Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, September 10, 2012

BUDAK BUAS MEMANG BEGINI

Petang semalam kawan si Aleeya datang main kat rumah
Pastu si Adib pun join la sekali dengan diaorang
Tetiba aku dengar bunyi ampaian kain aku terlanggar grill dapur
Pastu dengar pulak si Yaya bebel2 kat Adib.. " ha tu la, kan kakak kata jangan gayut"
Aku ingatkan takde apa2 la sebab si Adib pun tak menangis.

Pastu si Yaya masuk rumah crita la yang si Adib bergayut kat ampai kain aku
pastu besi ampai tu tercabut dari tempatnya & Adib jatuh
Aku nampak masa tu si Adib tengah pegang siku dia
Bila aku cakap bagi aku tengok tangan dia baru la bergenang air mata dia
Sakit la tu, so kau ambik minyak buh la kat lengan dia
Pastu dia dok mengaduh sakit, aku pun suh laki aku tengokkan
Siku Adib masa tu cam dah bengkak sikit
Nak pi klinik la, mana ada klinik bukak petang2 tu, hari Ahad lak tu
So hasben aku suh pegi rumah Cik Besah, nak suruh pak mentua aku tengokkan
Kata pak mentua aku tak patah, mungkin terseliuh sikit


Pas sapu minyak, hasben aku taruk bandage kat siku Adib
Malam tu Adib tak boleh tidur, katanya tangan dia sakit

So hasben aku cakap bawa gi spital je la.. kot2 patah/retak siku dia tu
Aku pun Ok je la.. risau la jugak kan... [masa tu dah pukul 12.00 tgh malam dah]
Pi rumah Cik Besah, mintak tolong Pak mentua aku temankan sekali
Last2 dengan abg ipar aku pun ikut sekali
Nak dijadikan cerita, kereta hasben aku lak tak boleh start
Bateri kong la tu.. aduhai... [camne la nak gi keje pagi karang ni???]
Last2 naik kereta abang  ipar gi spital Kuala Kubu
Sampai sana org tak le ramai... ada 2 org je kot
Lepas daftar semua, tunggu la giliran
Masa tu dah pukul 1 lebih dah
Pastu MA tu cek2 Adib dia kata tunggu juru x-ray datang
Again... tunggu la kami dekat 2 jam lagi.. tension giler..dah le mengantuk
Aku ingatkan dah ada standby ke apa, rupanya nak kena tunggu juru x-ray tu datang dari rumah
Hampeh tul.. dekat kul 3pg baru la juru x-ray tu sampai
Lepas x-ray, nak kena tunggu result pulak kan... ada la lagi dalam 1/2 jam nak tunggu
Pergh... kematu bontot dibuatnya... Adib dah sampai terbaring2 sebab mengantuk
Lepas tengok x-ray, MA tu kata takde patah @ retak [alhamdulillah]
Maybe ligamen dia yang bengkak tu
Pastu katanya kalau bengkak tak surut dalam 3 hari, kena datang balik spital
Lepas ambik ubat kat farmasi, kami pun balik
Sampai rumah pun dah pukul 4 lebih
Tu la kan, kalau gi spital kerajaan ni,bab menunggu tu yang jenuh tu
Nak cek/jumpa doktor/ambik ubat  tu semua kejap je..
[Ate dah bayo singgit.. pasrah je la...]
Sampai rumah, masing2 pakat lena la.. 
Adib pulak, bagi susu sebotol, terus lelap
Sian pulak sebab habis susu selalunya dia hisap jari sambil gental bucu bantal busuk
Tapi sebab tangan kiri dah berbalut, tak dapat la dia hisap jari..hehehe
Keras je la tidurnya sepanjang malam...
Yang kami laki bini pulak jawapannya EL je la
Sian anak mama..
Tu la sapa suruh buas sangat???

5 comments:

Kesuma Angsana said...

la siannyer... moga cepat sembuh yek dear!

:: Mrs.Eady :: said...

heheheheee..anak bujang!

|| NaFiRaa || said...

hero memang lasak sket kan~
Moga adib cepat sembuh~

AdaM Hawa said...

hero.. hero..
moga cepat sembuh ya adib..

Ya ALya said...

ya lahir hospital ni la dulu....