Tarik napas... turun napas...
Ambik mood jap... ---> mood aku adalah dalam keadaan tertekan sekarang
Gara2 babysitter aku
Babysitter Amira ni adalah jiran depan rumah Cik Besah
Start jaga Amira since aku nak masuk keje lepas habis maternity leave
Kiranya dia start jaga Amira masa umur Amira baru 2 bulan
Sepanjang 3 bulan dia jaga Amira ni kiranya dia OK la
Cuma satu yang aku tak berapa berkenan kat babysitter ni ialah
Kalau Amira berak & tahi terkena baju, dia takkan basuh pun taik tu dulu
Dia terus lipat, masuk dalam beg plastik
[aku memang cakap pada dia tak payah basuh baju Amira]
Tapi kalau bab taik tu, common sense la sikit.... cuci la kasi hilang taik dulu.
Nak2 taik budak ni kuning... kena pulak kat baju kaler putih.. jenuh kome nak menghilangkan kesan kuning kat baju tu... sampai berclorox bagai dibuatnya....pastu kena sental lagi....
Dia akan cuma cakap kat aku masa aku ambil Amira waktu petang
"hari ni Amira berak banyak... sampai terkena2 kat baju & barut dia"
Ok la.. small matter la tu...aku boleh tolerate sikit la
[walopun hati panas seban nak kena sental baju bajan yg kotor tu]
Babysitter ni bela 3 orang budak termasuk Amira
Nak dijadikan cerita Jumaat lepas (30/8/2013) dia apply cuti sebab nak hantar anak dia masuk UNISEL
OK Fine!. Aku sebagai insan yang memahami apply jugak la cuti dari opis
Isnin minggu depannya (2/9/2013) dia cakap kat aku dia nak cuti lagi pd 11/9/2013 sebab nak bawa sorang lagi anak dia pi medical check up kat spital Selayang.
So ok la, sebab aku cakap kalau nak mintak cuti cakap awal2 sebab aku pun kena la ikut prosedur apply cuti kat kompeni aku keje kan..
Nak dijadikan cerita hari Rabu tu (4/9/2013), waktu malam dalam pukul 10, anak dia datang rumah
bagitau aku yang mama dia kena asma & jiran dah bawa pi Hospital Kuala Kubu
[masa aku ambik Amira dalam pukul 7 ptg tu, babysitter tu ok je]
Ye la... kita mana tahu bila kita nak sakit kan??? Tetiba je boleh jadi.
Maka dengan itu, maksudnya esoknya dia takleh jaga Amira la kan..
Suka tak suka, terpaksa la aku apply EL pada 5/9/2013 tu
Malam tu aku sms la babysitter tu tanya dia ok ke tidak & dia boleh jaga Amira ke idak esoknya
Dia balas maybe ok la.. boleh la aku hantar Amira
Aku kalau ikutkan boleh je sambung EL tu sehari lagi
[aku ni bukannya keras hati sangat]
Tapi sebab fikirkan 11/9/2013 nanti dia cakap nak cuti lagi...
[cuti aku banyak habis sebab babysitter je.... sabar je la...]
So aku decide hantar Amira juga hari Jumaat tu [6/9/2013]
Tapi aku pesan kat dia, kalau ada apa2 call la aku... kot2 la dia tak larat nak jaga Amira kan
Lepas hantar Amira, aku pun gi la keje cam biasa
Dalam kul 11.30pg dia call dia cakap dia tak larat
[nak suruh aku balik la tu]
Pastu aku tanya, Amira ada dengan siapa?
Dia cakap Cik Besah ada kat rumah dia, tolong enjut buai Amira
So ok la... aku pun tak jadi la nak mintak halfday kat bos
Pada hemat aku, kalau urgent sangat sure Cik Besah akan call aku
So aku stay la kat opis sampai petang
Masa aku ambik Amira kat rumah babysitter petang tu
Dia cakap la hari ni Cik Besah yang tolong dia mengasuh Amira
Budak 2 org yang dia bela lagi tu, dia mintak tolong jiran sebelah rumah dia jagakan
Pastu dia boleh cakap, hari ni dia last jaga Amira
Aku cam terkejut... speechless...
aku tau la dia sakit...tapi takkan la sampai tak nak jaga anak aku kan
Pastu dia cakap la, yang suami dia dah tak bagi dia bela budak
Kalau nak bela pun sorang je la
[of kos la dia akan pilih budak yang paling lama dia bela kan...]
Patut la suami dia cakap camtu, sebab dia pi mengadu la kat laki dia kata dia kena athma attack
Aku sebagai insan yang memahami tuntutan dia untuk taat pada perintah suami, cuma boleh diam je la
Isteri kena la patuh cakap suami ye dak???
Aku dah start susah hati ko.... mana la aku nak cari babysitter baru dalam masa 2 hari ni...
Idak ke tension dibuatnya?????
Aku bukan marah dia dah tak nak bela anak aku
Cuma cara tu buat aku pressure sikit
Jangan la bagi notis last2 minit cenggini kan
Kot ye pun, kasi la tempoh sampai hujung bukan ni ke
Lakinya tu consider la sikit org lain ni...
mau tak pening aku ngan mak budak yang sorang lagi tu
Kononnya macam sebab anak2 kitaorang ni la yang buatkan bini dia sampai sakit2...
Haish... entah le... aku tak tahu nak marah ke, nak kesian ke
Yang aku tau, aku tension & stress sekarang ni...
Apa yang boleh aku buat???
DOA...DOA...DOA..
Semoga Allah gantikan dengan babysitter yang lebih baik
sambil2 tu cuba nak tanya2 taska berhampiran
[aku belum ada pengalaman hantar anak pi nursery]
Harap2 ada keajaiban dalam masa 2 hari ni... AMIN!!!
** Kesian cik gebu aku tu... apa la nasib ko nak....