Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, December 4, 2014

BERJAYA TIMES SQUARE INDOOR THEME PARK - BERBALOI KE NAK PERGI??

Sambungan dari entry yang lepas ye
Lepas kitaorang makan, kami pi balik kat kaunter Monorel
Alhamdulillah... monorel dah beroperasi semula
Ini la first time kami naik monorel ni...
Memula beli tiket dulu ye
Harga tiket dari KL Sentral ke stesen Imbi ialah RM1.60 seorang

Pas beli tiket kena beratur la nak naik monorel ni
Dah le monorel ni pendek means gerabaknya sikit
So orang akan berhimpit2 cam sardin dalam tu
Bayangkan le.... nasib la destinasi kitaorang tak jauh sangat

Sampai stesen Imbi, terus turun & tuju Times Square
Ada anak panah so folo je la...
Main gamble je kitaorang ni

Alhamdulillah sampai juga ke destinasi di tuju
Memula beli tiket dulu ye
Kami ambik family package (2 dewasa & 2 kanak2) = RM106.00
Pas bayo tiket, kena la pakai wristband
Kat tingkat 5 ni banyak permainan orang dewasa je..
Adib nak main tapi ada had tinggi pulak untuk semua permainan tu
Sonya, memang tak lepas la anak2 aku kan...

Makanya terpaksa la kami naik ke tingkat 7 pulak
Ada eskalator dalam tu.. so takyah susah hati nak naik lif ke apa
Kat tingkat 7 baru la banyak permainan untuk kanak2


Ekceli tak le banyak mainan pun... Satu cycle untuk setiap permainan pun idak le lama
Cumanya boleh main ulang2 banyak2 kali le

Nak dijadikan cerita, Adib pulak buat hal
Taknak gi main sorang2... pada dia kalau boleh setiap permainan tu ada sekali dengan abahnya
Bukan semua permainan tu orang tua boleh masuk sekali kan
Suruh dia main sambil kitaorang tunggu kat tepi tu pun dia takmo
Bikin panas je...

Aleeya selamba dia je, main apa yang dia nak
Rugi la kan.. dah bayo tapi tak main

Pastu aku nak main rollercoater
Tengok orang main cam best je
Teringin la pulak
Sekali rupanya memang ada had tinggi.. so anak2 aku memang tak lepas
Pastu aku cakap kasi can la mama ngan abah naik rollercoaster
Korang budak2 tunggu kejap kat tepi tu
Udah bergenang2 mata si Adib
Si Aleeya ok je.. kasi can sama kitaorang

Aku pun dah bengang gak le... Baru je sejam kat situ
Takkan nak balik kan.. Aku ni apa pun tak main lagi
Geram juga kat Adib tu...
Last2 kami laki bini buat hati kering.. pi jugak le main rollercoaster tu
Perasaannya???? Memang gayat, ngeri & menakutkan
Rasa nak terjatuh pun ada... menjerit2 la masa naik tu
Aku tak berani bukak mata pun... takut weh!
Cukup la sekali rasanya...

Dah lebih kurang 2 jam dalam tu kami nak balik la
Lepas sembahyang Zohor, terus gerak balik ke stesen monorel
Nak cepat sebab tak nak stuck dengan orang balik keje
Tapi monorel memang cam tin sardin ko..
Sepadat2nya orang dalam tu

Sampai KL Sentral, singgah tangkap gambar kat ruang legarnya
Kan dah nak Krismas ni.. Deko2 kat situ lawa2
Rugi la kan tak ambik gambar
Tapi takle banyak gambo pun sebab nak kejar komuter lak pasni



Dah lepas posing2 terus tuju kaunter tiket komuter
Oppssss... sebelum tu singgah beli donat Big Apple
Lama dah teringin since peknenkan si Jasmin

Naik komuter dalam kul 5.30ptg
Ramai sungguh orang sampaikan kitaorang kena berdiri sepanjang perjalanan
Aku lak dah bengkak susu...
Bayangkan le seharian tak pam susu
Susu aku dah menitik2 atas lantai komuter
Nasib la aku pakai baju gelap..idak le perasan sangat

Sampai Rawang kul 6.10ptg. Pastu nak kena tukar komuter lak
Ha.... bab menunggu komuter ke arah Tanjung Malim ni yang bikin temper ni tau
Train dah sampai kul 6.30 tapi kul 7 baru dia jalan
Setengah jam buang masa menunggu
Last2 kami sampai Batang Kali pukul 7.15mlm
Pergh... perjalanan yang meletihkan..
Letih berdiri, letih menunggu
Berjimba kat Times Square tu idak le lama mana pun... 2-3 jam je
Selebihnya masa perjalanan la...

Kesimpulan aku:

** Tak berbaloi langsung kalau kami naik komuter dari Batang Kali kalau nak ke mana2. Baik le naik kereta, pastu naik la komuter @ lrt dari mana2 stesen yang sesuai. Lagi  jimat masa perjalanan.

** Times Square tu pulak aku rasa membazir je masuk situ. Sebabnya permainannya idak le banyak mana pun. Permainan untuk budak2 pun sikit... Dalam sejam dua dah boleh habis semua permainan.  Dah tu ada pulak permainan yang nak kena guna token. Dah bayar mahal2 kat kaunter, sekali kena keluar duit lain pulak kalau nak beli token??? WTF??? Ditambah pulak Adib yang buat perangai.. hmmmm lagi la rasa tak worth langsung. Memang takde cadangan nak mengulang ke Times Square theme park tu la... Baik aku pegi Zoo jumpa panda Xing Xing & Liang Liang je.



### Nak tunggu outdoor Genting Theme Park pulak siap, nanti nak pegi.







2 comments:

eima said...

ok ... aku pun tak mo pi sedangkan tak penah plan nk pi pun hahahhahaha

Nafira usof said...

ohhh.. ingatkan byk menan utk kanak2 dan semua free.
kalo cam nih x jadik lah pergi.. hahaha