Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, September 17, 2013

SAMBUTAN ABEDEI TUYU

Macam biasa la kalau birthday je mesti ada makan2 kan
Paling tidak pun makan kek

Birthday Adib tahun ni kami mulakan dengan sedekah pulut kuning kat jiran2
Merangkap sempena Aleeya dah naik Quran
Plan dah lama nak buat tapi asyik tergendala je
Dah sampai birthday Adib, alang2 tu buat la sekali
2-in-1 la jadinya

Cam biasa, oder je dengan Cik Ana yang bela Amira tu
Pulut kuning dengan rendang ayam je
Senang citer... aku ambik dah siap bungkus sekali [dlm 40 bungkus]
Aku adalah tak reti nak masak kan.... 


Petang lepas Asar, aku pi la hantar pulut tu kat rumah jenjiran terdekat
Jadi la lepas hajat di hati tu

Malam baru celebrate betul2 birthday Adib
Abah dia belikan kek padang bola
Besar o kek ni... dekat 2kg
Sampai tak termakan2...
Ekceli aku pesan pada hasben aku beli kek kecik2 dah le
Nanti tak habis kan...
Tapi dah bawa si Adib, tau je la
Nampak kek padang bola tu, dia mula la buat muka ketat selagi hasben aku tak beli
Sayang anak punya pasal, belikan je la...

Kek tu kek sepan biasa je - pandan & coklat
Tapi tang deko tu yang buat mahal kot
Tapi yang tak berapa nak berkenan sebab dia guna butter krim
Muak la makan banyak2 krim tu kan
Sampai berminyak2 bibir dibuatnya
[yang paling panas, Adib tak makan pun kek tu... grrrrrr!!!]


Pizza ni beli kat gerai kat area rumah aku ni je
Makanan sampingan la kiranya
[murah le sikit dari pizza hut kan..]
Malas nak beli satay sebab baru je makan satay minggu lepas
Beli 2 jenis je sebab takut tak habis

Jemputan tak ramai pun... cuma kami satu keluarga
Pastu MIL & FIL aku
Pastu satu family Cik Ana je
[Family abang ipar aku takde sebab depa gi Lenggong]

Birthday boy siap pakai topeng lagi nak tiup lilin tu

Buat makan2 kat dapur rumah aku je
Malas nak makan kat meja depan
Senang kecah kat dapur je...
Nampak tak kaki Amira kat dalam takung tu???
Sian dia kena duduk ceruk dapur...hehehe

Alololo.. dia tengok je la orang makan
Dak kecik ni takleh makan lagi
[minggu depan baru nak kasi makan - dah nak masuk 6 bln]

Seperti dijangka, kek tu luak tak sampai suku pun
Masing2 makan sekali je.. takde nya nak ulang2
[tak sedap le tu kan..hehehehe]
Last2 potong2 & bagi je kat jenjiran
Tinggalkan 1 tupperware je kat rumah aku buat makan esok harinya...

Alhamdulillah selesai sudah sambutan birthday anak teruna aku
Next tunggu birthday aku pulak bulan November nanti
[Penutup untuk tahun ni kononnya]


2 comments:

Puan Ida said...

besar nye kek die
nak ckit hehehehe
salam perkenalan ye dari ida
jemput singgah blog ida
umielman.blogspot.com

Kesuma Angsana said...

yg penting ingatan kita tu kan !