Thursday, October 23, 2014

BERDERAU DARAH MAMA

Kakcik sekarang ni sudah dapat ilmu baru tau
Kome nak tahu tak
yang Amira dah pandai naik tangga & turun tangga sendiri
SENDIRI ok... tak payah orang pegang & orang temankan

Satu pagi tu aku tengah siap2 nak pakai baju kat bilik atas
tetiba aku perasan si Amira dah sampai bilik aku
Aku ingatkan si Aleeya yang hantar Amira sampai atas
Bila aku tanya Aleeya, dia kata Amira naik sendiri
Cam tak caya je....
So aku letak Amira kat bawah & aku suruh dia naik sendiri
Haah la wei...... dia naik sendiri....
Menapak naik guna kaki tangan naik tangga
Dah macam Ju-On pun ada
[Masa ni aku tak bawa kamera, so takleh nak rakam rupa Amira naik tangga]

Disebabkan aku duk lama kat atas 
[sebab aku nak iron baju sekali]
Amira pun dah bosan gamaknya
terus dia keluar bilik...
Sambil tu aku jerit gak kat dia supaya jangan main kat tangga
Bila dia senyap je, aku pun jengah kat tangga
rupanya dah sampai bawah
Aku pun cam tak caya jugak dia turun sendiri tu
Pastu aku turun, ambik Amira letak kat beberapa anak tangga
pastu aku suruh dia turun sendiri
[Masa ni dah pesan kat Aleeya suh rakam guna henfon]

video

Nampak tak???
Macam mana tak berderau darah aku
Bila anak dah pandai turun naik tangga camni
Riso kot2 tertonggeng kat tangga tu je...
Dah le tangga batu..

Adakah perlu nak mencari pagar untuk tangga pulak????

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...