Orang lain ramai dah try goreng pisang cheese ni kan
Aku je baru nak cuba2
Bukan takde nampak orang jual2 kat tepi2 jalan tu
Tapi setiap kali lalu tu takde pulak rasa nak singgah
Bila rasa nak singgah, ramai orang la pulak
Takpun payah nak parking tepi2 jalan tu
Hujung minggu lepas ada la kabo kat En Suami nak makan goreng pisang cheese
Nak2 pulak masa tu baru lepas baca blog YANA UJANG
katanya dia beli goreng pisang cheese kat Jalan Sungai Tua yang sedap
dah le aku hari2 lalu kat jalan & gerai tu
Tapi idak le rasa nak singgah sebab parking payah
Disebabkan hasben aku keje shif pagi minggu ni
Aku suh la dia singgah beli kat gerai yang aku cakap tu
Tapi hari Isnin lepas, gerai tu tutup
So hasben beli kat Batang Kali je
TAPI..... 4 keping =RM3.... mahaiiiiiii gile
Tapi nasib la sedap kan...
Kelmarin pesan lagi kat hasben belikan pisang goreng cheese
Sampai2 rumah nampak 2 polisterin
[hati bunga seronok dapat makan goreng pisang cheese]
Sampai 2 polisterin dia belikan untuk aku... memang sungguh nak menggemukkan aku tau
Tanya hasben beli kat mana
Dia kata beli kat Selayang, kat area Kg Nakhoda
Buka2 polisterin tu dia... punya la penuh
Siap nampak cam ada parmesan cheese gitu... pergh.. terliur aku
Penuh camni baru RM5
Takdan buka tudung, tangan pun tak basuh
Terus ambik sekeping, masuk dalam mulut
Alaaaaaaaaaaaaa
FAIL betullah.... aku ingatkan parmesan cheese
Rupanya KELAPA PARUT
Terus hilang nikmat makan sebab tak seperti jangkaan aku rasanya
Dah macam makan kuih raya la pulak rasa goreng pisang tu
TAPI.... makan jugak le kan...
Dah hasben yang susah payah beli kan
Hari ni nak try beli yang kat simpang masuk Kg Bendahara pulak
Tak pueh hati la pulak rasanya kan...
Selagi tak dapat....ermmmm
No comments:
Post a Comment