Tuesday, September 17, 2013

ADIB @ SUKAN PASTI 2013

Kebetulan sukan sekolah Adib jatuh pada hari yang sama dengan birthday dia
Sukan tu pulak dibuat kat padang dekat dengan rumah aku
So takyah susah payah naik kereta/moto bagai
Jalan kaki pun sampai...hehehe

Punya la semangat si Adib nak pegi sukan
Bangun awal pulak dia
Selalu tu bukan main payah lagi nak kejut bangun tido
Oh ye, Adib masuk acara lari ikat kaki tahun ni...

Sempat lagi birthday boy posing sebelum gi sukan

Adib pegi padang dulu dengan abah dia
Aku lambat sikit sebab nak uruskan Amira dulu
Saja la bawak Amira jenjalan tengok riuh rendah kat padang ni ha..
Amira tak meragam pun.. Good girl!
Elok je duduk dalam stroller

Upacara pembukaan, budak2 kena beratur ikut rumah masing2
Adib rumah kuning tau..
Pastu sorang satu cikgu bagi bendera sebab nak gi berarak
sempena Hari Malaysia kekdahnya.. 
Adib dengan geng rumah kuningnya..

Lepas beratur, deme kena la berarak keliling padang...
Idak le jauh mana pusingnya pun
Cuaca pagi tu pun elok redup je...

Dah habis berarak, kena masuk padang balik untuk acara seterusnya

Sementara tunggu Adib habis berarak, aku pun balik rumah dulu
Sebabnya Amira dah start mengantuk 
Nak tido la tu...
Aleeya pulak sempat lagi pegi main buai kat padang tu...

Lepas balik rumah, Amira tido aku pun buat keje kat rumah je la
Aku tak dapat la jadi mamarazi tahun ni...serah tugas pada hasben la sebab hasben aku je la yang gi padang tengok Adib sukan
Adib masuk acara lari ikat kaki
Dapat no 1 group dia..

 Aik, tali ikat kaki tu kat lutut pulak
Zaman aku dulu ikat kat pergelangan kaki
Pesen baru kot!

Ekceli ada video Adib bersukan ni tapi semua dalam henfon canggih laki aku. Nak download tak reti, nak bluetooth memory full lak.
Tengok la bila2 aku rajin, aku tepek kat blog ni..hehehe

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...