Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, April 8, 2016

BERAT SANGAT KE NAK BAGI SALAM?

Assalamualaikum semua....
Salam Jumaat untuk pembaca yang dikasihi

Hari ni nak membebel pasal salam
bukan salam tangan tu tapi lafaz salam ASSALAMUALAIKUM
pastu adab2 bila nak datang rumah orang




Ni asalnya bila orang datang rumah aku
Rumah aku ni memang selalu berkunci pintu pagarnya 
sebabnya aktiviti keluar masuk rumah aku ni adalah melalui pintu belakang
Pintu pagar depan memang doplohpatjam berkunci bermangga
Unless bila nak keluarkan kereta je baru buka
Hanya pintu pagar belakang je yang terbuka

Selalunya orang yang jarang2 datang rumah aku memang akan guna pintu pagar depan tu
Dan of course bila nak masuk rumah otomatik diaorang bagi salam la kan
Nak tekan loceng pun dah tak berfungsi
Malas nak repair sebab asyik kena main tekan2 dek budak2
[Deme jakun kot sebab rumah deme takde loceng...hahahahaha]

Ni masalah bila orang tu selalu datang rumah aku
Dah tau dah akan masuk ikut pintu belakang punya
Yang selalu datang pun keluarga mertua aku,ipar duai, jiran2 situ je

Nak dijadikan cerita, kalau malam2 memang aku akan tutup pintu papan
First sebab nyamuk, 2nd sebab tak nak orang nampak dalam rumah aku
Siang2 aku kunci pintu gril je, pintu papan tu biar terbuka

Pastu puak2 yang rajin datang ni
kalau datang rumah aku tak reti nak bagi salam
Kalau pintu papan tu bertutup, aci main ketuk2 je
Adoi... susah sangat ke nak bagi salam tu kan?
At least aku dengar le suara siapa yang ada kat luar tu
Ni main ketuk2 pintu je, aku pun naik seram
Terpengaruh dengan cerita hantu jugak aku ni kadang2
Ye lah kot ketuk2, bila buka takde orang..
seram oiiii

Nak2 pulak bila diaorang datang tu time hasben aku takde kat rumah
Mau tak cuak.. dah le rumah aku tu ramai pompuan
Kot2 la yang ketuk tu perompak ke, perogol ke, peragut ke
Dah le macam2 kes jenayah kat kawasan perumahan sekarang ni kan

Sekarang ni kalau orang takat ketuk2 takde salam
aku memang buat nohen je
Kalau anak buah hasben aku yang ketuk, selamba je la aku sound
"dah tak reti bagi salam ke bila datang rumah orang??"

Tapi kalau biras aku yang datang pun camtu juga
Takkan aku nak sound pulak
tapi diri sendiri tu kena tahu la adab datang rumah orang kan
Datang rumah orang lain reti pulak nak bagi salam
Datang rumah "adik beradik"  takkan main langgah je kan

Kalau Cik Besah lagi best ---> takde ketuk, takde salam
dia terus je buka selak pintu, pastu masuk rumah
kadang2 terkejut je tetiba dia terpacul kat muka pintu
Pasghah je le nokssss
Nak tegur, orang dah tua.. tapi tu kira cam menceroboh la juga kan?
Tapi aku tak kisah sangat la pasal tu... sebab mak kan
Lain le kalau pak mentua yang buat camtu... mesti la segan, ye dak??

Aku selalu pesan kat anak2, kalau pi rumah orang
jangan tak bagi salam
pastu jangan terus nak buka pintu rumah orang
pastu jangan terus nak terjah masuk rumah orang walopun pintu rumahnya terbuka
Jangan nak pi mengintai dalam rumah orang bila tuan rumah tak buka pintu
pastu bila di rumah orang jangan nak bukak peti ais, almari & kabinet orang
sebab kita yang datang ada adab2nya kan
Kena la hormat dengan tuan rumah, ye dak?

Tapi bila yang tua bangka pun dah tak reti nak beradab,
camne tu???


Jangan ada yang datang rumah hantu kum kum sudah
Assalamualaikum...kum..kum... [hantu pun reti bagi salam ye..]
Serammmmmm...



3 comments:

Unknown said...

hahahahhahaha.. nak tergelak plak bila sampai part hantu tuh.

tapi memang betol lah kan. geram jugak yg jenis main redah jer. cuba lah bagi salam. bukan susah pon. jenis yang ketuk x bagi salam lagi rasa hangin kan. kita takut nak bukak. cuma lah bg hint yang ketuk tu siapa, x de lah kita kat dlm nih takut nak bukak. padan jugak kita buat diam jer kat dlm. biar dia ketuk2 jer kat luar tuh. huhuhuhu

Cici said...

hehehe betul tu bagi salam tu penting . kita boleh cam suara. I dok flat, selalunya memang kunci semua. malas sebab ada je orang menjual -__- kalau cakap taknak tak paham bahasa, dok tunggu depan pintu. tapi kalau ornag yang dikenali/ sedara ke /kenalan ke kalau dorang main ketuk macam penyamun, memang lambat lah berjawab. eh penyamun ketuk pintu ye hehehee

Izwa Kamaruddin said...

hehehehe...rumah berhantu kate nyer!

ok la ok la..assalammualaikummmmm~ ;)