Wednesday, March 4, 2015

BERCANDA DI RESORT RESTU IBU ULU YAM

Citer basi masa cuti Chinese New Year bebaru ni 
Sebelum aku terlupa nak update
Meh la nak story sikit2 pasal "piknik" kami yang tak seberapa ni

Ekceli tak plan beria pun 
Tapi sebab dah bosan gile duk rumah
So aku sajes la hasben aku gi mandi sungai
Memula dah ajak Cik Besah sekali
tapi bila waktu nak pegi, Cik Besah kata tak nak ikut pulak
Nak tido katanya hehehe
So kami pergi satu family je
Pegi pun dah petang dalam pukul 4 lebih

Walopun aku duduk berhampiran dengan kawasan perkelahan & rekreasi
Terutama kawasan sungai & air terjun
TAPI amatlah jarang pegi mandi manda ni
Boleh dikira berapa kali je aku pernah pegi mandi sungai 
selama aku duduk kat Batang Kali tu

Hari tu [beberapa tahun sudah
dah pegi berkelah di Sungai Kedondong
Kali ni pegi ke Resort Restu Ibu kat Ulu Kalong, Ulu Yam
Perjalanan dari rumah aku pun hanya 15-20 minit je
Dulu pernah survey tempat ni, memang sesuai untuk budak2 mandi
So, malas nak citer panjang, tengok gambar je la

Sungai ni maybe owner resort dah bersihkan dari batu2
Siap buat cantik2 untuk budak2 mandi
Nampak tak ada air pancuran lagi
Net pun ada kot2 sapa nak main bola air ke apa gamaknya
Kawasan sekeliling resort ni memang bersih tau

Time aku sampai, orang dah tak ramai 
Lagipun aku pegi tu dah hari Ahad, petang pulak tu
Ramai dah balik agaknya
Orang tak ramai ni syok la sikit..



Kawasan parking memang luas la
Tengok tu, tinggal beberapa biji kereta je masa aku sampai tu
Tapi kalau time peak memang penuh la..

Kawasan ni memang selalu orang buat family day @ camping
Ada la chalet untuk disewa 
Rate dia aku tak snap pulak tapi kalau nak tau, google je la ye
Disebabkan dah tak ramai orang, ada pondok yang kosong
Hasben aku pun sewa la pondok tu.. dalam 2-3 jam
Bayar la dalam RM20 kot..




Memula aku kata membazir je.. tapi bila dah masuk pondok tu rasa ok gak le

Sebabnya ada kemudahan cam tilam, bantal & kipas angin
Senang la aku ngan Jasmin nak landing
[Senang untuk aku bagi nenen kat Jasmin...hehehehe]



Budak2 pulak bila dah nampak sungai, menggeledik nak mandi kan
Takpe, deme pegi la mandi
Aku ngan Jasmin je la duduk dalam pondok

Air kat sini tak dalam pun
Untuk orang2 tua cam kita ni... tak adventure la..hehehe

Ni semua view aku tangkap dari tingkap pondok je tau




Masa ni Amira dengan abahnya belum join lagi
Sebab Amira cam takut nak masuk air
Dia tengok je dulu abang kakak main air

Abah tengah memujuk anak daranya mandi sungai


So my not-so-sado hubby
Kena la layan Amira dulu...


Tengah try mode PANORAMA di henfon..hehehe


Berkuak lentang, terjun tiruk semua boleh buat la dek budak2 ni

Tak lama pastu, Amira ngan abahnya pun join

Tu dia... bila dah lama2 pun si Amira dah menangis
Sejuk le tu

Di dalam pondok pulak
Budak ni dah tido lena lepas pekena nenen
Tido telangkup hisap jari lagi
Kipas angin pulak tala kat dia..

Masa ni hasben aku pun hantar Amira kat pondok
Dia dah tak nak mandi so aku tukar baju dia
Dah siap tukar baju tetiba dia nak susu
Susu dia aku tak bawa spare lak tu
Lagipun sebelum tu dah habis sebotol dia minum
Hisap jari je la ko ye...

Masing2 dah kesejukan...
Dah jom balik oi.... 
Lain kali kita datang lagi...



Pasni nak fikir cuti sekolah nanti nak bawa budak2 ni kemana pulak ye...




1 comment:

Qhaifa Nur said...

klau dulu ulu yam la tmpt piknik kami...rindu nk dtg sini lg...cantik juga tmpt ni syani...bersih airnya konpom sejuk kan....amira besar dah dia....lama auntie nur jenguk sini...comel

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...