Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, July 27, 2020

TERJEBAK BELI FILEM DI ASTRO FIRST

Tak pernah sepanjang hayat aku beli movie kat channel 480 tu
tapi gara2 filem Keluarga Iskandar The Movie aku terrrrrrrbeli jugak la movie ni
Walaupun aku pakai Njoi je, tapi sebab gedik nak nengok jugak movie ni, ku korbankan jugak RM15.90..Hahahaha..
Selalu tu aku tengok online je tapi sebab  kebosanan melanda masa weekend lepas, tu yang gigih beli movie ni kat Astro First .


Aku memang folo drama Keluarga Iskandar tu dari season pertama lagi
Pastu sambung season 2
So bila keluar yang movie ni terus rasa tak sabar nak tengok
sebabnya nak tahu apa lagi kekecohan yang berlalu dalam Keluarga Iskandar.
Cuma dalam movie tu Kay a.k.a Kak Ngah takde la pulak.. kalau ada mesti lagi best.


Sekali beli movie, boleh tonton for 48 jam.. Makanya tah berapa banyak kali la dok ulang2 tengok movie ni.. Channel lain memang tak layan la... Tak jemu2 sungguh la anak2 aku ni.

Yang kelakar tu adik aku yang duduk Shah Alam, boleh datang rumah aku semata2 nak nengok movie ni... Sanggup datang Ahad petang, Isnin pagi terus pergi keje kat Shah Alam nun all the way from Batang Kali.. Gigih you sis!

Sapa yang tak pernah layan Keluarga Iskandar ni mesti tak tau hujung pangkal gak cerita ni. Pelik pulak deme tengok drama ala2 Keeping Up With The Kardashians ni. Cumanya yang Kardashian tu memang betul la family Kardashian, tapi dalam keluarga Iskandar ni  semua tu pelakon tapi diaorang bawa watak as satu family yang memang sangat2 typical Malaysian... Takde satu watak pun yang rasa tak kena.. semua kena je & semua anak2 Mak Jah memang ada la perangai yang lebih kurang cam family member kita sendiri kan.. Memang ketawa sendiri kalau layan Keluarga Iskandar ni.

Even yang version movie ni pada aku tak la best macam versi drama, tapi ok la untuk tontonan santai. Watak utama tentulah Mak Jah kan.... Very mak2 sangat.. Nasib la mak aku tak macam tu..hahahaha. Anyways, memang aku bagi 4 bintang la untuk filem ni. Sebab Kak Ngah takde, kalau ada Kak Ngah rasanya mau 5 bintang aku kasi..

Kalau korang jenis layan Keluarga Iskandar ni mesti dah selalu dengar ayat2 & perkataan ni kan??

* Allah kan dah set from the top
* cow girl
* dinosour
* constipation
* twisted blade
πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†


Sapa yang belum tengok pi la tengok... 
Dalam tu ada Ude tau... 2 season depe sorok sapa Ude tu, dalam movie baru reveal... 






1 comment:

Syaz Rahim said...

Sangat2 suka cerita ni :D