Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, March 27, 2015

MEPS PUN KENA GST OI...

Lagi cerita GST
Sampai naik mual la kome dok baca entry pasal GST
kof..kof..kof..
Apa nak buat aku takde idea nak buat entry
Just nak share la apa2 info pasal GST yang aku tau
[Maybe korang lagi terer dari aku]

Pagi tadi on the way pegi keje, dengar la berita kat radio
Sebelum ni dah kecoh dah kat fb ngan whatsapp  kata kalau withdraw duit kat ATM, kena caj GST
Rupa2nya hanya perkhidmatan MEPS sahaja yang dikenakan GST
Itupun atas transaksi ye... bukan atas jumlah duit yang dikeluarkan


Sebelum ni kalau korang cucuk duit guna perkhidmatan MEPS, kena caj RM1 kan
GST hanya dikenakan atak RM1 tu sahaja ye...
Lantak la kome kuarkan duit 10 ribu pun, GST hanya atas RM1 (caj MEPS) tu sahaja
[Eh boleh ke kuarkan 10 ribu sekaligus kat ATM??? hehehehe]

So pasni, cucuk la duit kat bank yang kuarkan kad ATM korang tu
Maksudnya, kalau korang pakai kad MAYBANK, pi la cucuk kat ATM Maybank
Jangan pi cucuk kat ATM CIMB/RHB/BANK ISLAM etc pulak

Tapi kalau dah takde pilihan, cucuk je la kat mesin ATM yang ada
Daripada takde duit kannnnn
Ala, kalau RM1 tu, korang baru kena GST 6 sen je... rilek la...
[Tapi kalau dah 100 kali cucuk duit guna MEPS, lagi banyak la GST kome kena]
So pepandai la ejas masa & jumlah yang nak kena cucuk kat ATM
Sebulan lebih 4 kali cucuk pun, kena caj 5 kupang pulak untuk setiap pengeluaran seterusnya

Macam aku, aku cuba limit withdrawal aku 2-3 kali je sebulan
Dan aku hanya akan cari mesin ATM Maybank [sebab aku guna akaun Maybank]
Sekali cucuk memang keluar banyak terus sebab pastu terus nak bayar hutang piutang bagai
Aku pulak memang bukan jenis rajin nak mengulang ke mesin ATM tu
So pandai2 la korang manage duit korang...hehehehe

Info boleh baca sini ----> Hanya perkhidmatan MEPS dikenakan GST







1 comment:

eima said...

masalahnye skrg ..kat stesen minyak ... dah kurang dah atm mesin bank ... byk MAEP je ....

klu terdesak kena la jugak guna ... tak kena la cr bank utk keluarkan duit ...pndai depa ni skrg ni