Wednesday, May 13, 2015

GAYA TIDUR KALAU BALIK KAMPUNG

Walopun rumah mak aku bukan kat kampung
Tapi dah di mana mak abah aku ada kat situ la jadi kampung
Kan..kan..kan...
Kampung untuk kami adik beradik & anak beranak
Esok-esok rumah aku pun jadi kampung untuk anak2 & cucu2 aku ye dak???
[melalut sampai ke cucu pulak dah...hehehehe]

Kalau ramai2 balik kampung [baca: rumah mak aku]
Tempat tido kan terhad so mana yang sempat cop bilik, dapat le bilik
Dulu masa takde anak kecik, aku cop tido kat ruang tamu je
Tapi bila dah ada baby ni, aku cop bilik la
Bukan apa, senang la nak menyusu baby
Takde la segan kat orang kan...
Nak mandi, salin pakaian pun senang gak

Tapi dalam bilik ada 1 je katil kelamin
Takkan la kami 6 beranak nak menyendat atas tu kan
So aku, Amira & Jasmin je yang tido atas katil
Adib & abah dia tido depan tv kat ruang tamu
Aleeya pulak tido dengan Maksu dia kat bilik Maksu

Yang best bila tido atas katil kat bilik ni
Sebab kipas dinding dok tala atas kepala
Huish.. berangin2 tau... idak le panas
[umah mak aku dah le takde ekon]
Bila dah sejuk, makin syok la tido especially anak2 aku tu

Selalu tu kalau aku bangun Subuh, deme pun jaga
Kali ni tido sampai dekat pukul 9 pagi
Macam tak caya je lama tu diaorang tidur
Siap ada gaya tersendiri lagi..

Sorang menonggeng
Sorang menerap
Kipas dok tala atas kepala...
Amboi manyak syok korang ye...




2 comments:

♥ ROS ♥ said...

Balik kg walau bukan kg sgt heaven tau.. kdg mak pun xmau bgn rasa.hahaha

eima said...

tu la klu balik kg .. nasib la nk dpt tido bilik kan ..... selalunye mmg bg bilik kat adik bradik yg ade anak kecik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...