Togetherness
Paling penting dalam sebuah keluarga
Whats the point of satu relationship @ family kalau takde kebersamaan
Semua pun nak buat asing2 , buat hal sendiri2, kau-kau, aku-aku
nak asing2, tak payah keluarga, tak payah suami, tak payah isteri, tak payah anak2
tak payah dah nak fikir perasan & pandangan orang lain
tunggu la mati nanti, kubur asing2, azab masing2 haaaaa
Sedihkan bila kita ada semua tu tapi still rasa sunyi
Ada family, ada suami,ada isteri, ada anak2
tapi kurang komunikasi
lebih banyak komunikasi alam maya dengan realiti
Aku rasa banyak je family macam ni
lebih rapat dengan gajet berbanding dengan pasangan sendiri
lebih kerap pegang handphone dari pegang tangan pasangan atau belai anak2
Lebih banyak tahu hal luar dari hal ehwal pasangan dan perubahan diri anak2
Pastu bila telefon hilang atau misplace, rasa tak tenang sepanjang hari
tapi bila anak hilang dari pandangan @ suami/isteri "hilang" kejap takde pulak rasa camtu
Aku tak kata family orang, family aku pun macam tu
Asal masa terluang, telefon sentiasa di tangan
layan whatsapp kengkawan lagi best dari layan anak
gelak2 dengan member2 lagi best dari gelak2 dengan pasangan
Kadang2 kecil hati juga dengan hasben sebab tak layan kan
Sebab dia tak layan kita, kita pun tak layan dia, pastu kita pulak yang ambik henfon, terus layan facebook/IG/Whatsapp..huhuhuhu
Anak2 pun sama... bila mak ayah dah tak layan,
diaorang pun layan handphone masing2 juga
so sekarang sapa yang bersalah?????
[jangan contohi keluarga aku yang banyak kekurangan ni]
Well... mana kebersamaan itu???
Suami cari entertainment sendiri, isteri menjeruk hati, anak2 bawa diri
Aduhai.. kadang2 rasa family dah falling apart
dah tak tahu mana arah tuju family tu
sebabnya masing2 dah takde fokus & minat pada family
Hasben tak boleh la harap semua pada isteri, isteri pun kena la bantu suami
tapi banyaknya sekarang, suami yang lepas tangan semua pada isteri
tanggungjawab suami separuh dah dipikul isteri
Apa guna jadi ketua/pemimpin kalau camtu?
Kalau bos kat tempat kerja, boleh pulak dikomplen2 kata berat sebelah la, tak adil la, bodoh la
Abis tu ingat isteri2 tak nilai suami diaorang camtu ke??
Selagi korang tu digelar ketua, so akan ada la pengikut yang menilai ketuanya kan
Bukan semua orang boleh jadi ketua yang pandai, adil & saksama kan???
So pepandai la ketua tu atur strategi, ambik hati anak buah kan.
Jangan sampai anak buah kata ko tak layak langsung jadi ketua
Dah namanya lelaki, Allah dah siap2 angkat martabat ko jadi ketua
so kena la buktikan yang ciri2 ketua yang baik tu ada pada ko!
Pastu ketua pun jangan banyak suruh tapi buat bersama2 anak buah
baru la betul camtu...
Yang diharapkan aktiviti keluarga dilakukan bersama2
"Jom sembahyang Maghrib SAMA-SAMA malam ni"
"Jom makan SAMA-SAMA hari ni"
"Jom bawa anak2 jalan2 SAMA-SAMA hari ni"
"Jom pegi kerja SAMA-SAMA hari ni"
"Kita beli barang dapur SAMA-SAMA nanti ye"
"Hari ni kita masak lunch SAMA-SAMA"
Itu la yang SAMA-SAMA yang lebih penting penting
bukan takat ucapkan TERIMA KASIH
pastu jawab SAMA-SAMA...
2 comments:
Itulah kuasa gajet syani...institusi kekeluargaan makin jauhh
alhamdulillah kami tak sgt ngan gadget ni ... klu tgh pgg gadget pun kami sama-sama main2 .. hahahha fahim lynkan je mak die yg gile main games .... aku pgg hp klu hal pendting je ... dan curi masa sekejap tgk wa atau fb tp pgg berejam2 tu tak la ....
Post a Comment