Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, March 30, 2016

DUIT HANTARAN

Ini takde kena mengena dengan 15K okeh...
hasben ai bayo full dulu tau...hehehehe

Saja semalam tengok album kahwin 
ternampak pulak gambar wang hantaran masa kami kahwin dulu
Zaman aku kahwin dulu takde lagi digital2 kamera ni
Semua pakai filem/kodak
So gambar dari album je le ada...
Dah 12 tahun punya cerita...

Tu dia.. siap dalam frame
sebab duit hantaran aku guna cek je
Sebabnya risau nak usung duit cash banyak2
maklum le perjalanan jauh kan



Bunga tu hanya perhiasan
prop kekdahnya..hahaha


Hantaran aku dulu idak le mahal sangat  berbanding dengan zaman sekarang
Sekadar yang termampu disediakan oleh pihak suami je
Hantaran ni harus dipersetujui oleh dua2 belah pihak ye dak
Lagipun hantaran bukan le jadi hak isteri pun
Maskahwin/mahar je jadi hak isteri

Maskahwin aku dulu pun idak le mahal sampai beribu2
Cukup la aku buat beli gelang kaki dulu
[dulu emas pun tak mahal cam sekarang]
Asalkan suami idak rasa terbeban, udah le...


** Duit hantaran aku dulu tu memang ngam2 bayo duit katering je..hehehe



4 comments:

Unknown said...

berbeza ngan pengantin pantai timur.
semua duit hantaran adalah milik pengantin pompuan.
duit kenduri kendara memang x usik duit hantaran dr pihak lelaki tuh. selalunya ibu pengantin pompuan akan suh beli barang kemas utk bg nampak duit hantaran tuh. selebihnya di gunakan untuk mulakan hidup berkeluarga.

Hantaran Zura dulu pon x de lah cecah 15K. semampu pasangan kita jer. lagi satu hantaran tuh 2 2 dah setuju. dan masa rombongan meminang datang pihak pompuan dan lelaki x bincang pon pasal hantaran tuh. masing2 dah tahu dan setuju sebelom dorang datang minang tuh. bende boleh bincang kan~ hehehe

Qhaifa Nur said...

Sekarang klau tgk wang hantaran mcm x masuk akal...
Klau dulu 5 ribu bangga sgt..setaraf sofia jane

SIQAHIQA said...

Wang hantaran tak kisahlah berapa asalkan tidak menyusahkan suami kan. Nanti nak hidup bersama juga :)

aizamia3 said...

Hantaran tu cuma adat dalam budaya Melayu.
Asalkan dipersetujui kedua2 belah pihak dan tidak membebankan, teruskanlah. Selagi boleh berbincang, bincanglah elok2. Lagipun sebagai ibubapa pasti tahu macam mana susah nak mulakan hidup selepas kahwin.. ;)