Monday, December 28, 2009

Selamat Potong

Punya la jenuh nak potong rambut anak teruna aku ni. Dah pujuk macam2 tapi Adib tak nak jugak potong rambut. Tapi kali ni aku tak kira, aku mesti gi potong gak rambut dia ni..

Petang Krismas tu, kat Ipoh aku try pujuk dia lagi. Akhirnya dia setuju la nak gi gunting kedai keling.. Yes! Berjaya akhirnya... Tak tangguh lagi lepas dia setuju tu, aku ajak hasben aku gi kedai gunting.. Malangnya... kedai gunting tu tutup... (Keling tu sambut Krismas kot)... Jenuh round satu taman cari kedai gunting/salon.. semuanya tutup.

Aku dah putus asa dah memikirkan cemana lak aku nak pujuk Adib kalau tak dapat gunting hari tu. Finally jumpa satu salon melayu bebetul depan umah mak aku.. Akak tu pun kata ok untuk gunting rambut sejemput si Adib.

Memula tu ok la si Adibnya... Letak aje dia atas kerusi, melalak satu kedai. Sib baik akak tu understanding. Dia kata takpe..biar dia menangis. So aku riba Adib, pegang badan dia kuat2 & akak tu start le cukur rambut dia. Tak sampai 5 minit dah siap. (Memang cekap akak tu). Akhirnya, berjaya jugak Adib membotakkan kepalanya... heheheh... Alhamdulillah....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...