Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, March 29, 2016

KAMI PILIH PETIT COWAY

Dah lama dah teringin nak pasang penapis air kat rumah
Dok tunda2, survey2.. sampai sudah
Akhirnya lepas mengemukakan cadangan kepada tok laki
Gara2 dah tak larat nak masak air di musim2 panas ni
Makanya permohonan sang isteri dipersetujui si suami..hahahaha

Akhirnya sebulat suara memilih COWAY sebagai penapis air kami
Itupun pilih model yang dalam kemampuan suami la kan
Ate.... dia le yang kena bayor bulan2  kan.
Kata nak bagi hadiah anniversary...

So kami decide & pilih model PETIT
yang sangat comel,moden, kacak, bergaya untuk rumah kami
Wallawey....tak hagak2 kan...
Kena la pilih model yang sesuai dengan kapasiti ahli keluarga
pastu kena consider juga ruang2 yang ada kat dapur tu
Beli yang besar2 sangat ruang pulak takde nanti

Jumaat lepas, technician COWAY dah datang pasang 
Disebabkan ruang table top aku agak terhad
so terpaksa la pasang kat sebelah sinki dapur
Dulu aku spare ruang tu untuk aku sental baju2 sekolah anak aku 
sebelum dihumban dalam mesin basuh
Takpun aku guna ruang tu letak besen mandi baby masa aku mandikan baby
So ruang tu la ku korbankan untuk letak si PETIT

Comel je PETIT ni... 
saya suka...saya suka

Aku pilih kaedah sewa beli je, bayo bulan2
Nak beli cash bukan tak boleh
tapi aku lagi prefer ada instalment & servis berkala 
Dari pengalaman2 mak aku & jiran2 yang guna water filter yang macam2 jenis
dan diaorang bayar secara cash
bila sampai bab2 nak servis, mula la problem
orang yang servis tak muncul2.. kalau datang pun lambat2
Tak pun bila time barang rosak, mula la takde sparepart la bagai
[maybe COWAY tak macam tu]
So water filter tu nak tak nak kena buang je le kan..

COWAY ni yang bestnya setiap 2 bulan, diaorang akan datang servis
Kalau nak komplen apa2 pun senang je la
Free service ye selama 5 tahun gitu
[ekceli nak kata free pun idak le kan, sebab dah termasuk la kan dalam harga instalment aku bulan2 tu]

So sekarang dengan gembiranya menikmati air sejuk-panas-suhu bilik
Sejuknya mengalahkan air dalam peti ais uolssss
Anak2 aku gemar sangat la... nak2 musim panas2 ni
Nikmat tekak gitu!
Nak bancuh susu anak2 pun main tekan je
idak le aku stress asal nak bancuh susu je sekali air takde dalam tumbler
Yang ada cuma air panas dalam pemanas air tu je
hangin satu badan aku tau!

So sekarang sudah ada PETIT
Water dispenser & cerek dah boleh masuk gobok
Pakai bila perlu sahaja

Ni la water dispenser yang banyak berjasa
membantu meringankan kerja2 rumah..ewah!

After 12 years kahwin baru merasa penapis2 air ni
Sebelum2 dah berapa banyak keladak,kerak, karat dah aku telan ye dak
Ni tengok dasar water dispenser aku yang dah naik kuning
sebab air yang tak bertapis
segala keladak pun dah melekat dengan degilnya kat situ
Walopun aku selalu gak cuci water dispenser ni, tapi tak maunya jadi bersih seperti baru kan..








8 comments:

Qhaifa Nur said...

Tang servis tu mmg ok..ramai dah pilih coway...

Yes..air sejuknya mmg sejuk...jimat ruang dlm esbok kan

nuyui a.k.a miss YUI said...

brtmbh sronoklah ea bila dah ada..hihi

Izwa Kamaruddin said...

coway mmg bagus!

Unknown said...

teringin jugak nak guna penapis air coway nih. installment bape rm sebulan yer? senang ade penapis air camni. nak buat susu untuk anak pon senang. harap2 ade lah rezeki nak memiliki Coway nih jugak.hehehe

Rinna said...

Sangat berbaloi mengguna jenis Petit Coway nie.. akak dah guna dekat 4 tahun. Alhamdullillah.. tak de masalah sgt..

uzai said...

saya dlm delima...antara coway atau cuckoo....tolong saya yg x berapa tau...

uzai said...

saya dlm delima...antara coway atau cuckoo....tolong saya yg x berapa tau...

Unknown said...

Alhamdulillah, saya pakai coway setelah beberapa kali tukar brand penapis air.. service bagus. Siap diorang ada call centre sendiri kalau ada apa2 masalah. Call je diorang boleh detect no telefon yg kita daftarkan. Jenis penapis air memang banyak.. carilah yg dah lama kat Malaysia.... anyway yg beza antara semua ialah service.. as long tak minum direct air paip.