Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, March 13, 2013

BELUM MASANYA LAGI

Rentetan entry semalam pasal dah turun tanda 
Aku menunggu2 juga kedatangan contraction sebelum pegi spital
Malangnya yang datang hanya contraction yang manja2 gitu..
Sampai ke tengah hari pun tak kuat  mana

Memula tu keberatan gak nak pegi hospital
[sebab dah rasa sure doc suruh balik je nanti]
tapi sebab hasben pun dah tak gi keje so at least ada gak surat bukti bawak aku gi spital kan
Lepas Zohor, kami pun gerak ke Hospital Selayang
Cik Besah & Adib pun folo sekali

Bila dah sampai kat Dewan Bersalin, nurse kat bawah tu kata budak2 takleh masuk
Bila aku suh dia duduk bawah dengan opahnya pun dia takmo
Dia nak folo hasben aku je.. nak tak nak aku kena la pegi sendiri
Pi register dulu pastu kena masuk bilik untuk periksa
CTG dah sah2 la kena buat kan... tapi aku dah agak dah sure takkan ada tanda2 contraction
Baby pun masa tu tak berapa aktif... so grafnya pun biasa2 je
Ni la mesin CTG... 
[curi2 snap... kalau ikutkan takleh guna henfon tu dalam bilik ni]

Tengah di'CTG'kan....

Lama lak tu buat CTG... dah tu ekon slow lak.. panas gilak aku dibuatnya

Oh ye sebelum naik atas katil tu, nurse dah suh siap2 bukak spender
For sure la ada adegan seluk menyeluk nanti... PASRAH!
Lepas buat CTG, ada la bebudak praktikal duk experimen dengan perut aku
Nak dengar heartbeat la, nak tahu kedudukan baby la. dlll.. aku biar je le
Nasib la bebudak pompuan

Tak lama pastu baru buat VE [seluk2 la tu]
Doktor tu pompuan, so idak le kasar dibuatnya
Katanya jalan tak buka lagi.... lagipun contraction pun takde
Katanya early stage of birth.. ok la tu .. pastu aku tanya boleh balik ke?
Dia kata tak perlu masuk wad kot tapi dia kene refer doc yang lebih pakar dari dia

Perkakas untuk buat VE

Tak lama pastu datang la doktor tadi dengan sorang doktor lain
Bos dia la gamaknya... pastu dia cek2 lebih kurang dia kata kalau sign turun darah cam aku tu tak perlu risau sangat... Lagi sekali kena seluk dengan doktor tu. Nasib la dia kurus so idak le senak sangat dibuatnya. Lagipun dia pompuan tapi chinese la... Aku tanya dia aku boleh balik ke?? Dia kata boleh balik tapi dia suh tunggu kat luar dulu sebab sistem offline.

Aku yang kebosanan menunggu...

Dok dalam bilik periksa tu ada la dalam sejam lebih pastu 2 jam lagi kena tunggu sistem elok pulak. 
Dah le tunggu sorang2... boring giler...  sambil tu sms la hasben yang menunggu kat bawah
Aku suh dia naik atas tapi dia kata mak guard tu tak kasi sebab ada Adib...
Dekat 6.30ptg baru la settle urusan... 
Doktor dah kuarkan surat katanya by 20/3 kalau tak beranak juga, kena datang spital untuk induce.
Harap2 idak le sampai 20hb tu ..

Lupa lak nak citer, masa tengah menunggu tu, tetiba aku dengar cam orang jerit2 nak beranak
Kuatnya.... takkan la dari labour room boleh dengar suara orang nak beranak pulak
Pastu aku nampak ramai doc & nurse lari2 kat bilik pemeriksaan tu
Pastu dengar suara baby & aku nampak nurse lari2 bawak baby keluar
Rupanya ada patient yang dah terberanak kat bilik pemeriksaan tu... Senang beno bersalinnya
Makin takut lak aku nak beranak dibuatnya..huhuhu

Tapi maybe ada hikmahnya juga aku tak beranak semalam
Kalau terberanak sure aku beranak sengsorang tanpa suami dalam labour room
[sebab hasben kena kontrol dengan Adib]
Next time memang takleh bawa dia la..
Apa yang pasti, Allah tak izinkan baby keluar semalam
Mungkin esok lusa kot....Insya-Allah




8 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

wahhh dah sampai waktu!

NM03 said...

haish... teringat saat genting nak melahirkan qausar. uishhh... seram beb

Sura Mohd said...

semoga segalanya dipermudahkan..

Rasp said...

eeee tak suka lah part ctg & seluk2 tu....
ctg tu merimaskan...tak leh gerak2 kan....
yg seluk2 tu memang lah i tak suka tapi nak buat camne kan....

take care ye sis...
semoga segalanya dipermudahkanNya...

Qhaifa Nur said...

penantian yang mendebarkan...
moga selamat semuanya....

Nafira usof said...

Amin~ moga Allah permudahkan semua nya..

saya lak yg x sabar..hehehe

munna said...

tak suka ctg dan ve.... semoga dipermudahkan dan selamat semuanya ye....

♥ ROS ♥ said...

Haishh seram lak rasa.. Kikiki... Semoga semua selamat yer :)