Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, September 6, 2012

MENGIDAM KEROPOK UBI

Setiap kali mengandung, 2 benda wajib aku cari
Tah le kenapa... dia jadi mengidam 
Dua benda tu - keropok ubi & jambu batu

Masa mengandung Aleeya dulu, memang teringin sangat nak makan keropok ubi
Setahu aku keropok tu ada kat Taiping masa tu
Masa tu jenuh la mak & arwah nenek aku pi ke Changkat Jering untuk beli keropok tu
Habis sepeket aku makan

Sebelum tu cakap kat laki aku nakkan keropok ubi tu
Siap mengadu susah sangat nak jumpa kopok tu
Laki aku pulak [masa tu kami duk jauh2] dia kata nanti dia beli kat highway
Dia kata kat R&R ada banyak... aku pun tunggu la dia balik dengan penuh harapan
Sekali dia dia bawak balik keropok ubi yang cam piring terbang tu
REJEK la aku kan.... tawar hebe sapa nak kan???

Masa mengandung Adib tu lak, aku dapat jugak makan
Tapi senang jumpa masa tu so takde la masalah
[Masa tu pun laki aku pun dah tahu la rupa keropok idaman hati tu]

Tahun lepas aku ada gi Lumut, pastu terjumpa la keropok ubi tu kat satu kedai tu
Beli la sepeket. Tapi masa tu idak le mengidam pun [tak mengandung lagi masa tu]
So dah tahu kat kedai tu ada, senang la kan kot2 mengidam nanti boleh la pegi situ.

Mengandung kali ni pun mengidam juga
Kebetulan pulak adik aku kata nak pegi Lumut, so aku kirim la kat dia belikan keropok tu
Aku jenuh la describe kat dia rupa keropok tu
Siap mention belikan KEROPOK, bukannya KEREPEK
[Nak tunjuk gambar, takde la pulak dalam henfon]
Aku siap cakap kedai mana yang aku beli dulu
Lepas tu aku tunggu la dia balik dari Lumut [hopefully dia jumpa la keropok tu]
Sekali bila dia sampai, sah.... dibelinya KEREPEK ubi
Takat kerepek tu berlambak la kat rumah aku..heheheheh
Tapi terima kasih la kat dia sebab effort dia carikan untuk aku walopun tersalah beli

Selang sehari lepas tu, dia tag aku kat fb yang dia dah jumpa keropok tu kat Petronas Ipoh
Masa tu aku dah balik Batang Kali dah.. nak buat camne.. dah takde rezeki aku
Next time aku balik Ipoh, aku boleh la singgah Petronas yang dia cakap tu

Seminggu lepas raya, aku pun dah start keje, rutin aku menunggu laki habis OT pun bermula
Selalunya aku akan berhenti sembahyang Maghrib dulu sebelum aku ambik laki aku
Aku selalu singgah sembahyang kat Petronas Jalan Kuching je
Sementara tu aku masuk la Kedai Mesra ... jeng..jeng..jeng...
Maka ternampaklah aku akan keropok ubi cam yang adik aku tag dalam fb
Alhamdulillah.. memang rezeki.... terus beli & gi makan dalam surau..hehehe
Pasni takyah susah2 la aku nak cari sebab kat Petronas pun ada..

Keropok ubi ni tergantung dekat dengan keropok udang ni




11 comments:

Qhaifa Nur said...

susah kalau dah mengidam ni...
cepat beli sian baby........

|| NaFiRaa || said...

Alhamdulillah.. dapat jugak makan bende yang di idamkan~
mmg sonok kalo dapat bende yg kita nak makan kan~ hehehe

Kesuma Angsana said...

KA pwon suka keropk ubi cam ni best

:: Mrs.Eady :: said...

kopok udang??best!

Sidratul Muntaha said...

kopok ubi dgn kopok emping sama ke?
aku suke kopok emping lagi..
selalu beli time jln2 kat kuala selangor..
yg hat ubi ni jarang pulak nmpk..

SYANI said...

Qhaifa Nur,
Alhamdulillah kak.. dah selamat masuk dalam perut..hehehe

SYANI said...

Nafiraa,
Kalau mengidam ni, dapat makan sekali pun jadi la kan.. buat lepas kempunan.

SYANI said...

KA,
Memang sedap...Pasni boleh beli lagi.

SYANI said...

Mrs Eady,
Keropok udang tu dah selalu sangat makan. Tapi memang best pun..hehehe

SYANI said...

Sidratul Muntaha,
Rasanya tak sama kot..

Abil Fikri Ahmad said...

Saya pun memang gila kan keropok ni tapi jgn makan dlm keta!