Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, April 6, 2016

PIKNIK DI FRASER'S HILL

Sambungan entry yang lepas
Lepas berhenti kat kawasan air terjun
kitaorang teruskan perjalanan mendaki Bukit Fraser
Kali ni Adib kalah
sebab dia muntah sikit
Nasib la plastik muntah tak lepas kat tangan

Sampai kat "gate" untuk naik ke FH
kitaorang berhenti kat situ kejap
nak cuci  & buang muntah Adib
Adik aku pun dah berapa kali berhenti gak sebab anaknya pun muntah

Selfie dulu la sekeping
Kat sini ada pintu gerbang tau
pastu ada jambatan gantung kat tepi tu
Tapi nampak cam usang je.. takut pulak nak pergi situ
takut runtuh...hehehehe

Budak baru lepas muntah
muka takde mood... sian dia.

Lepas settle bab muntah, sambung lagi perjalanan
Dari gate tu ada 8KM lagi laluan berliku yang kena hadap
sebelum sampai ke FH
Nasib la hasben aku bawa slow je... Adib pun dah steady

Finally... here we are
Kali ni merasa juga tangkap gambar kat  menara jam  yang jadi trade mark FH
Lagipun orang tak ramai lagi masa ni

Lepas tu lepak2 jap kat kawasan ni
Ada yang pi toilet, ada yang posing2


Kerusi merah yang sinonim dengan FH ni
Betul2 kat Padang Golf
Cantik sangat view kat sini


Laki bini pun nak selfie gak...



Si Jasmin langsung tak mau berdiri
Asyik nak berdukung je
Lenguh aku... tu nak berdukung sampai skirt terselak pun tak perasan..


Lepas lepak2 sini, perut terasa lapar lak
Baru pukul 11 udah lapar kome oi...
Ate breakfast makan pisang goreng je
Last2 abah aku cari port untuk makan

Oh ye, sebab kitaorang ramai, so mak aku cakap baik bawa bekal
Nak beli kang dah tentu2 mahal kan
Ok gak tu kan.. kalau mak aku yang offer nak masak
Tu la peel mak aku.. kalau gi mana2 mesti dia nak bawa bekal
Even dari aku kecik lagi memang kami jarang makan kat kedai kalau gi mana2
Jimat katanya... hakikatnya... memang le pun kan..

Kami berhenti kat satu wakat yang berhampiran dengan food court
Wakaf tu atas bukit gitu
Sejuk bila ada angin tiup tau
View hutan2 gitu...
Kat situ kami keluarkan bekalan kami


Mak aku masak nasi, ayam masak kicap & sayur buncis goreng
Aku pulak masak spageti je 
Pastu adik aku yang Klang tu request mak buat bubur nasi
sebab dia mengandung kan.. mak aku pun buat le juga
Balance pisang goreang breakfast pagi tu pun aku usung sekali
Tinggal kat rumah sapa nak makan ye dak?


Menjamu selera gitu...
Yang bangunan bawah tu la food court


Dalam tengah2 makan tu tetiba ada satu kereta berhenti kat wakaf kami
Ingatkan dia nak tanya direction
Sekali member lama aku rupanya.. member masa universiti dulu
Tak sangka sangat boleh jumpa kat situ
Memang dah lama tak jumpa...last aku jumpa dia masa aku mengandungkan si Adib
Now Adib pun dah 9 tahun...huhuhuhu
Ya-Allah... rezeki kami dapat jumpa kat FH


Sambung lagi laaaa... tak larat nak tulis..









5 comments:

Qhaifa Nur said...

Samalah kita klau pi jln2 mesti bwa bekal..jimat
Seronoknya mkn ramai2..
Rezeki dpt pula jumpa rakan lama

babYpose said...

Meriah berpiknik di fraser, suasana nampak nyaman..rezeki jumpa kawan masa kat u pulak ye, dalam ramai ramai dia perasan alhamdulillah.

Kak Vit said...

wahh.. syoknya piknik beramai-ramai.. last pegi sini masa belum dapat anak pertama.. hehe..

Aini said...

bestnye. tak pernah sampai lagi walaupun dah jadi orang pahang. Masih sejuk lagi tak kat sana? Ke panas gak macam cameron?

(^_-)V said...

Ade 1 jalan area kluang-mersing yang setiap kali lalu jalan ni alisya mesti muntah, pernah sekali je dia tak muntah..memang dalam kereta ade je beg plastik..nanti kalau nak jalan2 ke mersing siap2 beg plastik jugak tau hehe..