Monday, December 5, 2016

TRAGEDI DISEMBER

Alhamdulillah sampai dah bulan terakhir tahun  2016
Bulan 12 ni memang le nak banyak pakai duit kan
Nak buat preparation sekolah anak2
Nak gi cuti2 bawa anak2 sempena cuti sekolah la
Boleh kata bulan 12 ni bulan papa kedana la bagi aku..hahahahaha
Banyak pakai duit lor....

Tup..tup... 
Baru 3 hari bulan Disember, udah ada tragedi kat rumah
Tambah lagi perbelanjaan 😭
Sebabnya sliding door rumah aku pecah
Jasmin la memanjat kat kerusi tu
Tah cemana salah langkah tetiba tergolek dia kat situ
Terjatuh, pastu kepala terhantuk ke sliding door

Aku masa tu dekat ruang tamu tengah pasang langsir
[Sebab pagi tu aku basuh langsir]
Tetiba dengar bunyi kuat... rupanya Jasmin jatuh
Tengok cermin sliding dah retak & pecah
Cepat2 kelebek kepala Jasmin takut ada luka ke tak
Tapi serpih2 kaca tu ada sikit2 kat rambut dia
Cepat2 bawa dia pi bilik mandi, mandikan dia pastu belek lagi kepala dia
Kot2 ada luka @ benjol.. Alhamdulillah takde apa.

tu dia cermin pecah

Time2 jadi camni, mula la tak tahu nak buat apa
Nak mintak tolong sapa??
Nak gi repair cermin kat mana??

Terus gi rumah babysitter aku tanya nak buat camne
Dia kata try gi kedai cermin kat area depan2 rumah aku tu
Tapi kena cepat la kot sebab maybe kedai dah nak tutup
Kebetulan Cik Besah pun ada kat situ masa tu, so aku just inform dia pasal cermin pecah tu.
Pastu aku pun hangkut anak2 masuk kereta, bawa gi kedai cermin
Tapi bukan rezeki aku la... kedai pun dah nak tutup so memang tak dilayannya aku ni
Kata orang kedai tu datang je le hari Isnin

Sementara nak repair tu takkan la nak bior je cermin tu kan
So gi kedai beli binding tape
Udah menampal la segala retak2 tu semua

Ni la rupanya..

Ni tak pegi lagi kedai cermin... tah berapa ratus pulak nak kena ni
Duit dah le tak berapa nak ada sebab baru lepas beli perkakas sekolah anak2
Nampaknya kena pospon dulu kot bab cermin ni.



4 comments:

Kakzakie Purvit said...

Kalau sampai cermin pecah macam tu kepala Jasmin ok pulak ye Sya
Malaikat lindung budak tak ada dosa. Alhamdulillah tak apa-apa...
Pelan-pelanlah bila dpt bonus hunjung tahun ini bolehlah ganti.

Norhayati Mohd Isa said...

Suspen akak baca tajuk entri tu Syah..
Alhamdulillah.. tak ada apa yg berlaku pada Jasmin..
Betul kata kakzakie tu Syah...
Ansur2 nanti buat tapi syah kena letak sesuatu kat situ..
Supaya anak2 tak bermain di situ..
Takut terlanggar lagi pecah teruk..

eima said...

nasib baik jasmin tak apa2.... mcm2 jd ...alahai semoga dipermudahkan syani

Myra Jay said...

Alhamdulillah mujur Jasmin takde luka apa2, tengok ke gaya cermin tu macam kuat kan..
Takpe cermin boleh ganti pelan2 yg penting anak kita ok.

Tapi cermin tu kreatif ooo lain dari yg lain lekat selotep gitu :) Anggap je corak terbaru.. hihii

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...