Hope to have a fast & easy delivery, dalam keadaan yang mudah & memudahkan semua orang disekeliling.. AMIN!!!

5 comments:

Yana Halim said...

Akak doakan semoga baik2 sahaja hendaknya. Hopefully dpt bersalin normal mudah2an... aamiiin..

(^_-)V said...

Semoga selamat dan dipermudahkan segala urusan along..

Nafira usof said...

moga semuanye dipermudahkan. amin

Me said...

jangan risau.. semuanya telah diatur oleh YANG MAHA BERKUASA lagi MENGETAHUI.

take care bebehh

Kesuma Angsana said...

moga dipermudahkan ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...