Monday, December 28, 2015

CUTI 4 HARI

Lama sungguh cuti baru ni
Walaupun 4 hari tapi rasa macam seminggu
Tapi dalam 4 hari cuti tu tah apa la yang dibuat
Berjalan ke mana2 pun idak juga
So duduk je la kat rumah.

Dalam dok malas2 tu kena la juga buat sikit2 persediaan sekolah
Perkakas sekolah semua dah beli
Tinggal nak balut buku dengan jahit lencana sekolah je
Jahit lencana pun, lencana yang kat baju lama
tetaskan & jahit dekat baju yang baru

Lencana kain ni senang, boleh pakai ulang2
Lencana anak2 aku semua aku beli sekali je masa diaorang darjah 1
Pastu pakai la sampai sekarang...hahahaha

Ni buku sekolah Adib
Ya ampun, banyak juga yang dah teruk
Ada yang koyak, ada yang dah buruk plastik balutnya
So kena la gam mana2 yang koyak
Ganti plastik baru

Buku Aleeya, nasib la semunya masih cantik
Memang langsung takde yang kena ganti plastik
Pandai budak sebelum ni jaga buku

Sepetang aku beraktiviti balut buku
Esoknya pulak baru jahit lencana
Tak banyak pun, kat tudung sekolah agama Aleeya 2 helai
pastu kat baju melayu Adib sehelai.

Untuk sekolah kebangsaan, diaorang semua pakai vest
Vest diaorang pun masih elok so pakai je la yang lama
Lagipun vest tu diaorang pakai 3 hari je seminggu sebab 2 hari lagi pakai baju sukan
[Aku basuh pun seminggu sekali je]
Dah tu pulak semua student pakai kasut & stokin hitam
Ha... senang koje.. makin jarang la kome basuh kasut sekolah kan
Ai like...





1 comment:

Nafira usof said...

keje mak2 sebelom sekolah bukak. hahahaha
saya belom jahit lagi lencana n name tag. ingatnye cuti esok lah nak buat. harap2 ade lah peluang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...