Wednesday, June 17, 2015

#THROWBACK# KAMPUNG PERMATANG RAJA

KAMPUNG PERMATANG RAJA
Ha.. itu lah nama kampung aku
Walopun mak aku tak tinggal kat situ
tapi sebab datuk ngan arwah nenek aku duduk situ
still kita panggil kampung kan

Masa aku cuti seminggu kat Ipoh hari tu
mak aku ada ajak balik kampung
so ok gak le kan... daripada tak ke mana2
aku angkut la anak2 aku balik kampung
Nasib la muat nak menyendat dalam kereta mak aku

Ekceli balik kampung tu sebab nak setelkan hal2 tanah datuk aku
So semua adik beradik mak aku akan balik kampung juga
Kebetulan pulak hari sebelum balik kampung tu
Datuk aku eksiden pulak.. nasib la takde apa2
cuma luka2 ringan je pastu bahu retak sikit sebab jatuh motor masa eksiden tu
[bergesel dengan lori katanya]

This is it
Rumah datuk aku a.k.a rumah pusaka gak le
Dah nampak usang sebab tak terjaga
lagipun datuk aku tinggal sorang je lepas nenek & nenek tiri aku meninggal


Posing dulu anak beranak...
Adik aku tukang tangkap gambo


Ala.. Amira ni pi pandang tempat lain pulak


Si ku kinting ni...


Dari Ipoh ke kampung aku ni idak le jauh sangat
Kalau ikut highway, dalam sejam setengah sampai la
Kami bertolak haritu dalam kul 3ptg, by Asar dah sampai kampung.

Petang tu bawa budak2 main kat taman permainan 
Taman permainan ni dalam kawasan tadika kemas
seberang jalan dengan rumah datuk aku tu je
Walopun kampung, tapi kereta, lori, bas, laju2 kalau lalu situ
Kena hati2 la melintas jalan..

Suka la dia dapat main gelongsor


Aku lak asyik mendukung Jasmin
Kita selfie bodoh je la dik....
Janji ado....

Kat compound tadika ni ada la tanam2 pokok
Siap ada nama lagi
Bagus la kan... senang budak2 nak kenal pokok2 tu
Aku pun ada gak tak kenal pokok2 yang diaorang tanam tu
kikiki


Ni pokok cekur tu dari atas
nampak tak diaorang tanam dalam apa??
Dalam sinki je uolsssss... kreatif sungguh!





Ekceli ada lagi tapi tak sempat nak tangkap
Jadi one handed camerawoman ni memang susah
Dah le Jasmin tu agak berat.. terhoyong hayang gak aku.
Kebetulan hujan pun dah rintik2...
pakat semua cabut balik rumah...hehehehe









No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...