Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, January 12, 2016

DAH KHATAM AL-QURAN

Alhamdulillah..
Aleeya dah selamat khatam Al-Quran untuk pertama kalinya
Memang target nak khatam Quran  sebelum birthday dia minggu depan
Semalam pulun dia mengaji - dari kelas Tasmik, sambung kat sekolah agama, 
pastu malam sambung lagi baca dengan aku sampai page akhir..


Alhamdulillah..
Doa khatam je tak baca lagi.. nanti kita baca sesama ye.


Awal gak dia khatam Quran
Mamanya dulu darjah 6 baru habis 30 juzuk..hahahaha



"Pas habis ni nak baca apa lagi mama?"

"Ulang la balik dari surah pertama - Al-fatihah"

"Pastu?"

"Baca la lagi sampai habis... kalau boleh khatam banyak kali selagi kita hidup. Tapi kali ni baca sekali dengan terjemahannya... baru boleh faham apa Allah kata".

"Ooo"

"Kalau boleh, hari2 kena baca tau.. walaupun sikit. Kalau pegang Al-Quran pun dah dapat pahala, kalau baca lagi la banyak pahalanya."

"Ok, mama"


Tu la antara conversation aku ngan Aleeya malam tadi
Aleeya ni jenis berazam sikit kalau dia nak achieve sesuatu
Kalau dia dah target, memang dia akan buat sampai dapat.
Semoga Allah mudahkan segalanya untuk Aleeya.


4 comments:

Izwa Kamaruddin said...

alhamdulillah!~

ztie said...

wah.. alhamdulilah.. anak yang baik. hehe semoga semakin menjadi anak yang solehah aleeya

Kakzakie Purvit said...

Tahniah buat anakanda Aleya

Mulai hari ini amalkan membaca terus setiap selepas solat maghrib. Kalau buat setiap hari percayalah setiap tahun Aleya boleh khatam. Tahniah sayang. Auntie tumpang bangga:)

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Wah!. Tahniah buat Aleya dan ibunya. Sejuk perut ibu.