Monday, September 23, 2013

3 TAHUN BARU TUKAR

Aku hal ehwal kereta ni memang la tak reti beno
Tahu isi minyak kereta je & drive kereta je
Isi angin tayar kereta pun so-so je
Cuci2 pun kalau ikut aku pi hantar kedai je senang..
Bawak gi servis, langsung tak pernah

Semenjak hasben aku keje shif ni aku la yang jadi pengguna setia kereta
So dah reti la nak rasa kalau2 ada yang tak kena dengan kereta kan
Bebaru ni kerap juga la tayar kereta tu tergelincir
[kalau lalu kat jalan yang licin & selalu dituang minyak kat jalan Sg Tua tu..]
Aku cakap kat hasben aku, dia pun cakap memang tayar tu dah botak
Ha.. kau... ye la.. memang dah lama tak tukar tayar
Last tukar tayar masa tahun 2010
[itu pun sebab aku refer dalam blog ni]

Alhamdulillah, minggu lepas dah selamat tukar tayar baru
Selagi tak tukar, selagi tu la aku rasa tak secure bawak kereta
Kalau hari hujan, lagi aku susah hati..
Tau je la hari2 nak kena lalu jalan benglak bengkok & berbukit bukau


Tukar terus 4 biji tayar
Hasben aku kata cina kedai tayar tu pun cakap
Ini macam punya tayar pun mau pakai lagi ke.. sudah keluar benang dawai semua
Laki aku senang la jawab, saya mana tau....
Geleng kepala cina kedai tu agaknya...

Udah tukar tayar baru
Baru la konfiden nak bawak kereta dengan laju pasni
[Abaikan kereta kotor yang dah seminggu lebih tak basuh tu..]

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...