Thursday, December 31, 2009

Kebenaran nak kawin

Malam semalam anak buah aku - Heri & Syahir datang umah sebab Heri nak pinjam komputer. Sementara tu Adib, Yaya & Syahir main lari2 kat ruang tamu. Sebelum tu aku ade buat air mangga (yang cosway punya tu) untuk Yaya & Adib (dalam botol). Agaknya dek berlari sana sini si Syahir tu haus & mintak air. Aku cakap pegi la ambik kat dapur.

Masa dia pegi dapur dia ternampak la botol Adib yang ade air mangga tu. Dia cakap kat Yaya dia nak air tu. Tau tak apa Yaya buat??? Dia ambik gelas, panjat kerusi & bancuhkan air mangga tu untuk si Syahir. Elok lak tu dia buat tanpa tumpah apa2... Dalam hati aku 'dah besar dah anak aku rupanya'.

Pastu aku cakap la kat Yaya;
"Pandai anak mama. Macam tu la tolong mama. Dah boleh harap camni nanti dah boleh kawin la."


-Gambo Syahir & Aleeya tahun lepas-


Lepas tu aku terus ke ruang tamu, tengokkan si Adib. Masa tu lah conversation ni berlaku:
Yaya:Mama, Ya dah pandai buat air Syahir. Nanti boleh tak Ya nak kawin dengan Syahir?
[oh tidak.... anak aku dah minta nak kawin pulak dah...]

Mama:Ha????? Erm... tak payah la Ya... Cari la orang lain... Ya cari orang kaya ok?
[ade unsur2 materialistik di situ ye kawan2]

Yaya:OK


Ha ngkau, kecik2 dah mintak kawin dah... Bahaya ni...

[ Pesanan mama pada Yaya - Even Syahir tu nanti jadi orang kaya, tak yah la kawin dengan dia.. Kawin sepupu ni kan tak digalakkan, so Ya cari orang lain je lah ye...]



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...