Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, March 22, 2016

SURPRISE BIRTHDAY PARTY KONONNYA

Kalau ikutkan hari ni baru birthday Amira
Tapi sebab malam ni Adib & Aleeya ada tuisyen
[sampai hari Khamis]
Nak buat hujung minggu hasben pulak takde sampai Ahad
[ada program kayuh basikal kat Taiping]
So malam tadi je la yang sesuai...
Itu pun last minute la kiranya
pukul 4ptg baru decide nak buat makan2 sempena birthday Amira

Balik dari keje terus hasben aku inform Cik Besah nak buat makan2
Pastu tanya sekali FIL aku nak makan apa
FIL aku ni banyak beno pantang & benda tak boleh makan
Salah makan kang, kembung la, angin la, sakit urat la, sembelit la
So Cik Besah kata belikan aje la capati/tosei untuk FIL aku

Lepas aku sampai rumah dalam kul 7 petang semalam
terus keluar dengan hasben gi beli benda makan
Ni je le benda mampu beli
[sebab belum gaji kan...hehehehe]
Ada KFC, Satay, Capati (untuk FIL) & Kek
Tapi kek tak masuk gambar sebab simpan dalam peti ais

Lepas2 menghidang (dan snap gambar), baru aku tengok wasap
Baru perasan ada satu Whatsapp dari babysitter 
"Assalamualaikum, saya bawa anak2 gi jalan. Nanti balik saya hantar ye.. mungkin lambat sikit sebab gi makan kat Gombak"

OOOOMMMMMGGGGGG....... mesej disend pada aku pada pukul 7.20ptg
Abih la surprise birthday... sebab birthday girl takde..huhuhuhu
Ingatkan nak surprise anak, last2 mak bapak pulak yang tersurprise
Takkan nak suruh diaorang hantar balik pulak kan...
Gombak dengan Batang Kali tu lebih setengah jam perjalanan juga jaraknya
Errrrmmmmm.. pasghah je le...
Nak tunggu dia balik mesti dah lewat
Last2..kami makan je le makanan yang dah dibeli tu
Upacara potong kek je pospon malam ni.. Insya-allah..

Babysitter hantar diaorang pun dah pukul 10.30mlm
Nasib la tak tunggu diaorang balik dulu untuk makan
kalau tak perut dah masuk angin dah..
Lagipun kul 10mlm memang dah standby nak masuk tido je...


5 comments:

Sura Mohd said...

Alahai..gitu pulak..
x pe malam ni potong keknya...happy besday Amira..semoga menjadi anak yg solehah..:)

Cici said...

hehehe. happy birthday Amira. sama macam saya. tapi nak suprisekan husband lah kononnya. sanggup dlm pantang pegi klcc sejuk sejuk carik kek. sekali, dia balik siap siap dia keluar balik main badminton -__- esok malam baru potong kek. cis. sejak tu no suprise anymore.

y i e n said...

Haha..! Bole pulak macam tu :P

Qhaifa Nur said...

Aduhai..mmg suprise tp tuk mak bapa pula
hepi besday amira..

Unknown said...

kekekekeke.. mak ayah plak yg kena suprise. hahahahaha
bertabah lah. makan dulu lah tanpa birthday girl yer.