Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, December 2, 2016

MIRA ANAK YATIM KAN???

Amira ni kengkadang dia suka menceceh sorang2
Sambil2 dia main dia bercakap2 la

Kadang2 dia tanya la:
"Mama sayang Mira tak?"
"Abah sayang Mira tak?"

Aku ni pun jawab la mama ngan abah sayang la kat Mira.

Pastu dia sambung main2 lagi
Pastu dia nyanyi2 lagu
"Allah selamatkan kamu... Allah selamatkan kamu"
Tetiba tukar lirik "Allah selamatkan Abah... Allah selamatkan Abah"

Kadang tu terdetik la dalam hati, dia rindu kot kat abah dia
Tapi bila tanya kat dia abah pegi mana, dia akan jawab abah kat Allah lah!
Kalau tanya rumah abah kat mana, dia jawab rumah abah kat kubur abah lah!

Adoi.. memacam la Amira ni.

TAPI malam tadi tetiba je dia tanya aku:

"Mama, Mira anak mama kan?"
"Mama, Mira anak abah kan?"
"Mama, Mira anak yatim kan??"

Aku macam sedih pulak bila dia cakap camtu. Tapi aku cover la...
" Semua ni anak mama ngan abah - Mira, Min, Kakak, Abang. Semua mama ngan abah sayang."

Pastu dia boleh cakap,

"Abah sayang mama kan??? Sebab abah panggil mama sayang"
Aku jawab la.. iyelah Amira.. dah..jom tido!

Belanja gambar Amira tengah menangis sebab baru lepas kena marah sebabnya dia taknak jalan sebab kasut dia ada pasir sikit...Dia kata kasut dia kotor.. Ada masa mengada ya amat budak ni..
[takde kena mengena dengan kejadian semalam pun 😅]



3 comments:

Kakzakie Purvit said...

Allah... entah kenapa hati kakak tersentuh pulak Sya
Tambah tengok adik menangis (walau sebab lain)

Pembersih dia ni. Sebab itu berpasir dia tak nak jalan.

Norhayati Mohd Isa said...

Allahu..
Sedih pulak baca entri Sya ni..
Tentu dia rindu abah dia tu...

Alah kesian nya dia..
Ajak kakak basuh selipar tu Mira..
Jangan nangis lagi..

PeRdU cINta said...

Sebak..jauh disudut hati..hakikatnya Mira rindu abah..taoi dalam masa sama taknak mana sedih..rasa itu disimpan rapi..moga awak tabah sayang..