Monday, December 19, 2016

HARI PERTAMA DI MERSING

Aktiviti pertama kami bila di Mersing
ialah ke TAMAN PERMAINAN!!!!!
Alahai... Taman Permainan yang dalam kawasan kuarters tu jugak le 😝
Tak pergi jauh2 pun
udah tak berdaya nak memandu rasanya...hehehe

Mak abah aku bantai tidur je
Anak2 la yang dah puas tido dalam kereta
Mana nak tido lagi kan
Kebetulan adik aku tu pun nak bawa anak2 dia main
So kami folo la sekali
Hari pun redup je.. elok la gi main

Yang paling eksaited si Amira la...
Kalau nampak gelongsor suka la sangatnya
Yang Jasmin pulak dia tak minat gelongsor 
Dia suka main buai....

Mana la si Amira tak eksaited bila tengok ni
Dah le takde orang lain yang main
Diaorang pakat konker la..



Yang pakai seluar corak2 tu la anak adik aku
Alisya namanya..

Si Jasmin memula tuju buai dulu la
Aku la yang jenuh menghayunnnya
Laju la mama.. laju la mama...adehhhh


Dah boring baru dia main kuda goyang ni



Budak ni dah le pakai skirt
Main gelongsor pulak
Mana la idak terselak sana sini..
🙈


Selain tu, jongkang jongket pun ada jugak
Kat hujung belah sana tu ada kawasan untuk senaman


Lepas letih main, kami balik apartment
Mandi & dinner
Tak keluar makan2 pun sebab tuan rumah belanja satay
Idak le kami keluar ke mana2 pun
Esok pagi pulak kami ke pantai.... 
tunggu entry seterusnya...






2 comments:

idzwa kamaruddin said...

Apa saja utk anak2 kan..kekeke..tempat permainan pun tempat permainan lahhh

Norhayati Mohd Isa said...

Taman permainan baru semua dan masih cantik lagi.. memang teruja lah mereka bermain..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...