Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, November 29, 2016

RAMBUT BARU ADIB

Lagi seminggu nak cuti sekolah
Adib sibuk pulak nak gunting rambut
Haritu cakap cuti sekolah dia nak biar rambut dia panjang tak berpotong
Tup2 minta nak gunting rambut pulak

Penuhi je la keinginan anak2 ye
Asalkan tak membawa mudarat
Makanya pergi la ke kedai gunting hipster yang ada kat Batang Kali nun
Uiiii dah tak pi kedai keling
Nak gi barber shop katanya... 
Katanya kedai gunting tu cikgu dia punya.. tah ye tah tak
Ok... kita sokong bisnes orang kita

Ha ni la kedainya...
Kalau sapa dok area Batang Kali
kedai ni sebaris dengan Marrybrown, dekat dengan PasarayaKu



Memang hipster sungguh kedai gunting ni
Interior kaler hitam putih je..
Dia punya tukang gunting pun pakai uniform kaler hitam putih je

Tu Adib tengah gunting rambut
Brader tu tanya la dia nak style cemana.. dia pun main belasah je la
Nak potong rambut macam abang yang gunting rambut dia tu..hahahaha
Dah le budak tukang gunting tu budak baru kot
Masih dalam training... udah Adib la jadi mangsa eksperimen

Huiii.. lama jugak aku duduk dalam tu
Lama tul budak tu dok bega2 rambut si Adib
Aku dah imejin mau mahal jugak caj gunting rambut dia tu nanti
Tapi tup2.. masa bayar cuma RM5... bior betul!!!!
Betui la... RM5 je....caj untuk budak2..
Ermmm pasni asal nak stylo mylo gaya rambut ke sini la jawabnya 
[Kalau la abah kamu ada lagi Adib... tah cemana pesen la dia gunting kan??]

Kalau yang belum decide nak buat rambut cemana
Takyah riso... diaorang ada sediakan katalog 
Pilih je style cemana yang nak
Mohawk la, Sweptback la, crew cut la 
[tetiba tahu pasal hal ehwal pesen rambut orang lelaki ni..]


Ni dia rambut baru Adib... ni muka tak mandi pagi

Perasan hensem la tu..hik..hik..


Ok la.. mama kasi can cuti2 sekolah nak berpesen2 rambut ni
Nanti dah sekolah, kena potong rambut budak sekolah la kan
Kang tak pasal kena tobek dengan cikgu disiplin..



6 comments:

hainom OKje said...

Wahhhh mmg hipster sungguh style rambut Adib ni. Tak sia sia datang kedai rambut hipster hihi...

Bagus...kalau bukan kita yg sokong bisnes org melayu, sapa lagi ye dak?

hainom OKje said...

Murah pulak tu...

Qhaifa Nur said...

Sama fesyen rambut dgn hero2 akak..nmpk kemas n berfesyen..gunting gak hr tu Syani

Kakzakie Purvit said...

Waaahhh! hensem dah anak ibu ni.
Suka dia Sya.. dah ikut style anak remaja:)

eima said...

bdk2 pun dah pandai skrg ni sebbaik fahim x reti lgi klu x jenuh la .....

tp ai x berkenan sgt budak pesen rambut mcm ni ... tp sbb cuti sekolah ok la bg peluang .... lg pun skrg ni time nk ambik hati adib lg .....

Azura Aziz said...

wahh hensem rambut baru...
tq yer sudi singgah dan komen di blog Kak Alycia ;)