Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, June 19, 2015

REUNITED

Cerita basi lagi...
Kejadian masa aku cuti sekolah hari tu

Masa balik Ipoh haritu, sempat la berjumpa kengkawan lama
kengkawan masa sekolah..
dah hampir 20 tahun tak jumpa
Cuma berhubung melalui facebook & whatsapp je

Ekceli perjumpaan singkat je...idak le ramai pun
kami bertiga je...
Masa balik Ipoh tu kan aku takde transport
so takde la aku ke mana
kebetulan sorang kawan aku ni baru balik Ipoh
so dia ajak la aku keluar dengan dia
pastu sorang member lagi ajak gi rumah dia pulak
so, daripada kami melahu kat luar, baik kami pegi rumah member ni je la
Rumah member ni pun tak jauh sangat dari rumah aku
So... kita terjah...

Memula konon nak pegi sorang je
beria la aku kasi si Jasmin tido awal.. idak pulak dia nak tido
Amira pun sama
So nak tak nak kena la aku angkut anak2 kecik tu
Siap suruh Aleeya ikut juga untuk tengok adik2
Adib je tak ikut sebab dia nak pegi Billion dengan abahnya

Terserlah kegemukan ahkak!

Kawan aku masak laksa pulak hari tu
Sempena nak menyambut kedatangan kami kekdahnya...hahahaha
Apa pun, laksa tu sedap.. Terima kasih

Kakcik pun makan laksa
Sampai kena lapik baju dengan tisu
Kakcik ni comot juga bila makan.. itupun aku kena suapkan
Kalau dia suap sendiri, banyak tumpah dari makan


Ni member yang jemput aku di rumah
Hantu laksa ni kalau nak tau.. so bila pekena laksa memang lupa diri
Tudung oren tu Aleeya..
Jasmin nasib la mau duduk diam atas sofa tu [buat seketika]


Sebelum balik, posing la sekeping dua
Kurus2 kengkawan aku ni.. aku je dah bambam
After almost 20 years, kami tetap kecoh macam dulu
Miss uols!!


No comments: