Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, December 30, 2016

TAMAN LAGIIIIIII

Seronok betul bebudak bila dok rumah pakcik deme
asyik mengulang ke taman permainan hari2
Pagi dah pergi, petang main lagi
Maklum la, orang tak ramai
Lapang & luas pulak tu
[cuma rumput je panjang]

Acara petang bebudak ni main kat taman
aku of kos la kena teman....
plus jadi tukang hayun buai si Jasmin
jadi la.. janji anak2 happy

Petang tu pulak cuaca mendung
sejuk je la... syok la deme main
Ni kat area untuk senaman2


Amira praktis bergayut kat palang
Nampak je cam bergayut, walhal kaki tu jejak ke tanah...hehehehe



Lepas tu dia main slide pulak
Tak ingat dunia dah kalau dia main benda ni



Sementara dia main, mama dok selfie2 je la
Pantang aku nak selfie
dia pun nak nyebok sama..



Bersama anak teruna..



Lepas main slide, sambung main buai pulak
Yang ni memang feveret si Jasmin



Pantang buai dah slow dia dah memekak
Mama buai la laju2...



Udah puas main, jom balik rumah


Jap lagi nak gi jalan2 pekan Mersing 
Nak tengok view waktu malam kekdahnya...
tunggu next entry ye...






Thursday, December 29, 2016

BR1M2017: CUBA NASIB

Skip cerita Mersing jap
Baru balik bercuti 5 hari... 
bercuti dok rumah je... sebab baysitter pi cuti
Aku duk rumah settlekan persediaan sekolah anak2
Beli buku, beli kasut, beli beg, jahit lencana, balut buku, gosok baju dll....

Semalam dah alang2 bercuti
sempat la pi apply BR1M... manalah tahu kot2 ada rezeki tahun depan
Sebelum ni memang tak layak
sebabnya pendapatan kami laki bini terlebih dari layak
Tapi la ni dah jadi ibu tunggal, gaji pun tunggal so dah kira layak la
apply je la...

Yang malasnya bila nak ke LHDN terdekat
Ekceli aku apply online, tapi ada dokumen kena submit juga
So nak tak nak kena jugak le ke LHDN Rawang 
itu la yang terdekat dengan rumah aku

Sampai2 LHDN tengok barisan punya la panjang
Tu yang nak apply @ update secara manual kot
Aku nasib la dah apply online, just nak submit dokumen sokongan
Tapi still kena ambil nombor giliran  juga


Alhamdulillah dokumen semua lengkap & pantas je urusan di kaunter
Harap2 ada la rezeki anak2 ni... 

Friday, December 23, 2016

KUATERS POLITEKNIK MERSING

Selalunya penjawat2 awam seperti cikgu @ pensyarah
Kalau cukup kelayakan & ada kekosongan
layak la nak mohon @ duduk di kuaters kan
Kalau duduk kuaters ni dekat la sikit nak gi keje
Sebab selalunya kuaters ni dalam kawasan tempat kerja tu je kan
Dulu2 aku pun duduk kuaters gak sebelum abah beli rumah
Dapat gak duduk kuaters kat sekolah vokasional Ipoh sebab abah aku jadi warden kat situ
Best duduk kuaters kerajaan ni sebab rumahnya besar & luas
Tapi dulu punya version kuaters idak le lawa2 & modern macam sekarang.

Melalut ke nostalgia pulak..
Sebenarnya nak cerita pasal kuaters kat Politeknik Mersing ni ha
Memandangkan Poli tu poli baru
bangunan pun semua baru2 & design pun moden2 la style sekarang
Memang cantik2 tau..
Even adik ipar aku duduk kuaters yang ala apartment
Tapi memang luas giler.....
Ada 5 bilik 3 bilik air... memang selesa sangat2
Kalau keluasan camtu dah kira cam kondo dah kalau kat KL ni..

Ni la kuaters yang bentuk apartment..

Itu baru yang apartment... untuk lecturer2 yang biasa2 ni
Kalau yang ketua2 jabatan, dapat rumah ala semi D
Memang cantik... cam banglo..
Kalau rumah pengarah tah cemana la rupanya ye dak???
Aku pun tak jumpa rumah pengarah tu yang mana satu ..hehehehe

Salah satu rumah kat taman permainan
Ni dari pandangan sisi



Ha ni dari pandangan depan
Dah le luas, 2 tingkat lak tu... 
Kalau la rumah aku lawo cenggini....



View sepanjang jalan
Dah macam perumahan mewah kan??
Aku suka kejiranan camni... gateless
Tapi tu la.... tak mampu lagi nak duduk perumahan yang konsep2 camni
Untung la sapa yang duduk kuaters camni kan...






Thursday, December 22, 2016

MASJID JAMEK MERSING

Sebelum kami balik ke rumah adik aku
Adik aku bawa round2 pekan Mersing
Kebetulan cuaca pun tak le panas... mendung je
Ronda2 sekitar pantai pastu dia bawa kami ke Masjid Jamek Mersing
Katanya boleh tengok sekitar Mersing
Yela... masjid ni terletak di atas bukit
Memang boleh nampak la pemandangan Mersing dari tempat tinggi.

-pics google-

Masa kami sampai ni waktu Zohor belum masuk
so takde la ramai orang kat sini

Saja la tengok view sikit2
pastu tangkap2 gambar sikit.. tu je la pun

Gambar keluarga.. tapi tak cukup korum..
Abah yang tangkap gambar
pastu adik ipar (isteri acik) takde sebab tunggu anaknya tidur dalam kereta.


Latar belakang laut la konon
Tengok Adib tu udah tak berbaju
Sebabnya bajunya basah mandi kat pantai sebelum tu
Aku ingatkan dia bawa baju spare... rupanya idak...
Itu la jadinya kalau tak double cek barang anak2.



Inilah view dari puncak bukit..
Sebab mendung so gambar tak berapa cun
Kalau cerah memang boleh nampak pulau2  tu dengan lebih jelas.


Wednesday, December 21, 2016

PANTAI AIR PAPAN

Destinasi pertama di Mersing di hari kedua
Pepagi dah bangun sebab nak pergi mandi laut
Adib la yang beria2 nak mandi laut
Tu yang adik aku bawa kami ke situ

Pepagi tu tak ramai orang lagi
dari politeknik Mersing pun idak le jauh sangat
ada la dalam 15-20 minit kot

Kat simpang masuk ke pantai tu ada la dataran
siap ada tulisan Mersing & Dataran Air Papan
Rugi pulak tak berenti ambik gambar kat situ


-pic aku google je-


Dari simpang tu kami masuk ke dalam sikit
Cari port yang sesuai
Bila dah jumpa port, pakat bentang tiko la
Ala2 piknik2 gitu...

Bila dah turun kereta semua pakat nak serbu ke pantai
TAPI sayangnya ombaknya beso2
Riso pulak nak bagi bebudak mandi
Last2 cakap duduk je kat tepi tu... bila la kena tempias2 ombak tu  je
Jadi la buat basah2 baju kan


Ni je video sempat ambik masa memula sampai tu

Tengok ombak tu menakutkan jugak le  kan







Tak boleh mandi .. duduk je la tepi2 tu..


Amira la paling stress aku melayannya
Dia menyebuk nak ke pantai
Tapi dok teriak2 bila kaki dia kena pasir.. suruh basuh semedang
Kaki dia kotor katanya
Lenguh nak berdukung.., udah le berat
Last2 aku suruh je dia duduk kat tikar tu
Aku pulak bergilir la dengan mak aku
monitor Adib & Aleeya yang duduk kat tepi laut tu

Nampak tak tu???
Baru sikit jalan, kaki mira kotor... kaki mira kotor...
Min cam biasa la... suka sangat kalau dapat main pasir



Ni dengan adik aku yang kat Klang tu
Tu baby baru dia...

Ni dengan baby mama...


Santai2... lepak2.. rilek2
Lepak pantai sampai pukul 11 pagi je 
Pastu kami jenjalan la area pekan Mersing tu.
Pastu terus balik rumah dulu... nak lunch
Pastu memasing bantai zzzzzzzzzzzz...







Monday, December 19, 2016

HARI PERTAMA DI MERSING

Aktiviti pertama kami bila di Mersing
ialah ke TAMAN PERMAINAN!!!!!
Alahai... Taman Permainan yang dalam kawasan kuarters tu jugak le 😝
Tak pergi jauh2 pun
udah tak berdaya nak memandu rasanya...hehehe

Mak abah aku bantai tidur je
Anak2 la yang dah puas tido dalam kereta
Mana nak tido lagi kan
Kebetulan adik aku tu pun nak bawa anak2 dia main
So kami folo la sekali
Hari pun redup je.. elok la gi main

Yang paling eksaited si Amira la...
Kalau nampak gelongsor suka la sangatnya
Yang Jasmin pulak dia tak minat gelongsor 
Dia suka main buai....

Mana la si Amira tak eksaited bila tengok ni
Dah le takde orang lain yang main
Diaorang pakat konker la..



Yang pakai seluar corak2 tu la anak adik aku
Alisya namanya..

Si Jasmin memula tuju buai dulu la
Aku la yang jenuh menghayunnnya
Laju la mama.. laju la mama...adehhhh


Dah boring baru dia main kuda goyang ni



Budak ni dah le pakai skirt
Main gelongsor pulak
Mana la idak terselak sana sini..
🙈


Selain tu, jongkang jongket pun ada jugak
Kat hujung belah sana tu ada kawasan untuk senaman


Lepas letih main, kami balik apartment
Mandi & dinner
Tak keluar makan2 pun sebab tuan rumah belanja satay
Idak le kami keluar ke mana2 pun
Esok pagi pulak kami ke pantai.... 
tunggu entry seterusnya...






Friday, December 16, 2016

JUMAAT

Skip kejap cerita Mersing...
Badan tak sihat sangat.. seram sejuk dari semalam
Demam sikit tapi dah makan ubat
Maybe sebab letih travel jauh haritu kot.. baru rasa kesannya..hehehehe
Plus lagi dengan demam rindu

Sehari dua ni memang teringat sangat kat arwah
Tetiba je boleh menangis
Tah kenapa sensitif je.. walhal dah habis period..hahahaha
Dengar lagu sedih pun boleh menangis aku ni..

Masuk hari ni dah 202 hari dia meninggalkan aku
Cepat je masa berjalan
Allahuakbar....
Bila sakit2 ni memang teringat sangat kat arwah
Dulu dia la tempat aku ngadu kalau sakit
Dia yang takeover handle anak2
Tapi la ni.. terpaksa mintak tolong Aleeya untuk jaga adik2
Aku ni memang dah tak bermaya dah nak bangun
Melepek je kat tilam...

Takde topik nak cerita hari ni kalau ikutkan 
Tapi terlintas pulak benda ni kat fb
So share sini la..


Terus teringat kat arwah suami aku
Dia memang simpan janggut masa akhir tu
Siap boleh seloroh dengan mak dia bila mak dia tegur pasal janggut
Dia kata ni janggut bawa rezeki ni...

Gambar terakhir kami berdua
20 hari sebelum dia pergi
Dengan muka ni la dia pergi mengadap Ilahi


Semoga ada la pahala untuk arwah atas sunnah ni
Al-Fatihah.




**Taip laju2... tengok muka arwah ni pun aku dah nak nangis...😭



Thursday, December 15, 2016

JALAN² KE MERSING

Plan percutian last minit
Dari asalnya berseloro, terus jadi nyata
Kebetulan Selangor kan cuti Hari Keputeraan Sultan Selangor
Cuti tu carry forward sampai Selasa kan
So dapat la 4 hari cuti
Tup2 adik bongsu aku kata dia cuti hari Jumaat
So aku ngan  adik ipar aku yang kat Klang tu pun gedik nak cuti hari Jumaat tu juga
Kiranya boleh la travel awal sehari kan
Dapat la cuti 5 hari...😉
[Nasib la kami semua keje kat Selangor]

Ke Mersing tu pun sebab nak ke rumah adik aku yang kerja kat Johor
Sejak dia pindah sana, kami tak pernah lagi pergi Johor
Adik aku keje kat UiTM Pasir Gudang, adik ipar aku yang keje kat Politeknik Mersing
So dia ajak datang Mersing la..
Lagipun adik ipar aku dok kuaters.. tu yang dia ajak datang..hehehehe
Adik aku ni PJJ dengan wifenya.. sorang Pasir Gudang, sorang Mersing
Tetiap minggu dok ulang alik... haishhhh kesian jugak tengok diaorang tu
Semoga nanti dipermudahkan untuk mereka boleh duduk together2..

Ekceli mak aku la yang beria nak pergi
Dah alang2 anak2 dapat cuti kan jom la kita bawa mak abah jalan2
Aku ni pun sebenarnya tak pernah drive jauh2 ni
Takat balik Ipoh la pun yang paling jauh aku bawak
Ni pulak ke Mersing...hujung.....Johor lak tu
adik aku kata perjalanan dalam 5-6 jam jugak le...
Wahhhhhhh... kematu la bontot aku.. kejang le kaki...
Tapi tawakal je lah.. semoga Allah bagi kami selamat sampai.

Petang Khamis, mak, abah & adik bongsu aku datang rumah aku
Plan nak gerak sesama pagi Jumaat tu
Asalnya adik aku kat Klang pun nak jalan sekali
Sekali hasben dia kene keje lak pagi tu
So diaorang gerak lepas solat Jumaat
Kitaorang gerak dulu la pagi tu
dua biji kereta je...

Adik aku naik dengan aku sebab nak menjaga 2 budak kenit di belakang tu
Aleeya naik kereta Atok


Perjalanan kami guna highway PLUS- Masuk Sg Buaya - Exit Ayer Hitam - Kluang-Mersing
Tapi dalam perjalanan tu ada la juga berenti2 kencing & isi minyak
akhirnya lepas lebih kurang 5 jam perjalanan, kami tiba di Ayer Hitam

Dari Ayer Hitam ada lagi 100++ km lagi nak sampai Mersing
So stop dulu la kasi regang2 urat
Kami sampai sini dalam pukul 12.30 camtu la
Bertolaknya dari Batang Kali dalam pukul 8 la lebih kurang.

Dia pulak yang streching.. macam dia pun letih..hahahaha
Amira tu aku pakaikan pampers sebab dia ni kalau nak kencing jenis takleh tahan
Kalau dia kata nak kencing tu, time tu la dia nak kencing
daripada terkencing dalam kereta, aku suruh dia pakai pampers..

Selfie jap dengan anak2..
Still tak pas buat peace budak bertuah ni


Dengan Aleeya...

Lepas rehat dalam setengah jam, kami teruskan perjalanan
Lebih kurang 2 jam jugak le nak sampai politeknik Mersing tu
Keluar masuk felda 
Nasib la takde yang muntah monggek sepanjang perjalanan
Jalan agak bengkang bengkok juga

Alhamdulillah... akhirnya sampai juga kami 
POLITEKNIK MERSING

Poli ni poli baru kot
Bangunan lawa2 lagi


Akhirnya... sampai juga Saga ni ke Johor
Tuannya je tak sempat nak sampai 😓


Apapun, syukur kerana selamat sampai
dan aku pun kagum dengan diri sendiri sebab berjaya memandu sejauh ini...
Fuh...fuh....








Thursday, December 8, 2016

DIRUMAH BERSAMA KESEPAHAN

Tetiap malam ini lah keadaan ruang tamu rumahku
Bila yang kenit2 berada di rumah
Inilah jadinya...

Habis segala isi perut dalam laci tu dikeluarkan
Mastermindnya si Jasmin la....
Laci tu memang khas untuk mainan dia je
Laci2 lain dia tak punggah


Tanpa rasa bersalah siap boleh pose lagi bila aku nak ambik gambar
Bila suruh kemas, dia kata letih...

Sepah la kau nak... selagi ko nak
Aku kemas kang, dia punggah balik
Nanti nak tidor bentang tilam baru kita kemas ye..

Wednesday, December 7, 2016

KERAHAN TENAGA

Memandangkan dah lama tak basuh langsir
Dah dekat 2 tahun rasanya
Makanya tetiba mood rajin datang 
ditambah dengan semangat membasuh dengan mesin baru
Makanya tertogel sudah sliding door tu

Buka2 langsir memang bila direndam airnya hitam giler
Pergh.. takut nengok kalernya...
Pastu tengok pulak cermin sliding dah berkepam bertapuk2 habuk
Aku pun dengan rajinnya mengelap la cermin2 tu semua

Tup2 datang pulak si Adib kata dia nak buat
Dia tengok cam syok je kot lap2 cermin tu
Aku pun cakap nah buat... dalam hati syukur Alhamdulillah
Boleh la aku buat benda lain kan

So semua sliding door ni Adib la yang mengelapnya
Sampai habis licin kilat cermin tu dikerjakan...
Ketinggian tak cukup
maka yang belah atas2 tu kena juga la mamanya take over😁

Bersungguh2 dia lap


Lepas kemas2 rumah, aku ajak budak2 gi makan kat Marrybrown
Sebabnya mamanya maleh nak masak
Pastu kiranya belanja la budak2 ni sebab tolong kemas rumah
2-in-1 gittewwww!


Tunggu Adib tinggi sikit lagi nak suruh dia lap kipas siling lak..hehehehe
Takpun kena pi beli tangga la kan...



*** Penat2 lap, alih2 petang tu cermin sliding tepi tu pun pecah.... sila la refer entry sliding pecah sebelum  ni..

Tuesday, December 6, 2016

PIZZA TUDUNG PERIUK

Misi menghabiskan stok2 barang dapur yang ada
Sebelum top up  dengan yang baru
Maka terjadilah pizza campak2 ni
Pakai je bahan apa yang ada kat rumah.

Kat fb pun dah banyak orang letak resepi pizza pakai roti paratha
Tapi aku takde roti paratha tapi ada wraps cap Mission je
So belasah la pakai tu...hahahaha

Oven aku pulak cinonit je
So satu tray tu muat sekeping wraps je
Aku pun takde tray tambahan so kita pakai tudung periuk je la


Sekali bako muat la untuk 2 keping ni
Pas masak satu trip baru bako yang lain



Pizza sebelum dibako.... campak je le apa yang ada...
Nama pun pizza ikut suka hati aku
Aku letak sos spageti, nenas, capsicum & cheese tabur tu je



Terlebih bako.. tu yang terhangit sikit
Lantak le.. janji sedap...



Masak 4 keping pizza 
Habis licin di kala hujan2 lebat yang melaparkan...
Alhamdulillah!