Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, November 29, 2016

SEDONDON LAGI

Minggu lepas kami balik Ipoh
Saja la balik hujung2 minggu
Lagipun dah cuti sekolah

Dulu waktu arwah suami ada lagi
Aleeya selalu minta nak duduk dengan opah Minah 
Akupun akan balik Ipoh, duduk dalam seminggu dengan mak
Tapi la ni takde la nak cuti lama2 sangat
Risau pulak rumah aku tu ditinggal lama2 kan
Cik Besah pulak ada la tanya Aleeya kot2 Aleeya nak duduk dengan opah Minah cuti sekolah ni
Tapi Aleeya cakap tak le.. kesian mama nanti takde kawan
Alahai.. so suwitttt kamu la anak...

Asal balik Ipoh, aku ajak la anak2 main kat taman
Tapi kat Ipoh ni bukannya ada taman best2
Aku bawak ronda Gunung Lang... cam boring je
Bawa ronda Padang Polo, punya la ramai orang, so anak2 aku taknak
Last2 ke Taman Dr Seenivasagam je le...
Tak kisah le tu, janji bebudak ni enjoy themselves...


Hari sebelum tu aku pi kedai pasarayaKu
Terjumpa pulak baju tidur yang sedondon ni
Comel la pulak kan...
Elok2 pulak saiznya dengan diaorang..

Nak anak kembar memang tak merasa la
So pakaikan je le baju serupa ala kembar
Kadang2 ada jugak yang tanya diaorang ni kembar ke
Aku jawab je le.. haah kembar... tapi lain tahun 😝


Kat Taman DR ni banyak buai... tu yang diaorang suka sangat
Tak payah berebut2 & tunggu turn
Slide pun banyak tapi sebab pagi tu hujan
So slide basah.. takleh la diaorang main


Habis hati tu dapat main buai


Ada satu buai berdiri ni.. 
Jangan kata budak, orang tua cam aku ni pun sibuk nak naik..hahahaha
Tapi tu la ada satu je.. berebut la bebudak ni nak main

Sampai ternganga mulut naik buai ni
Menjerit suruh berenti.. gayat le tu..hahaha



Budak ni steady je...tak kisah pun
Siap lenjun sebab pampers dah berat
Mama pulak tak tuko pampers sebelum gi taman..
Pampers spare pun tak bawa 😅
last2 bukak je pampers, pakai je seluar tu balik
Nasib baik dia tak bantai kencing dalam kereta...
Kalau tak hancing la dalam kereta tu...




6 comments:

Kakzakie Purvit said...

Adib pun ikut balik itu yg kakak suka tengok Sya
Anak-anak ceria - ibu pun lebih-lebihlah lagi.

SYANI said...

Alhamdulillah.. terima kasih Kakzakie Purvit..

Norhayati Mohd Isa said...

Satu ajer buai berdiri tu Sya..
Udah jenuh menunggu turn ye...

Hahaha gelak pulak akak tengok si kakak sorang dok menjerit gayat..
Jangan kan dia Sya.. akak yg dah tua pun gayat naik buai laju2 tu hahahha..

Alhamdulillah.. Adib pun ada..
Semakin ceria anak2 Sya dan Sya,
Teruskan kebahagian yg ada bersama anak2 Sya..

eima said...

tak pernah jumpa lagi buai berdiri tu belah sini .... janji anak2 happy tu penting dah

hainom OKje said...

Alahai comey nya...
Cantiklah baju tu Syani....oren ngan grey.

Anak anak Syani ni rasanya sorang muka Syani, sorang muka arwah kot. Perang rambut kakak tu Syani.

Nek Minah ni mak siapa Syani? Mak mertua eh?

SYANI said...

Kak Hainom,
Opah minah = mak saya
Cik Besah = Mak mertua