Thursday, September 20, 2012

KEMARUK AIR SEJUK

Semenjak mengandung ni aku memang kemaruk minum air sejuk
Tapi tak nak ais, cuma nak air masak dari peti sejuk je
Sebabnya bila minum air sejuk ni baru la rasa puas tekak
Sejuk je rasa badan.. maklum la masa mengandung ni badan asyik panas je
Sebelum gi keje pepagi pun sempat lagi togok air sejuk segelas kat rumah
[hehehe... pukul 6 pagi dah bantai air sejuk.. ambik ko!!]


Sebelum² ni jangan harap la nak minum air sejuk sangat
Aku prefer air masak biasa/air suam je
Tapi lantak le... bantai la dulu minum air sejuk
Esok2 dalam pantang jangan harap la nak minum air sejuk bedi cenggini..hehehe

*** Sikit la rambut anak aku nanti
[Orang kata kalau mengandung suka minum/makan benda sejuk2 cam eskrem ke, ABC ke, cendol ke dsb, nanti rambut anak tak lebat.. betui ke ha????]

9 comments:

(¯`v´¯)♥nrina♥(¯`v´¯) said...

taklah....sy mmg bantai air sejuk je sejak mengandung sbb sebelum ni mmg x minum sgt sbb masih menyusukan anak... sekali kuar baby ni ler yg paling byk rambut berbanding abg2 dia hehehe... lagipun x kisahlah pasal rambut... nnti dah besar ada rambutnya tu hehe..

Me said...

tak betul... ank eden lebat je rambut (dengan izin allah la kannn)

|| NaFiRaa || said...

tak pasti sangat pasal kaitan air sejuk ngan rambut tuh..
tapi kalo saya.. kalo dah tekak nk air sejuk.. saya bantai minum jek.. kekekeke

:: Riri-Fatieha ::~ said...

air sejuk memang sedap walaupun air kosong jer..

Kesuma Angsana said...

KA no komen itu kata orng lah !

Qhaifa Nur said...

yang bisa dengar anak jadi besar nanti....

aimaniman said...

yupp time pregnant badan ni rasa panas semacam jer.. tp akak x pregnant pun air sejuk le yg akak minum.. x suka air suam ma..

Aini said...

sama la, panas je badan ni rasa sejak pregnant ni..huu

♥ ROS ♥ said...

Ros mmg xley minum air masak sepnjg pregnt... Mmg air sejuk dr peti jer.. Bila minum air masak sure muntah... Mkn ubat je gagah minum dgn air masak :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...