Tuesday, June 9, 2015

BILA BALIK IPOH....

Walopun cuti sekolah bermula hari Sabtu
tapi aku dapat balik Ipoh hari Ahad
sebabnya hasben aku keje hari Sabtu tu [syif malam]
So hari Ahad tu pagi tak pagi la bertolak ke Ipoh [dalam kul 10pg]

Plan asalnya nak singgah kenduri kahwin kawan aku di Batu Gajah
Tapi last2 hasben aku takmo pulak pegi 
[dia ni bab2 kenduri kendara ni memang liat sikit]
Penat aku pakai baju kurung tau!
Abaikan tudung aku yang dah senget benget kena tarik dengan Jasmin
Gini la kalau beranak kecik
Tak dapat le nak bergaya beno
[lipstik pun takdan nak pakai]

Budak tak duduk diam
Ada je dia nak capai dalam kereta tu


Sampai Ipoh just nice le time tengahhari
Sampai rumah mak pun boleh terus makan lunch
Dah siap masak le katakan
Tapi mak aku takde pulak kat rumah
Sibuk dengan hal2 duniawi dia tu..heheheheh

Lepas lunch, kasi Jasmin tido
pastu hasben aku pun tido juga
suruh dia rest la kan, sebab petang tu juga dia kena balik Batang Kali
Esoknya dia keje...

Lepas Asar camtu hasben pun bergerak balik
tinggal le kami 5 beranak kat Ipoh
Nasib la adik aku yang bongsu tu pun ada
Boleh la tolong2 mengasuh anak aku..hehehehe

Hari pertama lagi dah start membuas la anak2 aku
Especially Amira 
Aleeya  dok berkepit dengan Mak su dia
Adib pulak tak habis2 dengan kartun  
[mementang le rumah sendiri takde channel kartun kan]
Si Jasmin pulak...ermmmm takleh le aku hilang dari pandangan mata dia
Mula la melalak... 




Nasib la ada kereta mainan si Haikal ni
Habis dilenjan baik dek Amira, baik dek Adib
Macam2 gaya drift deme buat
Mentang2 le rumah opahnya luas...

Dah penat Maksu bagi makan aiskrim pulak
Habis la belengas2 rumah opah ko...


Si kenit ni pulak menjelajah satu rumah mencari aku
Padahal aku ada je atas sofa kat ruang tamu 
[tengah tangkap gambar dia le ni]


Ralit pulak dia main buai sorang2
Jangan ada yang campo tangan udah
Mesti melalak punya budak ni


Ha ni baru first day
Ada 6 hari lagi untuk kitaorang bersukaria 




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...