Ni nak citer masa cuti sekolah bebaru ni
Kesiankan anak2 sebab tak di bawa berjalan2 kan
So aku decide bawa anak2 ke Petrosains je
Tapi malangnya hasben tak dapat folo... sebab dia kena keje
Padan muka dia...hahahaha
Amira & Jasmin aku tak bawa la kan... so tinggalkan dengan babysitter
Biar la aku spend masa dengan Aleeya & Adib je
Last time pegi Petrosains, masa aku bertunang dulu
Lama tu... dah lebih 10 tahun kot
Aku pun ingat2 lupa cemana rupa Petrosains tu
Memandangkan aku ni fail bab2 selok belok di KL
So aku decide naik LRT je [tu yang malas bawa baby]
Dah le aku sorang2 je tanpa hasben nak handle anak2 kan
OOOO... aku belum ada kekuatan itu ye..
Bawa budak yang dah besar ni kira tak le letih sangat
Tapi cabaran juga bila bawa anak2 berlainan jantina ni
Especially bab2 nak ke toilet & surau
Muka orang2 yang nak berpoya2
Dari Batang Kali aku drive sampai Wangsa Maju
Sebabnya... nak pi pekena puri ngan teh tarik kat NZ Curry House
Alhamdulillah, dapat merasa lagi
Aleeya pun aku suruh dia try makan puri, Adib je nak makan roti telur
puri & teh tarik - my perfect combo
Tapi sebab nak berjalan punya pasal kan
Anak2 aku bukan nak makan sangat
Sorang makan separuh je
Last2 aku la tukang perabihkan makanan depa
Lepas makan aku terus drive pi LRT Jelatek
Aku prefer parking kat situ sebab parking banyak & luas
Sampai stesen LRT singgah toilet dulu
Sempat wefie dalam toilet lagi
Adib tu aku suruh masuk toilet pompuan..hehehehe
Nasib baik la takde orang
[cermin tu sebelah pintu masuk toilet je sebenarnya]
Naik LRT ni, takde la kena tunggu lama cam naik komuter
So tak sampai 10 minit dah sampai KLCC
Sampai sana aku main gamble je nak cari Petrosains tu
Seingat aku Petrosains tu kat tingkat atas2
So takyah pening2 kepala, pi cari lif je... senang cerita
Tu dia signboard tepi lif
Petrosains di tingkat 4 ye
Time aku pegi tu agal awal, so takde la ramai lagi orang kat Petrosains tu
Sampai2 depan entrance terus boleh beli tiket
Harga tiket tak mahal pun
Dewasa = RM15, Kanak2 (3-12 tahun) =RM5
ni harga untuk pemegang Mykad sahaja ye
So total harga tiket untuk kami bertiga =RM25 sahaja...
Nak meneroka Petrosains tu memula kena naik kenderaan khas
Tapi best la, rileks je layan tayangan sepanjang perjalanan tu
Pastu bila dah sampai destinasi, baru la kita boleh teroka by foot pulak
Dah namanya Petrosains kan, so harus le semuanya adalah berkaitan sains
Ok la untuk bawa budak2 baya anak2 aku ni
Banyak benda diaorang boleh belajar
Kalau bawa yang baya2 Amira & Jasmin tu, apa la yang deme tahu kan
Ni tengah try kamera infrared
Rupa kami melalui kamera Infrared
Dah macam citer Predator lak..hahaha
Ni anak2 aku tengah try fenomena ribut taufan
Nak rasa kelajuan angin semasa ribut yang berkelajuan 100++kmj
Siap pegang tudung takut tercabut...
Ni pulak infinity mirror
Beria nak tangkap gambar dengan angle2 yang menarik
Tapi udah dikerumun dengan budak2 yang datang rombongan
Bukan kerumun aku tau, tapi kerumun kat cermin tu la
Sama2 menjakun cam aku...hehehehe
Pasni kitaorang menjelajah ruang prasejarah pulak
Tu belakang tu ada dinosor besar
Tapi tak scary pun....
Nak tangkap gambar dekat2 dinosaur tu, ramai la pulak orang
Dari kejauhan pun jadi le
Tuan blog pun nak posing jugekkkk
Dalam banyak2 gambar aku, ada sekeping dua je yang elok
Lain2 semua gambar gegar [anak aku yang tangkap kan]
Pengkhianatan apakah ini????
Tapi dalam gambar ni aku nampak kurus kan???? [ai like]
Next kitaorang sampai kat area hologram ni
Dasar menjakun anak beranak kan...
Tengah menadah benda2 yang berjatuhan...
Patut aku buat video kan... baru la nampak cemana bendanya..
Konon2 dikelilingi rama2
Aku pun menjakun juga...
Nyesal pulak buat camni.... terserlah kegemukanku
Benci!
Pas main kat hologram tu, kami naik simulator kapalterbang
Kena bayar la sorang RM3
Takpe la sekali sekala kan
Simulator tu konon2 kita cam dalam kapal terbang la
Siap ada skrin dan kita nak tembak2 dengan kapal angkasa alien
Cam dalam video games pulak
Pening weh duduk dalam tu
Nasib la 10-15 minit je...
Ni pulak kat pelantar petroleum
Belajo la sikit bab2 memproses minyak
Ni Adib baru lepas jawab kuiz [dapat le markah 4/7 je]
Ni part yang Adib paling suka
Ada la permainan untuk race kereta tapi ramai pulak budak2
Jadinya tak sempat la Adib nak main
Tengok2 pun jadi la ye Adib
Dah habis jalan2 dalam tu nak keluar kena naik balik kenderaan khas tu
Beratur la menunggu giliran kan
Diam tak diam dekat 3 jam juga kami dalam Petrosains tu
Sebelum turun tu nampak lak signboard Petronas Street Smart
So kami singgah le....
Takde la apa aktiviti pun dalam tu, cuma tentang kesedaran jalan raya je
Patutnya ada show petang tu, tapi aku malas nak tunggu
Kasi anak2 main kejap dalam tu je
Ni Adib tengah memandu kereta
Slow and steady je konon.. tapi last2 eksiden juga..hehehe
Pastu kami terus turun lif untuk balik ke LRT station
Takde la nak jalan2 dalam Suria KLCC tu pun
Kalau ikutkan nak juga jalan2 lagi kat park tu ke
Tapi sebab masa kan... so balik je la
Lagipun kami tak lunch lagi, so balik ke Jelatek, terus lunch & terus balik rumah
Tu je la aktiviti percutian anak2 aku
Tunggu cuti bulan 6 ni pulak
Nak gi mana ek???