Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, December 31, 2009

Kebenaran nak kawin

Malam semalam anak buah aku - Heri & Syahir datang umah sebab Heri nak pinjam komputer. Sementara tu Adib, Yaya & Syahir main lari2 kat ruang tamu. Sebelum tu aku ade buat air mangga (yang cosway punya tu) untuk Yaya & Adib (dalam botol). Agaknya dek berlari sana sini si Syahir tu haus & mintak air. Aku cakap pegi la ambik kat dapur.

Masa dia pegi dapur dia ternampak la botol Adib yang ade air mangga tu. Dia cakap kat Yaya dia nak air tu. Tau tak apa Yaya buat??? Dia ambik gelas, panjat kerusi & bancuhkan air mangga tu untuk si Syahir. Elok lak tu dia buat tanpa tumpah apa2... Dalam hati aku 'dah besar dah anak aku rupanya'.

Pastu aku cakap la kat Yaya;
"Pandai anak mama. Macam tu la tolong mama. Dah boleh harap camni nanti dah boleh kawin la."


-Gambo Syahir & Aleeya tahun lepas-


Lepas tu aku terus ke ruang tamu, tengokkan si Adib. Masa tu lah conversation ni berlaku:
Yaya:Mama, Ya dah pandai buat air Syahir. Nanti boleh tak Ya nak kawin dengan Syahir?
[oh tidak.... anak aku dah minta nak kawin pulak dah...]

Mama:Ha????? Erm... tak payah la Ya... Cari la orang lain... Ya cari orang kaya ok?
[ade unsur2 materialistik di situ ye kawan2]

Yaya:OK


Ha ngkau, kecik2 dah mintak kawin dah... Bahaya ni...

[ Pesanan mama pada Yaya - Even Syahir tu nanti jadi orang kaya, tak yah la kawin dengan dia.. Kawin sepupu ni kan tak digalakkan, so Ya cari orang lain je lah ye...]



Dah kena tag

Salam korang...
Baru berkesempatan dan jawab tag dari ell... sabo je la kan...
Dah lama tak kena tag alih2 terkena lak bulan ni.. huhuhuh

K... la ni nak balas TAG u tau..

A. Write five (5) interesting facts about the person who give you this award

  1. Sedang mengandung & menunggu masa nak bersalin.

  2. Seorang housewife & suka memasak.

  3. Baru mengenalinya & blognya best untuk dibaca.

  4. For sure ibu yang penyayang

  5. Mempunyai anak2 yang comel2


B.  Jot down ten (10) interesting facts about yourself and your hobbies.
    Myself:

  1. Kuat merajuk especially dengan laki sendiri.

  2. Garang dengan anak2 (tapi anak2 aku tak takut lak dengan aku...musykil???)

  3. Addict to perfume... selagi ade yang best semua nak beli

  4. Dulu aku bekas akauntan... merasa gak pegang jawatan tu

  5. Paling berdisiplin dalam bab bayar membayar hutang ( termasuk la bil2,instalment2,kutu, etc)

    Hobbies:

  1. Suka baca komik Shin Chan (Dik Cergas)... Zalina & Zam la mengajar aku nih!!!

  2. Gila shopping & jalan2 (tapi terhad sebab encik somi kureng gemor le weh.. dia kata penat)

  3. Suka tengok citer hindustan... nak2 pulak si SRK yang berlakon.. tak best pun jadi best... (ekceli citer keling pun layan gak esp kalau Rajnikanth yang berlakon)

  4. Minat dengan citer  tv bab deko2 rumah ni &stylo mylo ni. Tak kira la versi BM ke, English ke,Cina ke...janji paham ok la.

  5. La ni suka tengok Rachel Ray & Martha Stewart punya show... Layan sampai habis


    (korang perasan tak yang aku senaraikan 3-5 tu semuanya citer tv..kesimpulannya aku memang suka tengok tv)...


C. Pick your ten (10) deserving recipients and describe them.

 Part ni yang payah ni.. tapi tak pe la aku cuba setakat yang mampu ye... aku rasa 10 tu banyak sangat so aku list 5 je la... Janji ade daripada takde langsung..PEACE!!!

  1. Raihan - besfren aku masa kat Taayah dulu... skang dah jadi blogger tegar ni.

  2. Ateh -  adik aku yang kuat "anginnya"....

  3. Chem -  sorang baru aku kenali..

  4. Hisyam - sorang lagi adik aku & bapa kepada anak yang montel..peminat setia MU nih.

  5. Pija - Ex-serataian yang kecoh di RKBB dulu...

Tu...dia jenuh aku nak menjawab tag ni.. Akhirnya siap sudah... Sape yang kena silalah jawab..Keh..Keh..Keh...

Azam 2010

Hari ni hari terakhir tahun 2009. Esok dah 2010... Cepat tul setahun berlalu..

Cam biasa la  bila nak masuk tahun baru semua nak set up azam baru. Apa azam baru aku????

Macam malas nak berazam beria2 tahun ni cuma secara umumnya hanya nak jadi lebih "baik" dari tahun sebelumnya....

TAPI!!!!!

Azam aku yang utama tahun 2010 adalah.......................
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
~AKU NAK TINGGALKAN KOMPENI HAMPEH NI~


Bila la dapat jadi kenyataan...Tak pe usaha tangga kejayaan Aisyah oi.......... AMIN!!!
Hope for the best for my future... Sampai bila nak duk lagu tu??? (Tak boleh jadik ni)

Aku rasa selagi duk kat kompeni ni muka aku sentiasa cenggini... (memikiorkan masa depan)


Tapi andainya aku blah dari sini pastinya muka aku jadi cenggini...... (aku bebas akhirnya!!!!)



Ceh! Poyo jer!

Wednesday, December 30, 2009

Tinggallah Atuk, Tinggallah Opah

Pagi Ahad lepas (27/12/2009) semua dah siap2 nak balik ke rumah masing2. Aku nak balik Batang Kali, Angah nak balik Kedah/Perlis so tinggallah Atuk & Opah di Ipoh. Nanti bila la pulak boleh kumpul semua anak beranak Cikgu Latip & Cikgu Minah ni.

Balik kali ni pun tak cukup korum sebab adik bongsu aku si Farhana takde. Lepas ni maybe Raya Cina baru balik Ipoh kot.

Wajah cucu2 opah & atuk sebelum pulang ke rumah masing2....


Makan malam Birthday Ateh

Dah kebetulan Hari Krismas merupakan birthday adik aku si Ateh yang ke 20 (10 thn beza dengan aku...terasa diri dah tua), malam tu abah belanja kitaorang makan. Banyak beno benda yang nak makan (ada nak western, ada nak tradisional) last2 kitaorang makan kat Greentown je.
Jenguk sana jenguk sini kesudahnnya ke Restoran 60-an (tempat ni ala2 food court la).



Banyak le benda yang diorder- Chicken chop, Nasi Goreng Udang, ABC, Murtabak, Benjo (untuk Yaya & Adib), Sup Ayam, Carrot Juice, Air Tembikai, Nasi Goreng Daging Merah, Air Laici & beberapa menu lain yang aku tak ingat dah... Kitaorang ade le dalam 10 orang (11 kalau termasuk anak buahku si Haikal). Total makanan kitaorang semua malam tu ade la dalam 80-90 hengget. Berbaloi kan???








Tuesday, December 29, 2009

Jalan-Jalan Gunung Lang

-The 4 of us-


Sambungan edisi balik kampung... Lepas makan kat pizza hut, straight away to Gunung Lang. Yaya & Adib asyik ajak pegi tengok ikan jer. Hari pun redup, lagi pun perut kenyang so hasben aku pun no problem.

Selama ni kalau gi Gunung Lang asyik tak dapat nak naik bot sebabnya time dah habis. This time pegi awal so dapat la naik bot. Ingatkan kawasan seberang sana kecik je, rupanya memang luas gile. Siap ade playground, menara & ala2 zoo sikit. So kalau nak close to nature memang sesuai la kawasan ni. Anak2 aku memang suka la bila dapat main kat playground. Memang banyak permainan & luas. Monyet2 pun ade berkeliaran kat situ.

Tiket bot :
Dewasa = Rm 3/orang
Kanak2 bawah 6 thn = RM0.50/orang

Tengah tunggu turn nak naik bot


Dalam bot menuju ke pulau seberang (tak jauh mana pun 5 minit sampai le)


Playgroundnya memang luas... nak main layang2 pun boleh


Zoo mini - ada arnab, rusa & burung unta


aksi si burung unta


Salah satu menara yang ada... 4 tingkat & views from the top




Lepak kat sana sampai kul 6.30 petang. Kesimpulannya memang puas hati la berjalan kali ni.

Pati Rahsia Hawa

Dah kebetulan balik kampung, mak aku bagi Pati Rahsia Hawa (PRH) ni kat aku. 2 botol lagik.... Hehe... Pucuk di cita ulam mendatang le katakan... Apa idaknya, kalau beli dah berapa puluh tu, ini lak FOC  (mak belanja)... Alhamdulillah.

First time rasa, sebijik macam Bidadari (keluaran DCL) & Senorita ( D Navechee)- betui ka spellingku itu??. Tapi kalau di rasa betul2 dia sebenarnya lebih pekat & lebih sedap dari 2 produk tadi - pada aku la sebab aku yang rasa. Ni aku tepek pasal RPH ni. La ni RPH ni tengah top kat Perak, nak-nak kat Ipoh. Testimoni??? Nanti kalau aku dah habis sebotol aku update kat sini.



PATI RAHSIA HAWA merangkumi 47 herba yang bermutu tinggi yang diadun secara tradisional. produk pemakanan tanpa bahan pengawet daripada herba terpilih yang berkepekatan tinggi pembekal tenaga segera. formulasi lengkap dari DYATASYA SKIN CARE (DSC) keperluan penjagaan wanita yang heboh diperkatakan masa kini tentang keberkesanan dan kebaikan luar biasa yang mana manfaat ketulenan herba asli yang hebat terkandung di dalamnya dapat meningkatkan prestasi kewanitaan juga membantu anda menjadi wanita terhebat dambaan suami.


Khasiat dan Ramuan:

  • ianya kaya dengan serat pati prune, kurma madu, madu asli,kismis, air zam-zam, mas cotek,pegaga, gamat, nenas batu, cekur, kunyit, cabai pintal, manjakani, kacip fatimah, vitamin C dan mineral yang terkandung dapat membantu sistem imunisasi anda ke tahap terbaik bagi mengatasi penyakit masa kini.
  • mengiktiraf wanita sebagai perawan sepanjang usia, ejen perapat, memperbaiki hubungan intim dan menambah baik hubungan kelamin.
  • menguatkan otot rahim dan masalah kekeringan vagina.
  • menstabilkan hormon dan mengatur kitaran haid.
  • menghindarkan rasa letih, lenguh badan dan otot-otot sendi (simptom-simptom yang boleh membuatkan kita cepat tua)
  • dapat mengatasi sengugut dengan segera
  • melegakan masalah sembelit, gastrik atau angin perut
  • sesuai juga diamalkan wanita dalam pantang untuk mengelakkan meroyan, dapat membuang angin serta membanyakkan air susu.
  • mencerahkan penglihatan mata
  • mengurangkan tekanan
  • mengurangkan masalah keputihan terutamanya remaja
  • mengurangkan alahan resdung
  • sesuai untuk masalah diabetik & darah tinggi
  • Anti kanser & anti-oksida
  • melegakan simptom menopose
  • mengurangkan migraine
  • melegakanb sakit sendi kaki & urat kebiruan

CARA PENYIMPANAN:
Simpan di tempat yang kering & dingin.
Elakkan dari dilangkah


CARA MAKAN:
Mulakan dengan Bismillah
Seeloknya didahulukan dengan bacaan doa Nabi Yusof (ayat 4)
1 sudu setiap pagi/malam (remaja)
2 sudu setiap pagi/malam (dewasa)


Tagline penting (kat pamplet) : 4 x lebih pekat & 2x lebih POWER!!! (Wah..ha..ha..)



So sesape kalau nak try boleh oder kat mak aku...
Nak order kat aku pun boleh nanti aku inform kat mak aku
(no extra charges- melainkan hanya kos pos shj)

HARGA: RM47.90/botol
Kandunga : 275ml

Dah Besar

Sebabkan jeles ngan kelebaran template si MR, aku dah jenuh try untuk besarkan jugak template aku... Berkurun dah cuba nak ejas column post ni tapi hampeh. Semalam satu hari suntuk menggodek kod html untuk dapatkan lebar column yang aku nak..... And finally...... AKU DAH BERJAYA BESARKAN COLUMN POST AKU dengan jayanya....

Btw, thank you bebanyak ye MR sebab bagi aku tunjuk ajar... Aku kan budak baru belajar.... Pasni ni boleh la aku tepek gambo besar2 cam ko...

Monday, December 28, 2009

Shopping!!!! Edisi Balik Kampung

Hari Sabtu lepas dah takde plan nak ke mana2, aku ajak hasben aku pegi Kinta City. Kononnya nak cari sepasang 2 baju sebab kat Billion bajunya tak berapa nak berkenan. Nak dijadikan cerita, adik aku si Hisyam outing ke Tesco dengan anak bininya & Acik pun dah ke JJ Ipoh. Mak Ayah aku ade kenduri, so tinggallah Ateh sorang kat rumah.

Bertolak dari rumah dalam kul 12 tgh. Sampai ke Kinta City dah dekat kul 1. Takde la serius nak shopping cuma nak buat edisi cuci mata. Dalam keadaan macam tu pun sempat beli 2 pasang baju untuk anak2. Hasben aku lak beli satu set wallet & tali pinggang (sebab nak ganti wallet yang dah 'laih' dah). Yang tak bestnya, aku sehelai baju pun tak dapat beli (sebabnya tak sempat nak ke ladies dept pun...) Pulang dengan rasa kecewa....








Lepas ke JJ singgah makan kat Pizza Hut Ipoh Garden. Nak makan pizza hut JJ tu punya la ramai umat. Lepas makan dah dekat kul 4. Tak balik rumah pun, terus ajak hasben pegi jalan. Nak tau ke mana??? Next entry aku cite.


punya la lapar... habis licin lincau kitaorang 4 beranak makan.... kebulur....


Adib & Datsun Merah

Kalau balik Ipoh, benda yang first Adib cari adalah Datsun merahnya. Datsun tu Atuk Latif yang beli masa dia kursus kat Jepun dulu (tahun 1986).. Bayangkan dah berapa lama Datsun tu... Tu la feveret toy dia...Tengok ni dia khusyuk sungguh kalau main menatang tu..

Selamat Potong

Punya la jenuh nak potong rambut anak teruna aku ni. Dah pujuk macam2 tapi Adib tak nak jugak potong rambut. Tapi kali ni aku tak kira, aku mesti gi potong gak rambut dia ni..

Petang Krismas tu, kat Ipoh aku try pujuk dia lagi. Akhirnya dia setuju la nak gi gunting kedai keling.. Yes! Berjaya akhirnya... Tak tangguh lagi lepas dia setuju tu, aku ajak hasben aku gi kedai gunting.. Malangnya... kedai gunting tu tutup... (Keling tu sambut Krismas kot)... Jenuh round satu taman cari kedai gunting/salon.. semuanya tutup.

Aku dah putus asa dah memikirkan cemana lak aku nak pujuk Adib kalau tak dapat gunting hari tu. Finally jumpa satu salon melayu bebetul depan umah mak aku.. Akak tu pun kata ok untuk gunting rambut sejemput si Adib.

Memula tu ok la si Adibnya... Letak aje dia atas kerusi, melalak satu kedai. Sib baik akak tu understanding. Dia kata takpe..biar dia menangis. So aku riba Adib, pegang badan dia kuat2 & akak tu start le cukur rambut dia. Tak sampai 5 minit dah siap. (Memang cekap akak tu). Akhirnya, berjaya jugak Adib membotakkan kepalanya... heheheh... Alhamdulillah....

Balik Ipoh

Seperti yang dirancang... pagi2 lagi dah bangun sebab nak balik Ipoh. Pagi Jumaat tu dah siap2 kemas barang,angkut anak2 masuk kereta (depa tidur lagi.. baru pukul 6.45 pg), terus jalan.... Balik kampung....oooo...balik kampung.. (awal bebeno bertolaknya macam le Ipoh tu jauh sangat).

Jalan clear so tak sampai 2 jam dah sampai Ipoh (ikut highway). Hasben aku ajak bertolak awal sebab dia kata nak breakfast kat Ipoh. Memula nak singgah kedai mamak yang aku selalu makan masa aku keje kat Ipoh dulu tapi last minute tukar plan, aku ajak makan nasi lemak Along kat stadium. Sampai kat situ sekali kedai tu tak bukak la pulak. So round2 kat area situ last2 singgah medan selera Stadium Ipoh. Kat situ of course la pi pekena nasi lemak & roti canai Fuad... Roti canainya memang krispy sampai licin kitaorang 4 beranak makan.

Bila perut sudah kenyang, jam pun mash awal lagi (baru kul 10 pg), aku ajak hasben aku gi Taman D.R Senivasagam. Aku nak bawak anak2 main puas2 kat sana. Kalau pegi petang sure ramai pastu la ni asal petang je hujan so nanti takde can le dema nak main. Sampai sana anak2 aku pun lepas bebas le.. (Mentang2 tak mandi lagi so depa main sampai kotor baju pun tak kisah).



Puas la hati si Yaya & Adib dapat main sakan...

Makan Malam Christmas Eve

Kenkonon lak Christmas eve... Ekceli petang sebelum cuti tu hasben aku ajak makan sebelum balik rumah. Well, just nice la pucuk dicita ulam mendatang sebab bini dia ni pun memang tengah lapo. So kitaorang singgah to this restaurant kat Selayang. Sape yang duk Selayang & kawasan sekitarnya mesti tau tempat ni. Orang kata femes la sebab makanannya sedap & every time lalu sure ramai orang singgah makan kat sini.

Ni dia..........Otak-otak ni memang makcik tu akan letak once kita duduk kat meja. Harga 60sen seketul..Rasa??? Boleh tahan la sebab aku bukannya minat sangat otak2 ni..

Menu hasben aku - tomyam ayam, telur bungkus, nasi putih & air tembikai.... (timun & sambal belacan dia kasi free)

Aku??? Aku makan chicken chop.. Memang sedap sampaikan aku tak sempat nak snap gambo. Kang orang kata jakun lak duk tangkap gambo makanan... So belasah la chicken chop sampai licin...

Kalau korang nak tau sedap tak sedap makan kat situ singgah le restoran Sri Niara ni.. Kalau kome nak gi mandi manda kat Ulu Yam tu sure lalu restoran ni punya...

Sebelum Balik Kampung

Esok dah nak Krismas... so cuti... Nak balik Ipoh la esok.. Yabedabedu......

Sebelum balik, check dulu apa2 kerja yang akan aku carry forward ke minggu depan. Walaupun bos aku takde (gi cuti ke London), keje masih tak habis2... Letih la buat keje.. Nak rehat jugak.. Ni la rupe bilik aku yang tunggang langgang (walaupun aku sorang yang duduk dalam bilik tu)

My work station.... dulu dan sekarang

Kerja2 yang akan aku bawa ke minggu depan.... Malas punya pasal pospon je la... Bertimbun2 file berlonggok.

Pandangan dari pintu masuk bilik aku.. ceh nampak kemas jer....

File yang kaler hijau2 semua untuk tahun 2010 (dah buat in advance).... Yang pink tu semua tahun ni punya.. Yang biru2 tu invoice2 & bil2 semasa...


Dulu bilik aku cenggini jer.... (so many empty spaces)

La ni.......
Setelah dimasukkan pelbagai stationery (stor dah digunakan buat bilik loyer)... bilik aku ni dah umpama book shop.... Sarat.....

Ni cermin hikmat ni.... tempat pe'mekap'an aku setiap hari... Hehehehe

Sunday, December 27, 2009

Tak boleh komen..

Entry di tengah malam ni aku buat sebab aku baru dapat tau dari visitor blog aku yang blog aku tak boleh letak komen. Ceh patut la dah takde komen2 dari member2 @ adik beradik aku.

Jenuh godak sana sini pastu google apa yang patut untuk betulkan blog aku... akhirnya berjaya jugak menyetelkan problem blog ni. Terima kasih pada Lady Ell sebab inform pasal blog saya. Thanks jugak pada website www.fitrahalam08.via.my atas info yang sangat berguna... Mekacih!!!

Tuesday, December 22, 2009

Terapi Pernafasan untuk Sakit Kepala & Keletihan

-gambar ehsan google-


Kita memiliki hidung berlubang disebelah kiri dan disebelah kanan. Apakah fungsinya sama untuk menarik dan membuang nafas ?

Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan bezanya, sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas ) dan sebelah kiri mewakili bulan (mengeluarkan dingin ).

Jika sakit kepala , cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit , sakit kepala akan sembuh .

Jika anda merasa lelah , tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan . Lakukan ulang-alik . Tak lama kemudian, anda akan merasakan segar kembali. Sebab lubang hidung sebelah kanan mengeluarkan panas, sehingga banyak sekali panas , lubang hidung sebelah kiri mengeluarkan dingin .

(If you feel too tired, do it the opposite way. Close your left nostril and breathe through your right nostril. After a while, you will feel refresh again. Because the right side belongs to heat, so it gets hot easily. The left side gets cold easily).

Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri , sehingga hatinya cepat menjadi dingin . Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan , sehingga cepat sekali marah .

Apakah anda pernah memperhatikan pada saat bangun tidur, lubang hidung sebelah mana yang bernafas lebih cepat ? Sebelah kiri atau kanan ? Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat , anda akan merasa sangat lelah . Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas , anda akan merasa segar kembali dengan cepat.

Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak , tetapi kesannya akan lebih baik jika diterapkan kepada orang dewasa .

Dengan mempraktikkan terapi pernafasan ini secara betul (menarik dan mengeluarkan nafas), keadaan tubuh anda akan sangat tenang.


sumber: e-sempoi.com

Monday, December 21, 2009

Night Of Fire

La ni video clip ni dah jadi kegilaan anak dara aku.... Tah cemana dia boleh terklik lak masa kat youtube. Puncanya dia tengok iklan Clean & Clear kt tv - yang menari ala para para sakura tuh...

Tengok videoclip ni tah apa motif yang laki tu pakai spender camtu tah le???

20 Perkara JANGAN!!!!

Sesungguhnya dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita.

Dibawah ini terdapat 20 perkara JANGAN yang seharusnya kita ambil ikhtibar. Tidak dapat dinafikan ada terdapat perkara-perkara yang terkena batang hidung saya sendiri. Tetapi sebagai umat ISLAM, kita harus saling ingat memperingati diantara satu sama lain. Semoga kita umat Islam akan terus mengungguli dunia InsyaALLAH.



1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita..


2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau² terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.


3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.


4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapan.


5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi² itu membuka pintu berkat)


6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita di kongsi syaitan.


7. Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut² kita mati dalam perjalanan.


8. Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.


9. Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.


10. Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.


11. Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila² masa.


12. Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.


13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita. Hilang bahagia.


14. Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.


15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.


16. Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.


17. Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri² munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.


18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.


19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.


20. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaannya.

Friday, December 18, 2009

Dapat sudah

Masa aku apply for streamyx beberapa bulan lepas aku entitle for this DECT phone from Telekom. Memula tu dia kata boleh collect kat mana2 TM point. Jenuh la laki aku gi ke Rawang pastu dia boleh kata nanti TM akan pos. Buang minyak keta je gi sana. Tunggu punya tunggu tak sampai2. So hujung bulan lepas baru sampai surat suh gi collect kat mana2 TM Point. (Hari tu kata nak pos la ni suh gi ambik lak????)


So di satu hari di kala hasben aku half day, aku suh dia gi ambik. Jenuh la kawan tu gi ambik kat TM Gombak. Rupanya org tu kata kena ambik kat area mana kita register tepon. Hangin tul member... dalam surat kata kat mana2 TM Point alih2 kena gak ke Rawang. Hasben aku pun terus ke Rawang...sib baik boleh ambik... La ni dah ade dah pun cordless phone kat umah aku... Nampaknya naik la bil letrik umah aku......

Takde la best sangat pun tepon ni.. Lagi pun aku ni bukannya kaki gayut telepon. Tapi benda free kan, sape nak bagi... Dah ade offer ambik je le..... Kalau bil letrik aku melambung, alamatnya pakai je la tepon lama.....

Wall Sticker

Member aku ade jual menatang alah ni kat opis. Memula aku tak berapa berminat sangat (sebabnya pattern yg di bawa tu tak berapa menarik perhatian). Pastu masa dia bawak yang orang lain order ade la sekeping dua yang aku rasa berkenan so aku beli la 2. Boleh la buattepek dalam bilik Yaya.... Hasilnya.....

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*
Aku letak kat bucu katil & sebelah drawer dia...

Ni close up sticker....Ok tak??

Gunung Lang

Sape yang biasa pegi sini??? Gunung Lang kat Ipoh ni mesti jadi port aku kalau balik Ipoh. Tah le encik suami selalu ngajak anak2 tengok ikan kat sini. Ok la jugak port tu sebab anak aku memang suka tengok haiwan2 ni. Tu belum pegi zoo lagi tu. Kalau tak sure makin "perak" la anak2ku.
Nampak real tak?? Ni air terjun buatan tau..



Yang ade hanya gambo abah & anak2nya.... Mamanya asyik jadi cameraman je...Huk!Huk!

Mandi Sungai

Ni cerita last weekend. Baru donload dari henpon hasben aku gambar2nya. Kitaorang gi mandi kat "KEDONDONG". Kalau sesape nak gi Genting ikut Batang Kali sure lalu tempat ni. Aku tak tahu la nama officialnya. Kiatorang panggil tempat tu KEDONDONG jer.. Ini first time la aku gi situ. Lagi pun dah lama sangat tak mandi sungai since sekolah menengah dulu.


Tempatnya pun agak spacious & sungainya pun kira ok la untuk piknik. Bertolak dari rumah kul 10 pagi. Sampai sana ade la dalam 1/2 jam. Mandi sakan kitaorang anak beranak. Adib & Yaya mandi kejap je sebab sejuk sangat. Ingatkan nak duk sana lama lagi tapi sebab anak2ku dah tak tahan sejuk dalam kul 1 kitaorang balik. First time gi piknik kat waterfall ngan hasben & anak2. Next time bleh gi lagi la...