Monday, December 14, 2009

Rendang Ayam

Rentetan dari masalah problem Cik Besah ngan aku & hasben, aku tekad nak belajo buat rendang. (Maklum la masa raya hari tu kan ke beraya kosong). Minggu lepas dah dapatkan resepi paling sempoi untuk buat rendang dari opismate aku - K. Laila.. (very the thank you).

So tengah hari Sabtu lepas dengan berkobar2nya aku pun memulakan projek rendang aku. Wallaway.... cuak gak sebab first time.... tah macam mana rupa , tah apa rasa... Petang Jumaat sebelum tu singgah Tesco Extra kat Selayang - shopping mende2 nak masak rendang.

Dalam kira2 sejam.... masak la rendang pedas ayam aku. Tapi aku ni bab rasa merasa memang out so kena pakai tukang rasa (laki aku la)... Tambah ini, tambah itu akhirnya bisa dimakan dong... Alhamdulillah.... menjadi jugak la rendang bodoh aku... Tapi aku tak sempat nak snap gambo rupa paras rendang ku itu!!! Tapi... tapi.... memandangkan ini percubaan pertama, (& laki aku kata rasanya ok - tapi belum mencapai piawaian yang sepatutnya) so aku akan buat beberapa experimen lagi... Next time aku try tepek gambo lak...

*** Nak kata tak sedap, laki aku makan nasi sampai tambah 2 kali macam mana tu????

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...